Monday 22 October 2012

Walaupun bermata merah....

Mama dah dapat mc dan tak boleh pi ofis tapi tersangatlah jemunya duduk rumah. Kalau anda bekerja dan ngelat sikit dan balik lepak-lepak kat rumah dalam ertikata lain time rehat tu balik awal sikit atau masuk lambat sikit ofis, itu thrill namanya. Tapi kalau doktor anda yang bertauliah menyatakan bahawa anda tidak boleh hadir bekerja kerana sakit mata dan memberikan anda cuti sakit kerana sakit anda ini berkemungkinan berjangkit dengan orang lain, itu adalah terribble. Anda akan duduk rumah merenung siling, berada didalam kesuraman bilik dengan tingkap yang ditutup dengan langsir gelap kerana mata anda akan berasa amat pedih dan perit bila melihat cahaya matahari. Adalah malang juga bagi anda jika anak kesayangan anda yang cuma mengalami sindrom mata sebelah merah, menjangkiti sakitnya itu pada anda kedua-dua mata. Jadilah anda S Jibeng bercerminmata hitam didalam rumah dalam tempoh lebih seminggu itu.
Akan tetapi, amatlah girangnya hati mama tatkala papa menyatakan bahawa dia amat kasihan mendengar rintihan mama dan mengajak mama keluar ambik angin. Wah...apa lagi...

Inilah keadaan mata mama yang merah pada hari kedua bercuti sakit.


Cik Kayra yang dah sihat. Happy.


Papa tak berjangkit pun. Kenapa ya ?


Kami berdua


Kerap kami kesini.


Ikan siakap bakar. Asal nak makan ikan bakar saja mesti kita sampai ke Teluk Tempoyak ni....


Kayra makan nasi dengan sup ayam...


Mama diajak ke QueensbayMall dan sempat jugak mama bershopping walaupun bermata merah. Lepas tu papa ajak kesini. Ada Fun Fair pulak kat tepi laut.


Mereka berdua sangat teruja dengan fun fair


Tengok tu, tak sabar-sabar nak masuk.


Mama kamu, mata merah


Ha , bila buat macam ni , dah tak nampak mata yang merah...


Candid


Papa pulak candid gambar kita


Banyak sangat permainan and she don't know which one to try first.



Siapa yang beranai naik ni. Kalau bagi mama seribu pun mama tak sanggup


Dan akhirnya , Kayra akan memandu sebuah kereta...


Yeay...


Dan saya berpusing-pusing dengan si Goofy ni pulak...


Saya nak Barbie tu tapi papa try satu game tapi tak menang-menang. Papa kata nanti nak beli Barbie yang real punya kat Kayra untuk tutup kekelahannya malam tu. Hehehe...Kayra gelak dalam hati.



Tak lama dalam tu kita pun balik. Balik terus tak singgah mana-mana walaupun awal lagi dan esok hari sabtu. Papa kata kita balik awal sebab dah penat dan kenyang... Kita pun terpaksa lah ikut balik walaupun hati tak rela.....

Dan seperti yang dijangkakan, esoknya, mata mama makin teruk.

2 comments:

Lily said...

ni dah ok ker belum ida mata hang??? elok-elok tau........

syarida said...

dah ok. Tak tahn betul hari tu. First time rasa sakit mata. pedih...

Post a Comment