Sunday, 21 October 2012

Cerita Sakit Bermula Dari Sini....



Entahla. Nak katakan mencegah sebelum parah pun ada betulnya jugak. Dah ramai yang ingatkan tapi mama mana la nak ingat. Orang pesan daging kambing sangat berbisa, so sesiapa ada sakit apa-apa tu beringat la... Tapi kes mama ni lain (ada jugak alasannya...) mama mana  la syak mama boleh sakit mata. Memangla mata mama merah tapi mama betul-betul tak sangka. Ingatkan sebab penat sangat, tidur tak cukup atau panas badan....hehehe



Papa ajak makan western, dan mama tanpa teragak-agak bersetuju walaupun dah beberapa kali berjanji dengan diri sendiri takkan makan malam lagi.

Kalau dah namanya lamb chop letak betul-betul depan mata, agaknya ada ke nak tolak ?  (kecualilah si dia itu memang tak makan daging kambing)


Sizzling lamb chop. Yang bunyi sizzlenya memang buat mama terbakar jiwa. Apa kupedulikan tentang diet ini malam....

Orang yang bertanggungjawab merebakkan jangkitan pada mama. Happy malam tu. Makan sizzling mee boleh tahan ni....Ok, nanti mama masak ok...opppsss silap, kita makan lagi kat food court mana-mana.


Sedap wa cakap lu.....


Mata dah start merah tapi boleh tahan lagi ni...boleh tahan lagi...



Ok, nak cerita pasal daging kambing. Mama kan anak tokei kambing.... Dulu masa lepas final exam mama tak dapat attend sebab dapat campak time tu, so mama terpaksalah ambik exam time student repeat paper. Time tu poli memang amalkan sistem macam tu, kalau you fail paper masa final exam hujung semester tu, you boleh ambik repeat paper masa cuti semester, pastu kalau lulus you boleh naik semester, tapi kalau you fail jugak you kena repeat semester atau berhenti dengan syarat-syarat tertentulah. Ok, nak dijadikan cerita, lepas exam tu mama pi perlis, ummi buat kenduri dan menjamu kari kambing. Tapi mama dilarang keras untruk makan kambing sebab dikatakan amat berbisa dan boleh jadikan campak tu berlanjutan, keluar tak habis dan lambat sembuh. Ok, masa tu baru mama tau.
Bila balik kampung hari tu yang masa Wan dan tok buat kenduri kesyukuran tu pun mama tak dibenarkan untuk suap anak mama dengan sup  kambing. Rugi la Kayra tak dapat makan hari tu, sebab memang sedap tau...
Yang kes mama makan lamb chop tu pulak, tau memang la mama tau tapi mama keliru sebenarnya. Yang mama tau, kambing yang wan bela kita makan kat kampung hari tu kambing kan ? Yang mama makan kat kedai kambing  chop tu lamb. Lamb tu bebiri kan ?  Kambing dengan bebiri kan tak sama. Ahak ahak ahak....



Eh...!!!   lupa, malam tu kita makan kat  LIBRA restaurant Taman Pekaka...

1 comment:

  1. Confius i tau...kambing ngan berbiri bukan dari spesis yang sama ker?

    ReplyDelete