Kat ofis petang-petang mesti cari tempat makan. Bukan kudapan lagi dah. Selalunya yang berat-berat. Hirupan hehehe. Tak balik tengahhari. Ajak la kawan-kawan pi cari makanan. Kak era baru balik dari umrah, sure dah lama tak makan bihun sup. mahani n hajar penat lagi katanya sebab baru lepas KIK kemarin. Tetapi memandangkan terpengaruh dengan ajakan san pecinta makanan ni. Ikutlah jugak. Orang utara memang hantu laksa. Sedap oo laksa utara ni...
Kami pi makan kat taman seruling mas. Dekat ja dengan ofis. tak sampai pun satu marhalah hehehe...
A photo snapping by myself. Lapar ke nampak? Tak..ok lagi ni...Jap gi tengok makanan harap bersabar ye... Kadang-kadang rasa pelik dengan orang yang takda selera makan. Kenapa la susah sangat nak dapat keadaan tu. ini jenuh nak kawal perasaan bila tengok makanan. Berselera memanjang.
walla... Simple ja presentationnya. tapi bila dah masuk tekak. rasa nak menangis ja sebab terharu. Terasa-rasa sejuk dan manisnya terus turun ke perut. kalah banana split ni...
Terbakar jiwa. Sedap ni. Special tang mana tau ? Tang sambai kicap dia. Tapi cek boleh tengok ja sebab yang ni kak era punya. Nak mintak pun segan sebab dia tak pelawa.Bihun sup daging. Jumaat sup ayam.
Heaven. Ni mangkuk besaq ni... Masam masin semua cukup. Makan ni mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Memang cukup minat laksa ni dari kecik. Dulu-dulu kalau buat kat rumah, adik beradik dari breakfast, lunch, tea time, dinner, supper semua dok memulun laksa. Kuah habis tambah ikan buat kuah, laksa habis pi beli rebus tambah. kalau time raya, pi cari rumah adik beradik yang buat laksa.
ini kedainya, rumah corner lot. Tokey berniaga keci-kecilan. Tapi ok apa. Makanan sedap. Bagi seronok orang mai makan. Rezeki berkat hasil titik peluh.
Ni mesin sagat ais buat ABC tadi. Teringat time dulu-dulu kena guna tenaga sendiri nak pusing macam turbin untuk sagat ais. Sekarang main petik suis ja. saja ambik gambar ni, untuk kayra tengok nanti.
Balik ofis bersilat plak masak kat dapur. Perabih stok yang ada kat dalam fridge. nak balik kampung kat 4 hari. Lega sikit ruang dalam peti ais tu. Banyak plak tengok lauk. Meriah meja makan. Ikan sumbat tu dah memang buat siap-siap, bekukan kalau nak makan goreng ja.
cik kak ni mama nak larang pun dah letih. Nampak macam selera sangat. tapi makan 5 suap nasi pun tak sampai.
allo...allo... mau makan ka mau bikin itu kerja ??
Soalan : Dimanakah ruang di dalam rumah yang paling kamu suka ?
Jawapan : Dapur.
Hehehe... sebab semua jiwa dan raga saya akan tertumpu di situ. Tapi sekarang, minat berbloging adalah cinta kedua.
Rumah kita.panorama view.
No comments:
Post a Comment