1 mei tu kan cuti hari pekerja yang jatuh pada hari selasa. alang-alang, isnin tu cuti je la sehari papa cakap. So, papa rasa macam nak bawak kita pergi Gerik la. Bermalam kat sana semalam dan boleh tengok apa yang ada kat Pengkalan Hulu sekali.
Ok, ceritanya bermula pada pagi isnin di rumah Tok Honey. Kita semua siap-siap pagi tu angkat barang semua.
Ok, ceritanya bermula pada pagi isnin di rumah Tok Honey. Kita semua siap-siap pagi tu angkat barang semua.
Sambil-sambil angkat barang, sempat lagi Kayra ambik sekuntum bunga kat taman tok Honey selit kat celah telinga. Pastu suruh mamaPapa tangkap gambar. Lepas tu kita salam dan kiss kiss pipi tok Honey dan terus gerak. Tok Yang tak ada tau. kata tok Honey tok yang pergi KL, check up dan melawat family auntie Emma sekali. Kita gerak dari rumah tok Honey kira-kira jam sembilan pagi.
Mula-mula papa bercadang nak kesana ikut jalan Sumpitan katanya tapi last-last tak jadi pulak. Tak apalah, kita ikut je jalan melalui Kuala Kangsar. macam selalu-selalu tu...
Ok, dah sampai situ kiranya dah dekat la tu. agak-agak kita nak pergi depan, kiri ke kanan ? Ya betul. Tapi papa nak singgah tasik Raban sekejap.
Ok jap, papa call tanya kawan sat kat mana tempat yang kita nak singgah sekejap tu. dah lapar ni....
I tak kisah. I rasa tak lapar sangat lagi. Tapi kalau nak paksa jugak I makan, I ikut saja...
Ha, dah sampai. Restoran Tasik Raban. Papa nak sangat singgah sini makan ikan bakar.
Tapi bila tengok lauk tak jadi pulak ambik ikan bakar. Ambik ikan patin pulak. Tengok tu, kat pinggan mama ada rebung dengan masak lemak pucuk paku. Kayra makan jugak tu. Tapi asyik dok cakap, busuk, busuk je. Memang la busuk asap sebab orang dok bakar ikan... Cepat makan, kita tak sampai lagi ni tempat yang kita nak pi...
Kita dah sampai Gerik bila nampak 'ini' di tepi jalan...
Ya betul, kita dah sampai.... Tak tipu. Bila nampak 'ini' kita berada di Lapangan terbang kat Kem Askar Gerik.
Kita duduk hotel murah-murah je kat sini. Jadilah....
Lepas loading barang, mandi dan rehat sekejap. Papa ajak kita keluar. Kemana kita ye ?
oooo kesini.... Tapi, kat mana ni ek ?
Tasik Banding la Mama. Kat belakang tu ada sign pasal Royal Belum. Kat dalam Royal Belum tu ada pokok Pakma kata mereka. Ramai orang nak pergi masuk dalam hutan Belum tu untuk tengok keindahan Hutan dan memancing. Mereka tu siapa agaknya ye...?
35KM kita datang dari Gerik semata nak tengok tasik je, bergambar dan beli cikedis sebungkus untuk Kayra pastu kita gerak balik kesana. Last-last kita makan laksa jugak kat tapak pasar tani pekan Gerik. Hmmmm....papa.....
Lepas 'berlaksaan' dan makan ABC kat warung tu kita balik bilik sekejap. Panas. Mandi sat. Pastu keluar balik.
Aik, ni apa ni ? Suasana macam kat rumah orang je ni ?
Ya betul. Rumah kawan papa. Kita singgah sekejap rumah depa. Saja papa nak ziarah. Mama sangat suka baby itu. Sangat comel ok.
Balik dari rumah orang papa tunaikan janji pagi tadi pada Kayra. Kesian dia. bawalah sekejap main-main kat playground.
Sangat seronok dia.
Cerita Gerik habis disini. Sebabnya lepas balik dari playground papa dapat demam pulak. Malamnya sempat sekejap papa keluar jumpa kawannya. Janji papa lepas balik nak bawak kita keluar makan. Bila balik malam tu dalam pukul sepuluh kayra dah tidur. Kesian nak kejut, kita tak jadi keluar makan. Terus tidur dan panas badan papa naik mendadak. Jadinya pagi esok, kita check out awal. Cadangan nak ke Pengkalan Hulu dibatalkan sebab mama kesian tengok papa yang demam tu. Jadinya kita terus saja gerak balik ke Nibong Tebal.
Tak apalah, ada rezeki insyaAllah kita akan sampai lagi kesini dan dapatlah peluang ke Pengkalan Hulu nanti.
Selamat duit mama, itulah 'orang' kata... sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..
Orang tu siapa pulak ??
Tak apalah, ada rezeki insyaAllah kita akan sampai lagi kesini dan dapatlah peluang ke Pengkalan Hulu nanti.
Selamat duit mama, itulah 'orang' kata... sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..
Orang tu siapa pulak ??
1 comment:
seronok kan cuti jer gi jenjalan........
Post a Comment