Sunday, 20 May 2012

Burung Merpati Masak Kicap

Sesekali balik kampung wan akan mintak mama masakkan makanan kegemaran dia. Memang sedap tapi kena bersusah sikit. Pernah tak sesiapa di sini makan burung merpati.  Daging burung ni sangat sedap. Tapi agak leceh kalau kita cena cabut bulu burung tu sendiri. Hari tu wan sembelih sepuluh ekor. Lenguh tangan nak cabut bulu burung tapi takpalah sebab nak makan kan. Dulu pernah wan buat kenduri kat rumah menjamu lauk burung merpati ni sampai berpuluh ekor. Gotong royong melaukkan, sampai lenguh tangan-tangan. Masa tu, burung merpati peliharaan wan sangat membiak sampai penuh sangkar.
Daging burung ni sangat sedap dibuat lauk. Tentunya rasa tak sama dengan daging puyuh sebab merpati ada rasanya  yang tersendiri. Yang membuatkan sedap kalau makan burung ni ialah tulangnya rapuh dan rangup. Sangat seronok mengunyah. 


Masa kita sampai rumah wan, wan tunjukkan mama burung-burung merpati ni yang dah siap ditangkap dan diasingkan kat dalam sangkar kecik. 




Wan sembelih sendiri merpati-merpati tu




Kayra tengok jugak masa sembelih-sembelih tu. Dan dia tak berani nak dekat pun.




Mencabut bulu burung merpati. Kerja yang paling leceh.




Kayra duduk saja sebelah tok masa semua orang buat kerja.




Nak makan benda sedap kenalah bersusah sikit.




Dah siap pun cabut bulu. Lepas tu kita bakar ( orang kedah panggil layur ) sikit atas api untuk buang bulu halus kat badan burung ni. Saiz burung ni besar sikit saja daripada puyuh.




Ok, dah siap pun masak. Goreng dulu sikit-sikit . Angkat. Mama tumbuk kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis, halia dan bawang. Tumis, letak asam jawa dan kicap.Campur daging burung dan tumisan.  Siap.




Alhamdulillah. Lauk kita hari tu. Lala tu rebus air je letak serai.



Orang kata kalau nak membela ni tengok tangan jugak, ada orang tu kalau membela binatang belaan sangat membiak.Ada orang pulak tak menjadi. Wan sangat bertuah sebab apa saja yang dia bela, sangat membiak. Contohnya kambing dan merpati. Sama jugak kalau wan tanam apa-apa pokok, mesti hidup elok.
Dah bertahun-tahun wan bela merpati. Satu masa dulu sangkar burung ni dekat saja dengan rumah, tapi bila lama-lama tu wan ubah jauh sikit sebab ada orang cakap dalam najis burung tu ada apatah yang merbahaya kalau terhidu. Mama pun dah lupa. So, wan pun buat lah sangkar yang jauh sikit dari rumah.

Wan kata jugak, nanti bila-bila ramai balik wan akan sembelih burung merpati lagi sebab semua saudara mama suka makan. Kayra pun suka jugak hari tu makan bertambah-tambah. Bila mama tanya wan nanti berapa ekor nak sembelih, wan kata 25 ekor, terus mama rasa nak pengsan sekejap.
Nanti bila tiba masa yang dijanjikan tu, mama akan paksa semua orang turun padang. Jangan risau.

Lu Tunggu.....

3 comments:

  1. Slm..nak tye...lokasi area mne ni yea? Boleh ke sy nak beli sekor? Wife ngidam nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hafiz, ini rumah ayahmak saya kat sik. Ayah saya tak jual rasanya. Tapi boleh je beli burung ni kat mana2 yang orang jual. cuma proses nak mencabut bulu burung merpati tu yang paling leceh. :) Nak masaknya senang saja. Serius cakap, seekor mungkin tak cukup.

      Delete
  2. Ooo..yeke...ingtkan area lembah klang...anyway thanx for the info

    ReplyDelete