Wednesday, 17 October 2012

Mama berNando's dengan kawan-kawan

 hehehe..sebelum tu maafkan mama sebab dah lama tak update blog. Maklumlah mata mama tak sihat. Berjangkit dengan Kayra la ni. Kalau Kayra sebelah mata saja, tapi mama kena dua-dua belah. Nak hambekk kau... How come you do this to me Kayra ? huwwaaa.... !!!!
Tapi nak buat macammana, dah suratan dan kebetulan. Memang tak senang duduk bila kita sedang sakit mata. Gatal-gatal dan pedih memang akan buatkan kita tak selesa, mood berubah-ubah senang cakap memang mudah nak marah dan sensitif sangat. Tak tau la bila terjadi kat orang lain, tapi mama rasa macam tu lah. Dan disebabkan itu, mama telah diberikan cuti secara rasmi oleh doktor. Tak seronoknya mama rasa bila terpaksa duduk rumah sorang-sorang. Kayra pergi school, papa pi ofis. Sunyi mama kat rumah. Tapi hari ni mama rasa ok sikit sebab tu dapatlah mama update blog ni sebab dah ramai ternanti-nanti kan ? ( hehehe...perasannya mama...)
Okeh, mama nak cerita pasal makan lagi. Kali ni nando's pulak...

Main dish kat restoran ni mestilah peri-peri chickennya. Wah sedap. Pada mama ayam nando's ni lebih enak kalau makan sahaja tanpa sosnya. Sebab sosnya masam. Kayra pun dah pernah rasa kan ?


Bila masuk saja dan duduk. kami dibagi buku menu ni. Apa lagi, berpinarlah mata mama nak pilih perisa ayam dan side dish. Hmmm.....


Apapun kita bergambar dulu. Mama ni tak pandai berlakon la. Sikit-sikit nak pandang kamera dan senyum. 


Pn Siti Hajar dan  Pn Hirawati pun sibuk memilih nampaknya sampai tak sedar mama dok snap gambar depa.


Akhirnya, sampai pun apa yang dipesan. Haippp....jangan ada sesapa berani sentuh sebab mama Kayra nak tangkap gambar dulu.


Ayam pedas yang memang gets me in the mood lah...


Makan mama, jangan pandang kiri kanan...


Dah keluar dari nando's semua dah kenyang boleh pulak kita singgah kat tutti fruitti sebab Encik Nuzir si kumbang terlarang ni nak makan aiskrim. Jadi sebab tak mau hampakan permintaan, singgahlah kami sekejap untuk beli aiskrim yogurt ni. Semua orang lain tak beli melainkan Nuzir. Ok, sebab first time kamu merasa aiskrim yogurt ni, kak ida tangkap gambar kamu ye Nuzir. So, save the date.

Hehehe...lepas ni, cik faridah pun dah tak bersama kami. Dia dah nak kerja kat tempat lain pulak. maka, jaranglah mama nak merambu cuba makanan macam-macam dah. So, mama kenalah kerja, kerja saja ok ?...    :)

1 comment:

Anonymous said...

bestnya...rindu masa2 kat JKRSPS dulu..:-(

Post a Comment