Tuesday, 23 October 2012

Dan ketika bercuti sakit itu.....


Tujuh hari bekerja mama tak masuk ofis. Jumpa doktor cuma dibagi dua hari mc. Bila selesai dua hari tu, kalau sakit lagi, jumpa doktor lagi, dibagi mc lagi sampailah genap 7 hari. Lebih sepuluh hari mama menderita sakit mata. Itupun masa awal-awal  jangkitan mama tetap ke ofis sebab mama nak jugak hadiri mesyuarat tapak projek mama sebabnya memang tugas mama nak catat minit semua. Takut pulak mama nak lepaskan tanggungjawab tu kat orang lain. Takut missing kat mana-mana. Ada dua mesyuarat tapak projek yang mama attend dan bila dah selesai kedua-duanya, barulah mama ready untuk bercuti sakit, Ahakkk...boleh macam tu ?

Ini sebahagian je tau ubat mama. Ada satu ubat titik kat dalam fridge dan satu lagi standby kat dalam handbag. Pill ada lagi kat dalam laci dan ubat macam paste ubat gigi tu entah mana mama letak. Jangan kata mama tak berusaha untuk cepat-cepat sembuh. Telan pil tu dah macam makan coklat dah...ingat seronok ke cuti sakit lama-lama ?


Ada  satu hari tu papa tinggalkan RM 10 kat meja makan bawah suruh mama beli sarapan nasi lemak. Duit tu mama beli bahan untuk buat laksa. Cukup RM 10 untuk satu hidangan laksa. Boleh makan dua hari. 


Masa kat pasar tu mama ternampak orang jual pokok-pokok. Ada la dua tiga nyonya tengah belek-belek pokok bunga. Mama terus pi dan terus tanya si penjual berapa harga pokok ni. Auntie tu tanya, you kenal ke pokok ni ? Kenal, ni pokok Rosemary. Pandai dia kata kat mama. Dia kata you nak masak apa. Mama cakap la nak buat roasted chicken. Tiba-tiba nyonya-nyonya yang tengah belek-belek pokok tadi datang jugak nak beli pokok ni. Satu pokok RM14, mahal jugak kan ? Selalu boleh dapat RM8 saja. Tapi pokok ni cantik. Mama tak tau mana nak letak ni. Nak gantung kat dapur nanti papa bising pulak.


Hadiah Kayra pun dah beli. Tapi nun terletak tinggi di atas almari. Macammana tak buat macam tu. Sibuk je dia nak. Mana boleh. Kena tunggu 23 oktober dulu. ok ?


Dalam mama cakap mama buat laksa untuk lunch. Ada orang tu bawak balik ni pulak untuk lunch dia. Kue Teow sup favourite papa.


Sambil masak, sempat berlari tengok jemuran kat balkoni.


Hujan petang pulak


Dah lama tak membelek orkid. Dah besar semua. Entah bila nak tukar pasu. Mama ingat nak pakai pasu tembikar je semua...


Lambat betul la pokok kerak nasi tu nak besar dan menjalar kat railing balkoni kita, yang hijau kat dalam pasu baba tu pokok kembang pukul sepuluh. Tengah naik segar tu. Harap-harap banyak la berbunga nanti.


Puas hati, tapi bila betul-betul menjadi mama akan susun semula. Ada dua tiga tangkai orkid yang akan berkembang dua tiga hari lagi ni....


Dan masa bercuti tu, tak sabar mama nak tunggu pukul lima setengah nak jemput Kayra dari school dan peluk-peluk dia...


Goodies birthday Kayra untuk bagi kawan-kawan pun dah ready. Tahun ni kita tak buat party (party la sangat..) kat rumah, kita buat kat school je. Lagi ramai lagi meriah. Lagipun asyik Kayra je tengok birthday cake kat school kan ?


Itu la kerja mama sepanjang bercuti sakit. Dah sihat, mata dah tak merah, tak gatal lagi, mama dah ready untuk pergi ofis dan sambung kerja-kerja terbengkalai dalam seminggu ni.
Mama kena cepat sembuh sebab kita ada plan hujung bulan ni...



2 comments:

Lily said...

best jugak cuti lelama ni kan.... nak jugak orked!!!! orked aku dah besar jugak...tinggal nak tunggu berbunga.....

Anonymous said...

Dulu aku ingat susah nak bela orkid. Rupanya senang je....

...From Medan, Indonesia.... 26 oktober 2012....idaSyarida...

Post a Comment