Tuesday, 17 May 2011

Lagu masa kecil-kecil...

Malam ni hujan. Tiba-tiba teringat kenangan lama. Zaman sekolah rendah. Mungkin sebab masih dalam mood hari guru. Teringat kawan-kawan, baju putih kain biru. Masa tu tak tau lagi true colour hidup ni. Yang tau cuma nak seronok ja. Nak pi sekolah bukan nak belajar sangat. Lebih excited nak jumpa kawan-kawan kekdahnya...

Kawan-kawan masa kecilku... ingat lagi lagu ni ?? Dah tak ingat siapa cikgu yang ajarnya ( Kalau masih ingat, khabar-khabarkan balik..)... Tapi lirik dan melodinya masih dalam kepala ni... Kalau tak salah tajuk lagu ni air... antara lagu yang selalu kita nyanyikan dulu...

Airmu mengalir
dari gunung jauh disana
jernih dan sejuknya
amat indah dipandang mata

kau tetap mengalir
walau apa halangan tiba
tak berhenti-henti
hingga sampai ke laut nanti

Masa juga
kan berlalu tak menunggu kita
gunakanlah sebaiknya
janganlah leka..

itula liriknya seingat saya. Kita suka nyanyikan berulang-ulang. Sahabat-sahabat kecilku, Moga persahabatan kita kekal selamanya.



Dalam mood teringat-ingat, terkenang-kenang.

2 comments:

  1. lagu KBSR: "Sungai"
    http://www.youtube.com/watch?v=FyHlFrQmcAk
    Selamat berdendang.

    ReplyDelete