Cerita ni dah dua minggu dalam draft, tak tau macammna nak mulakan. Tertunggu-tunggu nak dipublish. Tak apalah. Masalah nak mengarang ni mula-mula ja, tapi bila enjin dah panas, ketuk saja keyboard, dah siap karangan. Lagipun, mana mama pernah tulis panjang-panjang kan ? Blog mama ni penuh dengan gambar saja.
Cerita ni berlaku hari rabu rasanya, dua minggu lepas.
Mama nak try tempah baju kat satu tempat tu. Kata kawan mama Diana, elok, cantik dan sedap dipakai kalau auntie ni buat baju. Mama pun ikut la dia pi kedai tu hari tu. Tapi, katanya jangan terkejut bila tengokkan kedai. Apa nak kisahkan kedai asalkan cantik baju yang dibuatnya. Pukul 12 setengah kami dah gerak keluar dari ofis ke Bagan Serai dengan misi nak tempah baju la konon.
Cerita ni berlaku hari rabu rasanya, dua minggu lepas.
Mama nak try tempah baju kat satu tempat tu. Kata kawan mama Diana, elok, cantik dan sedap dipakai kalau auntie ni buat baju. Mama pun ikut la dia pi kedai tu hari tu. Tapi, katanya jangan terkejut bila tengokkan kedai. Apa nak kisahkan kedai asalkan cantik baju yang dibuatnya. Pukul 12 setengah kami dah gerak keluar dari ofis ke Bagan Serai dengan misi nak tempah baju la konon.
Masa mula sampai. Gulp, rasa terpegun sebab selalu bayangkan kedai kain yang selalunya memang berselerak tapi yang ni, memang berselerak pun, kain bertimbun bergunung ganang, semak. Tapi yang membuatkan kami amazing dan hairan bertubi-tubi adalah kerana selain daripada kedai jahit, ini juga adalah sebuah kedai gambar....
Auntie tailor ( bukan nama sebenar ), yang berjaya membuktikan kepada kami bahawa pepatah, 'don't judge a book by it's cover' adalah benar belaka. Tengoklah meja pejabatnya....
Kak era sedang duduk di atas kerusi mari berfoto berlatarbelakangkan warna biru gambar ukuran passport. Betul tak tipu. Yang tegak berdiri tu studio lighting. Malangnya hari tu tak ada sesiapa nak tangkap gambar ic, kalau tak kami boleh tengok macammana situasi pengambaran.
Disebalik bebenang merah dibelakang mama dan Diana, terletaknya sebuah komputer tempat si photographer mengedit gambar. Ya benar, sang suaminya adalah si photographer tersebut.
Kerja-kerja pengukuran kain sedang dibuat. Cantik kain cik fairy. Dibawah jam dinding adalah timbunan pola baju. Hmmm....
Maka berkatalah si baju biru turquoise di dalam hati, " macammana dia nak ingat kolar baju yang banyak-banyak tu siapa punya" dan si baju coklat ni pulak tengah menghitung, hari ini, minggu depan, dan minggu lagi-lagi nak hantar tempah lagi baju baru.
Taraa...auntie yang bersepah tapi hasil kerja tangannya sangat marvelous. Puas hati kata Diana.
Auntie tadi buat apa ?, tengah punggah longgok kain ke, cari baju costumer ? Hehehe...
Harus perutku yang lapar diisi dengan makanan itali. Wekk, muka melayu weh, tekaknya mau pizza.
Bukan mama seorang, semua ahli rombongan hari tu. Puan Diana yang hanya makan semangkuk salad. Mama seorang yang makan pizza, bertiga lagi takmau kalah dengan berspageti bagai. Hancur runtuh tugu azam nak berdiet.
Tiga keping pizza kecik tu mama boleh habiskan. Kalau papa ada sure menggeleng terteleng semua ada. Harus mama berlari tiga kilometer without fail atas treadmill nanti. Dah la pizza, ada sup lagi, air pulak bikarbonat, nak kata apa lagi, kan dah satu set.
Kalau nak tanya mama, kenapa kena ada entry tempah baju dengan acara makan-makan pulak lepas tu? Ada maksud tersiratnya. Jangan nak salah tailor auntie tu gelak-gelak pasai ukuran badan, bukan main melantak lepas tu risau pasal berat badan. Entry ni entry motivasi untuk diri sendiri. Setelah beberapa hari tahan diri untuk berdiet, azam dan tekad punah hanya dengan perkataan 'Pizza Hut'
Mari kita mulakan sekali lagi Wink ! ! !
No comments:
Post a Comment