Friday, 12 October 2012

Say Cheese....everybody.... :)

Gambar ketika di tadika adalah gambar kenangan yang akan kita simpan sampai besar. Yang akan kita belek-belek bila kita dah tua dan itulah antara kenangan terindah yang akan Kayra ada nanti.

Last week on tuesday. Sebenarnya hari tu Kayra bercuti. Mata dah mula merah-merah. Kata doktor, kayra kena sakit mata. Tapi doktor cakap Kayra boleh pi school macam biasa. (Tapi petang tadi teacher Pratibha cakap ramai kena jangkitan yang mungkin dari Kayra, mama mintak maaf sangat-sangat sebab mama tak alert pasal ni, mama cuma ikut je cakap doktor tanpa fikir orang lain sementelah mama super duper busy dengan kerja ofis). Mama mintak maaf ok, next time Pratibha, i'll make sure that i will concern about that and papa if that happen again, lets go for holiday ok ?
Berbalik pada cerita gambar. Pagi tu masa kita berdua masih berguling-guling atas katil peraduan lepas papa pi kerja ada satu call masuk dan call tu datangnya daripada Tadika Graduan Q. Teacher Pratibha mintak mama bawak Kayra pi school dalam pukul sepuluh untuk sessi bergambar siap berpakaian uniform. So dalam pukul sepuluh tu, kita sampailah kat school Kayra. Rumah kita dekat je dan perjalanan dalam 5 minit je.

Bila kita dah sampai. Teacher Pratibha sambut Kayra dan bertanya khabar. Semua kawan-kawan kayra dah ready untuk bergambar. Masing-masing berpakaian kemas nampaknya.


Wah, seronoknya dapat jumpa kawan-kawan walaupun baru hari ni bercuti.


Lepas tu semua orang diminta keluar. Sebabnya sessi bergambar tu akan dibuat kat depan tu saja.


Teacher-teacher semua sedang susunatur kedudukan murid.


Tak sesuai, ubah kedudukan.


Tak sesuai lagi, ubah lagi.


Yang jadi tukang tangkap gambarnya, Uncle.


Kamera tu ada peminat cilik nampaknya.


Semua dah sedia, tapi nampaknya ada yang tak ready lagi tu.


Ok. Tapi alahai, kat mana kamu semua tengok ?  Hello.....


Ok dah. Comel semuanya.


Kita try lagi sebab ada yang masih tak pandang kamera betul-betul.


Teacher Pratibha dah nak bertukar menjadi singa nampaknya. Joking....


Sekali lagi, lagi dan lagi sampai puas hati. Hmmm...not easy...not easy....


Wah, lega nampaknya bila Teacher Pratibha cakap ok.


Ok, semua masuk dalam. Kayra dan mama pun tak lama lepas tu dah nak balik tapi sebelum tu mama beli satu lagi uniform extra untuk Kayra. Nak buat tambah sebab kalau dua helai yang ada tu kadang-kadang tak sempat mama nak rotate.

Hari ni mama enjoy dapat tengok sessi bergambar Kayra. Bukan senang nak handle budak-budak. Kelakar pun ada kadang-kadang. Bab nak susun satu hal, bila dah ready semua, nak klik je kamera ada kereta lalu pulak, semua dah tertoleh-toleh tengok kereta. Lepas tu buat semula. Cameraman dah cakap one, two, three je ada pulak cicak kat siling dan semua tengok atas. Ulang lagi. Lepas tu, ada pulak sorang tengok kiri, sorang tengok kanan atas bawah. Dah elok semua tengok kamera, dah senyum dah ada pulak yang kaki terjulur la, terkangkangla. Dah tu ?  Macammana Teacher Pratibha tak jadi singa ?
Bukan mudah nak jadi cikgu ni, kita kat rumah anak dua tiga pun kadang-kadang hilang sabar.
Hehehe...anak mama baru satu, itupun kesian sebab selalu kena marah.
Tapi mama sangat sayang kamu tau.....








4 comments:

  1. bukan senang nak nak jd teacher kan, kn melayan karenah budak2 yang pelbagai dan tak diduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kena sabaq banyak. Tapi seronok jaga budak2 tadika. semua comel....kelakar...

      Delete
  2. agak2 kalau kita yang jd teacher diorang camner la agaknya....hihihihihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) tak sanggup nak marah-marah sebab comel-comel sangat, innocent dan memang macam tu fitrah budak-budak..... tp aku tak boleh jadi cikgu...heheheh

      Delete