Lepas check out hotel kita terus ke Negeri Jelapang Padi. Jelapang Padi adalah nama gelaran bagi negeri Kedah yakni negeri kelahiran mama. Hari tu raya tahun lepas ke apa masa kita mai Alor Setar kita tak dan pun nak mai sini. So, kali ni kita ambik kesempatan untuk melawat muzium ni.
Tak ada padi, tak ada lah beras ye Kayra, tak ada muzium padi, entah-entah kayra pun tak kenal pokok padi....hahahaha...
Tak ada padi, tak ada lah beras ye Kayra, tak ada muzium padi, entah-entah kayra pun tak kenal pokok padi....hahahaha...
( malas betul nak update blog sekarang ni, ketuk keyboard dua tiga kali lepas tu tutup laptop, nak buat ayat pun macam dah tak reti pulak , banyak cerita tertangguh, tapi sebab Kayra punya pasal, mama gagahkan lah jugak... Oh ya, mama jarang update blog sekarang kat ofis sebab kerja dah terlampau...terlampau banyak, cuma upload gambar saja kat ofis. Laju sikit kalau guna desktop ofis untuk upload gambar, gambar pun tak la sangkut, cantik dan laju je prosesnya )
Ok, back to our story ....
Macam biasa. Kita bergambar dulu kat depan ni. Ikan-ikan kat belakang Kayra tu banyak betul. macam jinak saja, tak takut pun kalau kita nak pegang.
Panjat tangga, bayar tiket dan masuk dalam. Kayra tak dikenakan bayaran dan bayaran RM 2 extra untuk kamera compact mama.
Masuk dalam, kita terus tuju ke sini. Naik tangga ikut laluan gelap untuk ke puncak Gunung Keriang.
Duduk atas kerusi yang disediakan, kalau nak berdiri pun tak apa. Tengokla permandangan sepuas hati.
Permandangan yang mama sebut di atas adalah lukisan, railing yang kita pegang tu adalah penghadang yang jadi sempadan antara lantai yang kita pijak tu dengan kawasan permandangan. Lantai tu akan berpusing 360 darjah perlahan-lahan untuk bagi peluang kita tengok permandangan tanpa perlu kita bergerak. Dan pergerakan tu sangat perlahan, kalau kita tak tengok permandangan kat dinding, kita takkan perasan pun yang lantai tu bergerak.
Tiket bayaran masuk. Dewasa. Kayra percuma.
Konon-konon kita berdiri atas puncak Gunung Keriang dan boleh tengok apa aktiviti yang rakyat Kedah buat. Ada petani bercucuk tanam, ada mesin padi, ada kenduri, ada petani yang tengah ambik baja lah dan macam macam lagi. Mama rasa penyampaian yang sangat kreatif untuk menggambarkan tentang aktiviti rakyat Negeri Kedah di sini. Thumbs up untuk yang bagi idea hebat ini.
Dah boring kat atas, kita turun tengok pameran kat bawah. ini pulak jenis-jenis beras yang ditanam di Malaysia. Kita tau makan je kan ? Ha , kat sini ada tunjuk jenis-jenis beras yang kita 'makan je' tu...
Oh ! ini rupanya rupa padi malinja yang Suhaimi Meor Hassan dok nyanyi-nyanyi tu. Lagu senandung padi malinja.
Papa dah 'taram' lama dah niat nak mai muzium ni.
Hari ni cik intan payung sangat suka bergambar.
kayra dengan fesyen 'ingin ke bendang'
Mama tak tau nama apa ni tapi dulu mama panggil 'tempat memukoi'. Orang bendang tau la ni, pukul batang padi yang dah dikerat kat dalam ni untuk pisahkan biji padi dari tangkainya.
Jelapang. Tempat untk simpan padi selepas dituai. Dulu kat rumah wan pun ada. Simpan padi. Bila beras kat dalam rumah habis, tok akan jemur padi tu, lepas tu bawak pi kilang untuk buang kulit dan beras tu dah ready untuk masak lepas tu. Tapi bukan hantar sekilo dua kilo untuk dimesinkan, berguni lah jugak. Hmmm...rindu masa lalu. Masa mama kecik.
Mama tak ingat la, wan ada jual tak padi dulu. Nanti mama tanya wan. Tapi seingat mama, wan dan tok ada tanam padi jugak dulu. Wan akan turun bendang lepas balik dari sekolah, wan kan cikgu. Musim padi lah paling meriah dulu kat Kedah. Rata-rata kat kampung mama memang orang akan menanam padi. Sekarang mana ada dah. Dah tak ada orang 'buat bendang' (istilah untuk menanam padi) kat kampung mama. Banyak dah tanah sawah tu dah diconvert jadi tapak rumah dan kebun.
Dan di atas tu gambar petani suami isteri.
Dah, sudahla dulu cerita kat sini. Kita pi tempat lain pulak. Dan sebagai anak kedah, anak petani dan yang pernah hidup bermain selut bendang, mama rasa sangat 'best' di sini. Sangat nostalgia.
Datanglah walaupun anda tak pernah merasa pengalaman seperti mama, datanglah. Sangat best. Betul wa cakap lu...
Kita makan nasi kan ? Hehehehe...
Datanglah walaupun anda tak pernah merasa pengalaman seperti mama, datanglah. Sangat best. Betul wa cakap lu...
Kita makan nasi kan ? Hehehehe...