Monday, 24 December 2012

Pantai Kerachut , Apa Kau Buat ? ...day 1 part 1....



8 Disember 2012
Apa kau buat ?
Tajuk biar gempak sikit kali ni. Ini cerita sudah masuk tiga minggu dah bersarang kat dalam draf. Sudah lama tapi masih segar dalam ingatan kita. Masih dalam mood cuti sekolah walaupun secara rasminya memang kita tidak terlibat lansung dengan apa yang dikatakan dengan mood bercuti sekolah yang panjang ini kerana mamaPapa bukan cikgu satu hal, kayra pun bukan sekolah lagi. Tapi bahangnya...bahangnya cuti sekolah memang kita terasa sangat-sangat. Sebab ramai jugak ahli keluarga kita yang cikgu, cikgi ni... mana aci, kita pun nak join la jugak bercuti. Tapi kali ni kita tak nak la berjalan jauh-jauh, kita nak bercuti dekat-dekat tapi nak seronok-seronok jugak.

Kali ni...
kita nak berkhemah pulak....

Pagi-pagi buta, segala peralatan ini dah ready terbentang kat hall rumah kita yang masih tak bersofa itu. Sebenarnya malam tadi tu ada jugak sikit drama waktu nak mengemas barang. Mama sakit kepala dan papa terpaksa urus kan sendiri segala kelengkapan barang yang nak dibawa walaupun hakikatnya barang kering lain termasuk makanan dalam tin yang nak dibawak dah siap seminggu sebelumnya (hello....seminggu dah siap, kalau tak jadi plan ni rasanya papa kita duduk termenung la kat atas merenung balkoni dek kerana terlalu excited tapi tak jadi). So kita memang berharap la plan ni menjadi sebab bak kata orang, ' orang kampung semua dah tahu' kan ?... :)


Jam sembilan pagi kita dah sedia sampai kat tempat yang dijanjikan. Tapi sebelum sampai sini kita ke rumah maksu dulu menjemput kata orang. Semata-mata supaya nak pastikan maksu cepat-cepat bersiap dan tidak lambat lagi. Masa itu emas maksu...


Family ummi pun join kali ni. Terlompat-lompat gembira Kayra bila nampak Najla dan bila diajak bergambar dengan abah dua-dua orang tidak membantah sama sekali.


Bila dah semua ada. loading barang dan pastikan tiada yang tertinggal. Seronoknya rasa. Happynya, tapi lagi happy kalau pakcik, mak lang dan mak long dapat join. Tak apa, sekali dah dapat buat, lain kali mesti ada lagi aktiviti macam ni.


Mesti ada gambar tuan tanah dengan mate.

Abang Din, Najla, kayra dan Abang Wazir. 


Dah dah... bot dah ready. Kita semua kena bahagi kepada dua kumpulan sebab ramai sangat dan ngam-ngam untuk dua bot. Untuk memudahkan dan menjimatkan sebenarnya kita buat dua trip hantar ambik. Tak kira, mama nak pi first bot jugak. Oleh sebab Kayra tak mau berenggang dengan Najla, makanya kita bawak sekali Najla ikut kita. Mak najla ikut trip kedua. Naik je atas bot, dua-dua berebut nak duduk dengan ummi. 


Sebelum bot gerak kita bergambar dulu....( ecece...macam la bila bila bot dah gerak mama tak mau ambik gambar dah...)  :)


Kan.... ni gambar masa bot tengah gerak.... Mama pakai baju free, JOTUN bagi...


Ini barang-barang masa first trip. Belum lagi yang second. Banyaknya barang macam nak duduk berhari-hari kat sana....


Perjalanan naik bot adalah dalam sepuluh minit ke kurang, mama pun tak ingat dah. Angkut la kita beg-beg yang berat tu dari bot ke daratan. Kena cepat-cepat sebab bot yang sama akan ambik ahli rombongan second trip pulak. Cuaca amat baik sekali. :)


Cuaca panas terik akan jadikan gambar kelihatan amat jelas dan menarik, itu kalau guna kamera kompak mama ni la. So, kita jangan buang masa untuk bergambar ramai-ramai.


Dua ahli rombongan termuda kita pada kali ini. :)


Damai, tenang dan sangat cantik sekali.


Pantai pun sangat bersih. Tapi Pantai Kerachut ni tak ada line telefon tau. So, kalau sesiapa nak kesini, tak payah la nak bawah broadband ke apa sebab anda akan tersekat tanpa hubungan komunikasi secara maya dengan orang di tempat lain selama anda di sini. :)


Seronoknya bermain pasir....

 Sambil-sambil masa tunggu group kedua sampai tu kita makan dulu apa yang dibawak. Sebab ramai yang tak sarapan lagi. Lepas makan, yang lain bergambar, papa pulak pi tengok tapak nak pacak khemah. Ok, dah dapat kita ready semua sampai baru nak angkut semua barang.

Tunggu punya tunggu. Akhirnya depa pun sampai....


 Dah dulu, nanti mama sambung kat Part 2 pulak. Tunggu lah bila mama senang-senang sikit ya. Ataupun sambil-sambil tunggu piling kat Batu Kawan tu, itupun kalau mama ada idea nak mengarang kat tengah-tengah panas tu. Tak apa la, tunggu je la... :)


1 comment:

chinta safia said...

bestnyer..dh lama tak berkhemah..teringat zaman sekolah dulu-dulu.

Post a Comment