Sabtu minggu lepas kita balik kampung. Rasa macam dah lama tak balik. Mama dah rindu sangat kat tok. Macam biasa, lepas jemput Kayra dari kindy, kita terus bertolak ke kampung. Kampung mama kat Jeneri. Ramai yang tanya mama, Jeneri tu kat mana ? Jeneri tu nama mukim, Kampung mama yang sebenar-benarnya bernama Kampung Langguk, Mukim Jeneri dalam Daerah Sik. Daerah Sik tu daerah kedua yang terbesar dalam negeri Kedah. Kalau nak ke kampung kita, tol yang terdekat adalah Plaza Tol Gurun atau Pendang pun boleh.
Wan Kayra ada bela kambing tau. Bela untuk suka-suka saja pada mulanya. Dulu masa wan baru saja pencen cikgu, wan cuma jaga kebun saja. Oh ya, wan kita ada kebun getah jugak tapi wan takla menoreh, upah orang. Ada satu hari tu, pak lang cakap dia nak bela kambing dan wan pun join sekali, lama-lama wan sorang saja yang bela sebab pak lang ada buat kerja lain.Kambing-kambing wan sangat membiak, tok kata, hari sebelum kita balik tu, ada lagi empat ekor anak kambing dilahirkan. Kandang kambing Wan ada dua setakat ni.
Bila semua adik-beradik kita balik, kita tak kisah nak memanggang kambing sekali-sekala. Pilih saja berapa besar yang nak.
Berbalik kepada cerita kampung, Kayra ni penakut dengan kambing. Masa balik hari tu sempatlah mama bawak Kayra masuk dalam pagar kambing dan tengok kambing kat dalam kandang. Walaupun Kayra takut, mama paksa jugak dia bergambar sebab comel je tengok anak-anak kambing tu.

Mula-mula Kayra takut, mama dah masuk dalam tapi dia ada kat tepi pagar lagi tunggu tok. Anak kambing dah mai kat mama ni. Yang ni baru umur sehari ni. Dah pandai jalan.
Tolong tok tutup pagar pulak. Anak kambing ni suka bergambar agaknya sebab dia duduk je dekat mama.
Tersenyum-senyum kenapa ? Agaknya sebab anak kambing tu tak nampak dia kat belakang kot.
Tok, Kayra dan kambing...
" Hello goat"
Marah sangat la kat mama ni, orang nak tengok kambing, tapi mama asyik suruh toleh nak snap gambar.
Suruh duduk dekat sikit, tapi Kayra takut la. Anak kambing ni pulak asyik ikut Kayra saja.
Ala tomei-tomei
Ini baru sikit, yang nampak kat dalam gambar. Ada lagi yang tak nampak tu. Kat dalam kandang ada bilik-bilik. Kambing-kambing anak dara duduk dalam bilik kot. Hehehe....
Kayra pulak dok asyik tengok anak-anak kambing kat bawah luar kandang.
Dan bergambar pulak dengan tok.
Kalau balik kampung inilah antara aktiviti Kayra. kalau tak ke rumah mak lang, disinilah Kayra. Tapi Kayra takkan masuk dalam. Cuma dia akan panggil-panggil wan dari luar pagar. Kecuali lah wan atau tok bawak masuk dalam.
Tiba-tiba rasa macam nak makan lamb chop....

No comments:
Post a Comment