Wednesday 12 December 2012

12.12.12




Kerana detik ini
Mungkin seumur hidup sekali menyapa
Walau tarikh ini
cuma susunan angka yang indah di mata
Yang tersuratnya adalah masa
Cepat berlalu tetapi sangat berharga

Dan….
Walau keterujaan bertamu dipinggir hati
Harapan beta
Agar tak dilupa yang merana di sudut sana dunia
Kita disini gembira gelak gempita
Saudara di sana menangis meminta nyawa

Juga….
Wahai kesayangan beta
Buah hati belahan jiwa
Nikmatilah hidup gembira
Tidak berduka
Tidak juga alpa
Kerana
Nilai kasih sayang ini tidak ternilai harganya
Bahagialah kita
dengan
Cinta ciptaan kita
Seadanya….

1 comment:

Unknown said...

nak gugur jantung dengaq puisi ida ni... penug makna

Post a Comment