Monday, 23 May 2011

Kayra, dengar sini...


Kayra dengar sini mama nak cakap. Tadi 'reminder' handphone mama berbunyi pukul 1.46ptg. Ingatkan mama pada kelahiran kayra 3 tahun lepas. Kayra lahir pukul 1.46ptg di Taiping Medical Centre. Kayra lahir Caeserean sebab kayra duduk songsang. Kepala kayra kat atas, sepatutnya dah turun bawah. Lagipun doktor kata kayra ni besar sangat. So doktor suggest untuk belah saja perut mama. Takutnya mama masa tu. Untungnya mama sebab boleh pilih tarikh untuk kayra lahir kedunia ini. Ingat lagi masa doktor bagi 3 hari pilihan. 21 oktober, 22 oktober atau 23 oktober. Mama pilih 23 sebab hari tu hari khamis. Lagipun mama suka no ganjil. mama tak pilih 21 sebab hari selasa.

Anak mama dah besar. Dah nak masuk 3 tahun pun. Makin keletah, makin nakal. Semua nak buat. Semua nampak menarik. Kadang-kadang bagi mama kurang sabar jugak. Tapi ingat selalu, mama marah tanda mama sayang. Apa yang kayra nak mamapapa cuba tunaikan. Tapi mama selalu berpesan pada diri mama, agar apa yang mama ikut kehendak kayra tu takkan rosakkan kayra dimasa depan.

Ingat pesan mama selalu kayra. Jadi anak yang baik. Rajin sembahyang. Jangan lupa Allah. Bila mamapapa dah tua, jangan lupa apa yang mamapapa dah buat pada kayra. jangan lupa mamapapa sangat sayangkan kayra. Belajar rajin-rajin nanti.

Mana tau satu hari nanti, mama dah tua. Dah tak larat nak jalan pun. Dah tak upaya nak cakap pun. Jangan lupa mamapapa.

Kalaupun suatu hari nanti mama dah takda. Ingat selalu kayra, mama sayang kayra.







No comments:

Post a Comment