Petang 29 september hari tu cik Faridah ajak pi Batu Kawan, dah alang-alang nak kesana dan kebetulan pulak dah masuk waktu tengahhari kami 'lajak' terus ke Juru untuk cari tempat makan. Ck Faridah ajak try satu kedai tu. Swensen's katanya . Swensens tu kedai makanan orang putih ke ? Ha... itulah yang mama dok fikir-fikir masa cik faridah ajak mama makan kat situ. Tapi takpalah, kita try lah dulu. nanti kalau sedap boleh ajak papa n Kayra pulak mai sini.
Waktu kami sampai tu, hujan lebat betul. Sejuk. Secara automatiknya perut pun rasa laparrrr...sangat... Tak tau la kenapa ek , kalau hujan dan sejuk pulak tu mesti nak makan.
Kami naik kereta bertiga. Nuzair, Cik faridah dan mama. Bila dah sampai, cari tempat, duduk dan kami tak buang masa, terus order. Wah, bestnya bila mama tengok menu.
Cik Faridah pun dah tak lama kat ofis kami. jadi kami mesti ada banyak gambar kenangan bersama. Jurufotonya tak apa, Nuzair boleh tolong snapkan untuk kami.
Cappucino mama. Sangat indah dipandang mata dan sangat sedap bila melalui anak tekak. bagi penggemar kopi macam mama, bila dapat secawan kopi rasa macam wah...sangat sedapnya.....
Hari ni kami makan share-share saja. Sebab rasa macam tak lapar sangat. Lagipun portion makanan agak besar. Tak terhabis rasanya kalau seorang nak habiskan makanan sendiri.
Yang ni, sangat sedap. Sangat mama recomment kalau sapa nak makan. Sup dalam roti. Sangat wallahhh....
Ini burger. Sedap jugak tapi ketara sangat rasa lembunya dalam daging burger. Macam mama cakap tadi, portionnya sangat besar. Sampaikan kami bertolak-tolak siapa nak habiskan....
Decoration dalam kedai yang nampai sangat cosy. nak makan pun selesa sementelah hanya kami bertiga di dalam kedai. Wah...mama betul-betul macam promote kedai ni nampaknya....
Kami sangat kenyang. Terima kasih cik Faridah sebab bawak kami cuba makanan kat sini.
Wah...beriya-iya mama cerita pasal makan kan? Tapi mama sangat suka cerita pasal makan, cerita pasal masak. Sangat suka. Masa makan dengan kawan-kawan, kita dapat bersembang gelak ketawa, lupakan kerja seketika. Sama jugak waktu kita makan dengan keluarga, masa makan adalah waktu terpenting mama dengan Kayra dan papa jugak...
Hello...hidup untuk makan atau makan untuk hidup ??
Wah...beriya-iya mama cerita pasal makan kan? Tapi mama sangat suka cerita pasal makan, cerita pasal masak. Sangat suka. Masa makan dengan kawan-kawan, kita dapat bersembang gelak ketawa, lupakan kerja seketika. Sama jugak waktu kita makan dengan keluarga, masa makan adalah waktu terpenting mama dengan Kayra dan papa jugak...
Hello...hidup untuk makan atau makan untuk hidup ??
6 comments:
Cik Faridah..... sila ajak saya sama nanti hahahaha
saya pon nak ikut jugakkkk...huhuhu
makan untuk hidup..hidup utk ibadah..(petikan kata kata seorang ustaz)
ok boleh...dengar tu, cik faridah dah jawab...
awak pun boleh ikut jugak....hehehe
hehehe....betul tu. Jangan lawan cakap ustaz....
Post a Comment