Tuesday, 15 May 2012

Kereta Pertama Mama




Mama ada satu cerita tentang kereta pertama mama. Kereta yang mama beli sesudah kira-kira dua tahun mama bekerja. Wah, sangat seronok mama masa tu. Rasa bangga tapi malangnya, mama tak berani pun nak bawak. Setahun mama tak pegang stereng lepas dapat lesen. Ye lah, mama kan ambik lesen kat Kedah lepas tu terus dapat kerja kat Kuala Lumpur. Mama nak pakai kereta siapa ?
Kerana kekangan tugas yang menuntut mama pergi ke tapak bina setiap hari, memang susah lah kalau tak ada kenderaan sendiri. Memanglah mama boleh naik kenderaan jabatan, tapi susah la.
So, selepas suatu hari tu. Terdetik di hati mama untuk beli sebuah kereta  (macam murah pulak, terfikir je dah boleh beli)  Maka mama pun pergilah berjumpa seorang 'salesman' dan mama tertariklah dengan kereta Kenari. Mula-mula mama memang nakkan myVi tapi masa tu kan kereta myVi baru diperkenalkan, kalau mama nak kereta tu, mama terpaksa tunggu sampai berbulan. Jadi, tak payahlah susah susah, mama ambik je Kenari.
Kereta Kenari merah mama ni nampak je kecil, tapi luas kat dalam, ye la, berpadananlah dengan harganya. Lagi satu kereta ni tinggi, puas bila kita memandu. Mama suka sangat.
Oleh kerana mama dah lama tak memandu sendiri masa tu, terpaksalah mama ambil kelas memandu sekali lagi untuk mantapkan skill pemanduan mama. Selepas tiga kali, mama rasa mama dah rasa confident balik. Lepas dapat kereta, ramai jugak yang bantu mama untuk 'berani' memandu di jalan besar.
Dari kuala Lumpur tahun 2006 mama pandu, sampailah mama bertukar ke Pulau Pinang dan sampailah anak mama lahir, jodoh mama dengan kenari merah kesayangan mama pun berakhir. Sampai sekarang, kalau mama berjumpa dengan mama-mana kenari merah, mama akan teringat kenari merah mama yang pernah mama namakan 'Jimmy' dulu.

Apakah Cerita Perodua Anda ?




 
Submit Your Perodua Stories at www.peroduastory.com.my

2 comments:

Lily said...

aku dah naik keta nih....ingat tak masa kita kursus kat IKRAM????gi makan sate kajang???? hihihihihihihihihi

Syarida said...

hahaha...ingat. Masa tu aku sangat berani memandu, sekarang ni kurang sikit kot.... kena try pi Georgetown ni....

Post a Comment