Hari-hari mamaPapa akan jemput kayra sama-sama. Walaupun mama habis kerja pukul lima. Mama sempat balik dulu, tengok tv sekejap, rehat-rehat tunggu papa balik baru keluar sama-sama ambik Kayra kat school. Bila petang takla rush nak kemana-mana, sempatlah mama borak-borak dengan teacher Pratibha pasal Kayra. Kalau boleh, tiap hari pun mama nak dengar cerita pasal kayra kat teacher. Nanti teacher Pratibha akan cerita satu-satu, pasal kayra yang suka dreaming dalam kelas, suka jerit 'quiet' kat kawan-kawan, suka jadi pioneer dalam acara nakal tarik-tarik kerusi dan Kayra yang sangat suka tanya teacher, 'cantikkan baju kayra ?'
Ini sekolah pertama kayra. Sangat banyak Kayra belajar dari sini. Pertama kali mama nak hantar Kayra, tujuan mama adalah nak bagi Kayra berkawan, ya la, kayra mana ada adik-beradik lagi. Dunia Kayra cuma mama dan papa. Mama nak Kayra berkawan dengan rakan sebaya. Rumah mama azie pun ada kawan tapi mama nak Kayra berkawan dalam suasana kindergarden.
Kawan-kawan Kayra ni ada melayu, cina dan india. Mama nak pergaulan Kayra tidak setakat melayu sahaja. mama nak anak mama pandai berkawan dengan kawan-kawan dari bangsa lain jugak. Antara sebab jugak kenapa Kayra dihantar kesini.
Sekarang ni dah pandai demand baju apa yang nak dibawak ke kindy. kalau dia cakap nak baju princess tu, ertinya nak gaun lah. Pagi-pagi lepas mandi, dah siap pakai uniform, kayra akan tunggu mama ambik baju kat dalam almari dan dia akan pilih sendiri baju yang akan dipakai kat kindy nanti.
Rambut pun dah panjang. Nanti mama nak potong sikit fringe tu. Belakang takleh pendek sangat sebab princess kan kena berambut panjang. Tapi mama tak lah nak biarkan rambut tu panjang macam rapunzel plak.
ok, dah ready nak balik rumah. Kepochi ni budak kecik ni. Dia kalau mama tak masak, dia cakap kat teacher dia mama tak masak. Kalau mama masak takmau cakap pulak. Selalu cakap kat teacher, mama beli nasi. Jarang sangat mama beli nasi tau Kayra, kalau ada pun nasi lemak seringgit.
Ini hari lain pulak. Kali ni Teacher Pratibha pulak yang hantar kat gate. Semua nak pink Kayra ni. Tapi ada satu pagi tu merengek-rengek cakap, " Kayra nak skirt princess mama, purple colour". Terus mama kau cakap, nanti petang cakap kat papa mintak papa beli.
Behave je nampak. Tapi bila kat rumah, hanya tuhan yang tahu. Kayra tak nakal, tak la terlalu nakal tapi dia sangat lasak. Dan sangat manja jugak.
Teacher Pratibha cakap, "There is something that Kayra want to give to mama", ok. Rupa-rupanya sekuntum bunga . Hahaha, tapi Kayra tak nak bagi. Kayra cakap, tu bunga dia. Ok la, tu bunga Kayra.
Ok takpa, kita bergambar dulu. MamaKayra Kita kan suka bergambar.
Satu lagi gambar. Gambar Kayra dan mama sempena hari ibu kat depan sekolah kayra.
Ok la, bergambar dengan papa pulak. Itu la kerja kita hari-hari kan kayra. Bergambar, bergambar dan bergambar.
Inilah sebenarnya bunga tu. Yang cikgu cakap untuk mama tapi Kayra cakap kayra punya tu. Mama sangat sayang kamu. Walaupun bunga plastik tapi sayang mama pada kamu bukan plastik tau.
Entry ni khas untuk sambutan hari guru sebab tu ada gambar sekolah Kayra. Kayra nak buat ucapan jugak lah...
Selamat Hari guru kepada Wan, Tok, Tok Honey, Ummi, Mak anjang, Pak anjang dan abang Rabani. Yang semuanya cikgu. Love You All..
1 comment:
comelnyer kayra.....
Post a Comment