Tuesday, 31 May 2011

cerita kenduri part 1.

Pagi ni bangun dengan perasaan malas sekali. Penatnya. habis sakit-sakit badan. Skrang ni pun mengantuk lagi. Alhamdulillah kerja kenduri dah selesai. Maksu kayra pun dah dapat paksu. Rumah mak pun dah 70% settle mengemas.next week balik lagi, nak pi majlis sambut menantu lak.
Semua yang berkenaan pakai purple. Ramai. Panas. tapi hati berbunga dan happy sebab dapat jumpa saudara mara, kawan-kawan. Bukan senang nak dapat berkumpul semua.
Pengantin lama. Dah dekat 4 tahun dah ni. Papa hari ni rajin sangat. Buat kerja tak henti-henti. Terima kasih sebab menolong. Kitakan sekeluarga.
Kayra n najla. Lasak betul kayra. Kadang-kadang menangis merengek, rimas dengan suasana bising dan panas kot. Suka sangat nak main tanah. Geram betul mama. Selalu sangat hilang dari pandangan. Cepat besar k.

Family mertua, datang juga walaupun jauh. Rasa berbesar hati sangat. Makcik lian mak abang mi pun ada. Anak-anak buah pun  tak banyak karenah. Nampak senang ja kak emma kawal hari tu.

Kawan-kawan masa kecil. Persahabatan melekat didalam hati hingga kini. Zunaidah dah ada family sendiri. Halimaton darah tengah manis. Tak lama lagi tu...
Three purple boys. Penat buat kerja ke penat kekenyangan? Eifadz baju besar sikit. Yang berdua lagi macho nampak...

Dua orang ni, manja dari kecik . zalyana n ainna. Sorang lagi takda, mursyida. Hari ni kena daftar masuk balik itm.

Hajar satu family. sampai jugak walaupun sesat. Uzma dan abahnya pakai baju ikut tema jugak...

Rabani, anak saudara yang sulung. Tak lama lagi dia plak yang kenduri pulak. Tapi kena settlekan study dulu.

Mak dengan adik iparnya. Bertukar-tukar cerita.

Seronok pulak tengok gambar sikenit dua orang ni. nanti besar kekal baik macam ni jugak k. Kitakan bersaudara...

Thursday, 26 May 2011

Kalau takda pasal makan tak sah...

Kat ofis petang-petang mesti cari tempat makan. Bukan kudapan lagi dah. Selalunya yang berat-berat. Hirupan hehehe. Tak balik tengahhari. Ajak la kawan-kawan pi cari makanan. Kak era baru balik dari umrah, sure dah lama tak makan bihun sup. mahani n hajar penat lagi katanya sebab baru lepas KIK kemarin. Tetapi memandangkan terpengaruh dengan ajakan san pecinta makanan ni. Ikutlah jugak. Orang utara memang hantu laksa. Sedap oo laksa utara ni...
Kami pi makan kat taman seruling mas. Dekat ja dengan ofis. tak sampai pun satu marhalah hehehe...


A photo snapping by myself. Lapar ke nampak?  Tak..ok lagi ni...Jap gi tengok makanan harap bersabar ye... Kadang-kadang rasa pelik dengan orang yang takda selera makan. Kenapa la susah sangat nak dapat keadaan tu. ini jenuh nak kawal perasaan bila tengok makanan. Berselera memanjang.

walla... Simple ja presentationnya. tapi bila dah masuk tekak. rasa  nak menangis ja sebab terharu. Terasa-rasa sejuk dan manisnya terus turun ke perut. kalah banana split ni...

Terbakar jiwa. Sedap ni. Special tang mana tau ? Tang sambai kicap dia. Tapi cek boleh tengok ja sebab yang ni kak era punya. Nak mintak pun segan sebab dia tak pelawa.Bihun sup daging. Jumaat  sup ayam.

Heaven. Ni mangkuk besaq ni... Masam masin semua cukup.  Makan ni mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Memang cukup minat laksa ni dari kecik. Dulu-dulu kalau buat kat rumah, adik beradik dari breakfast, lunch, tea time, dinner, supper semua dok memulun laksa. Kuah habis tambah ikan buat kuah, laksa habis pi beli rebus tambah. kalau time raya, pi cari rumah adik beradik yang buat laksa.

ini kedainya, rumah corner lot. Tokey berniaga keci-kecilan. Tapi ok apa. Makanan sedap. Bagi seronok orang mai makan. Rezeki berkat hasil titik peluh.

Ni mesin sagat ais buat ABC tadi. Teringat time dulu-dulu kena guna tenaga sendiri nak pusing macam turbin untuk sagat ais. Sekarang main petik suis ja. saja ambik gambar ni, untuk kayra tengok nanti.


Balik ofis bersilat plak masak kat dapur. Perabih stok yang ada kat dalam fridge. nak balik kampung kat 4 hari. Lega sikit ruang dalam peti ais tu. Banyak plak tengok lauk. Meriah meja makan. Ikan sumbat tu dah memang buat siap-siap, bekukan kalau nak makan goreng ja.

cik kak ni mama nak larang pun dah letih. Nampak macam selera sangat. tapi makan 5 suap nasi pun tak sampai.

allo...allo... mau makan ka mau bikin itu kerja ??

Soalan : Dimanakah ruang di dalam rumah yang paling kamu suka ?
                                                  Jawapan : Dapur.
Hehehe... sebab semua jiwa dan raga saya akan tertumpu di situ. Tapi sekarang, minat berbloging adalah cinta kedua.

Rumah kita.panorama view.

Wednesday, 25 May 2011

Malas itu penyakit agaknya...


Tak mau! Tak mau! Tak mau dengar pasal malas-malas dah mama. Mama kan dah nak cuti. nanti kerja tak siap. Hakim mahkamah tu telefon lagi nanti tanya bila kontraktor nak buat kerja. Nanti jenuh mama nak menjawab. Nanti mama bad mood. Balik rumah marah-marah. kami kat rumah yang kena. Tak mau ya mama....


Mama kerja rajin-rajin. Mama happy kat tempat kerja, balik rumah pun mama happy. Kita boleh gelak-gelak atas katil sambil tengok pororo kan mama?  Sesekali mama tampar sayang tangan kayra yang sekarang ni suka sangat gigit kuku. 

 
Nanti hari jumaat kita cuti kan mama. Kita balik kampung. Happynya dapat naik kereta jalan jauh-jauh balik kampung.

Monday, 23 May 2011

Kayra, dengar sini...


Kayra dengar sini mama nak cakap. Tadi 'reminder' handphone mama berbunyi pukul 1.46ptg. Ingatkan mama pada kelahiran kayra 3 tahun lepas. Kayra lahir pukul 1.46ptg di Taiping Medical Centre. Kayra lahir Caeserean sebab kayra duduk songsang. Kepala kayra kat atas, sepatutnya dah turun bawah. Lagipun doktor kata kayra ni besar sangat. So doktor suggest untuk belah saja perut mama. Takutnya mama masa tu. Untungnya mama sebab boleh pilih tarikh untuk kayra lahir kedunia ini. Ingat lagi masa doktor bagi 3 hari pilihan. 21 oktober, 22 oktober atau 23 oktober. Mama pilih 23 sebab hari tu hari khamis. Lagipun mama suka no ganjil. mama tak pilih 21 sebab hari selasa.

Anak mama dah besar. Dah nak masuk 3 tahun pun. Makin keletah, makin nakal. Semua nak buat. Semua nampak menarik. Kadang-kadang bagi mama kurang sabar jugak. Tapi ingat selalu, mama marah tanda mama sayang. Apa yang kayra nak mamapapa cuba tunaikan. Tapi mama selalu berpesan pada diri mama, agar apa yang mama ikut kehendak kayra tu takkan rosakkan kayra dimasa depan.

Ingat pesan mama selalu kayra. Jadi anak yang baik. Rajin sembahyang. Jangan lupa Allah. Bila mamapapa dah tua, jangan lupa apa yang mamapapa dah buat pada kayra. jangan lupa mamapapa sangat sayangkan kayra. Belajar rajin-rajin nanti.

Mana tau satu hari nanti, mama dah tua. Dah tak larat nak jalan pun. Dah tak upaya nak cakap pun. Jangan lupa mamapapa.

Kalaupun suatu hari nanti mama dah takda. Ingat selalu kayra, mama sayang kayra.







Hatiku berlagu


Tak rasa happy nak datang kerja, tak rasa gembira nak hantar kayra pi rumah pengasuh, tak ada minat nak masak-masak dah. tak rasa ghairah dah nak makan sedap-sedap. Tak rasa seronok dah buat apa-apa dah. Sebab dah rasa teruja sangat nak balik kampung bercuti lama-lama....


Ada banyak cerita nak dikarang, ada banyak kenangan nak ditulis. Tapi hati ini separuh dah melayang ke kampung.

Friday, 20 May 2011

19 Mei 2011

So bosan... hari ni tak tau nak buat pa2, kerja ada tapi tak siap-siap lagi. Dah lama tak turun bawah sembang-sembang dengan kak saadiah n kawan-kawan kat bawah. Waktu tengahhari tak balik, turun sekejap ambil angin. Tempat kak saadiah banyak orang pulak, pi sembang kat am sat.

am tengok 'suatu waktu kita' ka ??


Nurul join..


Hajar dengan laptop

Petang lapar, pikir dari pejabat apa nak masak. Mintak papa ambik kayra. Bawak Picanto pi Econsave beli barang basah.  Sejam gak bersilat kat dapur. Masak ini je. Tekak terasa nak makan masak lemak cili api. Kat kayra buat sayur air serai lengkuas. Pastu buat bendi goreng ngan ikan bilis.

makan malam


Lapar plak rasa.

Tred ni takdak plak gambar kayra. Lupa nak snap. Dia ada gak acah-acah nak pegang lauk. Pastu lari buka laci nak ambik sudu garfu. Pastu mama cakap, " no kayra, kita makan pakai tangan", terus tak jadi ambik. So malam makan diam je sebab papa macam takda mood. Kayra makan pun tak banyak. 

Thursday, 19 May 2011

Bedak...


mamaaaa.....ni......!!!!!!!!


Wednesday, 18 May 2011

Orang nak diapun nak...

Nak apa ?
Nak ikut Aaron mandi jugak.
Mama tak bagi, kayra dah besar kan ??
Nak mandi pun tak boleh ?
Bukan....

Bukan mama tak bagi mandi.
Tapi mama tak bagi kayra mandi kat atas sinki.
tak larat Tok Honey nak angkat nanti...

nak jugak ??
Suka hati kamu la nakkk....


Suka hati bukan main...



Dah penuh sinki kamu duduk...



Aaron Zidane sorry, kayra tumpang mandi jugak...


Dah besar panjang pun nak mandi kat sinki lagi...


Besar hati sangat la tu.....



Tuesday, 17 May 2011

Lagu masa kecil-kecil...

Malam ni hujan. Tiba-tiba teringat kenangan lama. Zaman sekolah rendah. Mungkin sebab masih dalam mood hari guru. Teringat kawan-kawan, baju putih kain biru. Masa tu tak tau lagi true colour hidup ni. Yang tau cuma nak seronok ja. Nak pi sekolah bukan nak belajar sangat. Lebih excited nak jumpa kawan-kawan kekdahnya...

Kawan-kawan masa kecilku... ingat lagi lagu ni ?? Dah tak ingat siapa cikgu yang ajarnya ( Kalau masih ingat, khabar-khabarkan balik..)... Tapi lirik dan melodinya masih dalam kepala ni... Kalau tak salah tajuk lagu ni air... antara lagu yang selalu kita nyanyikan dulu...

Airmu mengalir
dari gunung jauh disana
jernih dan sejuknya
amat indah dipandang mata

kau tetap mengalir
walau apa halangan tiba
tak berhenti-henti
hingga sampai ke laut nanti

Masa juga
kan berlalu tak menunggu kita
gunakanlah sebaiknya
janganlah leka..

itula liriknya seingat saya. Kita suka nyanyikan berulang-ulang. Sahabat-sahabat kecilku, Moga persahabatan kita kekal selamanya.



Dalam mood teringat-ingat, terkenang-kenang.

Monday, 16 May 2011

Jauhnya makan malam...

Papa  :  Jom  makan kat kulim. 
Mama : jauhnya... motip nak makan jauh-jauh ? dah la nak hujan...
Papa   : Ala... orang nak makan kerabu meggi...

So, berdesup picanto merah ke arah Kulim.....

Ni ha kedainya....

Kerabu meggi dah sampai...


Walaupun pedas kutahan juga...

Anak dara ni makan meggi dengan nasi...


Lauk lain dengan nasi


Sedap sangat ke kayra...?

Time dah selesai makan ada cat datang tanya khabar. Cat tu tak mandi, so mama tak bagi pegang.


Alhamdulillah. Licin.... Kenyang Perut Suka hati.