Thursday 1 May 2014

Day 3 Jakarta - Jatuh Hati Dengan Mini Indonesia ....


29 Mac 2014

kikikiki...
Dah mula dah balik. Tak sempat sangat la sekarang nak update blog. Masa sangat mencemburui mama. Kalau nak ikutkan. Dah merata dah kita pi dan macam-macam dah yang kita buat. tapi sebab kesuntukan masa dan jadual ( sangatlah jadual...) yang sangat padat, mama tak sempat nak jenguk pun blog ni. Balik kerja pun kadang-kadang pukul 6.30 ptg lepas pick up Kayra baru sampai rumah, malam Kayra dah mengaji pulak. Lepas balik mengaji nak jugaklah tengok buku-buku dia sikit. Suruh baca buku cerita ka sikit, nak bagi asah skill membaca. Lepas tu mama dah tak larat angkat mata, kadang-kadang terlelap dalam bilik kayra lagi...

Hmmmmm...
Mama dah lupa kat mana nak mula balik ni. Hari ni hari ketiga kan ? Pelan baik punya sebab hari ni kita nak pi tempat idaman Kayra. Sebab dia nak kesini la papa bawak dia mai Jakarta kali ni. Tahun depan Kayra dah darjah satu so lepas ni dah susah la kita nak kemana-mana kecuali waktu cuti sekolah.


Makan kenyang-kenyang sebab sat lagi kita nak berjalan jauh. lama pulak tu, maklum lah nak keliling indonesia dalam satu hari. Luckily dekat hotel memang hari-hari ada nasi putih lepas tu mintak la telur mata dua bijik, settle la untuk makanan Kayra pagi tu. Dia kan susah nak makan benda lain. Haish la anak mama..


Perjalanan ambik masa lebih daripada sejam. Sempat juga mama lelap sekejap. Jakarta sangat macet ok. Memang la kalau ikut google masa perjalanan satu jam sahaja, tapi realitinya, memang lebih daripada itu.


Bayaran masuk Rupiah 10,000 dengan mobil. Cantik pintu gerbang Mini Indonesia ni. Menarik dan sangat welcoming.


Ha... inilah tempat idaman Kayra. Sebab nak kesinilah, papa bawak dia terbang sejauh ini. Istana kanak-kanak. Macam fairy tale castle kan ? Terpegun Kayra bila dah kat depan mata. Terpaku seketika dan tak terkata-kata. Sampaikan bila papa nak ambik gambar pun takmau senyum. 


Apa saja permintaan kayra, kalau mampu papa dan mama akan cuba tunaikan. Cuma cepat dan lambat saja bezanya. So, tolong behave, belajar rajin-rajin dan dengar cakap mamaPapa.


Kat dalam building castle ni ada ruang pameran. Patung tu tunjukkan cara-cara bersolat budak perempuan. Selain tu, ada gambar-gambar presiden Indonesia dan amanat-amanat depa untuk kanak-kanak Indonesia. 


Salah satu ruang pameran. Besar istana ni. Di dalam ada pameran khusus untuk kanak-kanak indonesia, depa tunjukkan kebudayaan Indonesia untuk ajar anak-anak depa la. Beginning lesson. Ada jugak tentang wayang kulit ke apa entah. Tak ingat dah mama.



Kat luar istana kanak-kanak ada tren ni pulak. Apa lagi kayra, melompat-lompat la dia nak naik tren. 


Papa terus beli tiket. RP10,000 tu dalam RM2.72 duit Malaysia. 


Seronoknya Kayra dapat naik tren. Perkarangan istana kanak-kanak ni luas, kalau nak berjalan kaki memang tak larat la nak menapak. Kalau kawasan istana ni pun dah penat, bayangkan ada berpuluh lagi bangunan istana, taman dan muzium dan kalikan lagi dengan bilangan etnik Indonesia yang ada disini, seluas itulah kawasan  mini Indonesia ni. Setiap etnik ada bangunan ( macam rumah ) dan ruang pameran depa sendiri.


Lepas tu depa naik ni pulak.Mama takmau naik tinggi-tinggi. So papa layankan saja.


Bergambar lagi denga two little rabbit. Panas-panas depa pakai costume tu. Nak buat macammana kan ? Nak cari makan.


Kita berjalan keluar daripada istana anak-anak, jumpa toko. Ada buku terpakai dan buku baru. Mama tanyakan ada tak buku 'bumi manusia' Pramoedya , tapi tak ada. Ok la, selamat duit mama.


Tengok atas, nampak kereta kabel. Ok nak naik. Tak lalu nak jalan pi sebuah kesebuah istana. Luas sangat. So kita tengok saja dari atas.


Beli loket dulu bang. Nak naik kereta gantung kan ? Kena la beli loket.


Empat tahun lepas mama datang sini, keadaan masih tak berubah. Sama saja.


Papa suruh kita naik dulu sebab dia nak tangkap gambar. Kayra tu dah tak sabar-sabar.


Istana anak-anak daripada pandangan kereta gantung. Cantik sangat.


Kayra enjoy kat atas sana. Nampak banyak bangunan.


Rumah ibadat sebelah menyebelah ja. Ada jugak orang guna untuk buat event kawin. Church, masjid dan temple semua ada.

Turun saja dari kereta gantung. Nampak pulak replika monas. Bergambar lagi.


Kita pi information centre untuk dapatkan sikit maklumat. Jenuh la kalau nak jalan tengok satu-satu. Oh ya, kat dalam ni ada istana, rumah, bilik pameran dan taman. ada yang kena bayar dan ada yang tidak. So kita mintak map dan pilih la mana nak tengok. Satu hari tak cukup kalau nak explore satu-satu. Keluar dari bangunan Information centre, kita naik bas. rasa mama, free saja bas ni kot. Driver bas yang jadi tourist guide. Tengok dari luar cukup la.


Dah lepas pusing-pusing. Bas berhenti kat depan ni. Kita tak tau apa nama bangunan ni, so kita pun pergi la tinjau. Orang pulak ramai sangat kat sini. Kita pun tak tahu kenapa.


Apa-apapun, kita bergambar lah dulu. Bentuk bangunannya unik jugak, macam siput. panas sangat cuaca.


Dah penat rehat sekejap ye sayang. Nama bangunan ni Teater IMAX Keong Mas. Hari ini ada tayang filem Indonesia Indah. Kita sebulat suara kata nak tengok. Hehehehe....


Beli loket dulu. Di sini, depa tayangkan filem indonesia yang bersifat informasi, filem yang ada macam indonesia indah I, indonesia indah II (anak - anak indonesia), Indonesia indah III (indonesia untaian manikam di khatulistiwa), dan indonesia indah IV (aku bangga menjadi anak indonesia). Bukan itu saja, ada jugak filem luar negara yang berunsurkan maklumat jugak.


Dah beli loket (tiket) tapi masa tayangan lambat lagi. Kita bercadang nak jenguk kat kawasan sebelah tu, nampak macam ramai ja, muzik dangdut kuat sangat, ada pentas pulak tu.


Pasar Rakyat. Macam senamrobik ja mama tengok. Bersenam sambil menari. Ada artis jugak. wah, sangat gigih depa dok menari tengah panas lit lit ni....


Ini sebahagian tau. Ada ramai lagi kat belakang. Bila ada muzik depa terus ketengah menari, bila muzik stop depa cari tempat berteduh.


Dah dapat aircond, sangat happy kita. Duduklah sekejap. Tayangan ni sampai satu jam. Papa dah tersengguk-sengguk.


Best sangat. Tayangan ni menunjukkan bahawa depa sangat berbangga dengan budaya depa.



Katanya screen ni yang terbesar di Asia Tenggara.


Happy mama yang dah gemuk balik.


Keluar dari bangunan imax Keong Mas nampak angry bird naik motor. Kau mampoo...?


Masuk pulak Muzium Transportasi. Jenuh berjalan. berapa ekar ntah kawasannya. Kat dalam kawasan tu tu ada bangunan pameran, ada keretapi macam kat atas siap dengan landasan, ada kapal terbang sebijik dan macam-macam transport. mau tak penat berjalan ? Boleh kurus kalau hari-hari.


Ini pakaian pramugari, pramugara dan pilot Garuda Indonesia. Mama tunjuk sikit saja, tapi kalau nak ikutkan dah lebih sepuluh kali rasanya pakaian tu berubah, mama tak letak pun gambar kat sini.


Kapal laut. Selain tu ada jugak, beca, teksi, bajai dan macam-macam lagilah. Gambar banyak sangat, pening nak pilih.


Inilah pesawat kebanggaan negara Indonesia, Garuda Indonesia. Macammana kita berbangga dengan MAS, macam tu lah depa bangga dengan Garuda. Kapal terbang ni depa letak sebijik kat sini dan bagi peluang pengunjung masuk dalam.


Kerusi depa letak dua row saja lepas tu biar je ruang kosong, dapatla peluang pelawat tengok tingkap apa semua tu. Boleh jugak masuk kokpit tapi ramai orang sangat orang tunggu turn. So, tak dapatlah Kayra peluang.


Tak apa lah Kayra, kayra bergambar sajalah dengan pramugari dua orang ni...

Ramai sangat kat situ. Kita keluarlah dulu, boleh sesak nafas bila ramai-ramai. Papa cakap kita jalanlah sikit. Tengok apa yang ada dekat-dekat situ. kalau nak habiskan keseluruhan kawasan satu hari pun tak cukup.


Bangunan dan ruang pameran Daerah Lampung. Tapi kita tak masuk pun dalam. Bergambar saja kat depan ni.


Daerah Nusa Tenggara Barat. Pun tak masuk, tengok dari luar saja.


Favourite mama. cantik sangat. Rumah Bali rasanya.


Pintu gerbang pun nampak excotic sangat.


Tadi mama bergambar dengan kayra kat pintu gerbang nak masuk laman depan, lepas tu sekarang papa dengan Kayra bergambar kat gerbang nak masuk ke kawasan rumah. Ada rumah ibu dan rumah kat luar jugak. ada macam bangsal dan wakaf kat luar. Sangat cantik. Tapi takut jugaklah nak duduk lama sangat. kami sekadar lalu saja . Banyak sangat patung, Kayra takut.



Tengoklah peta tu , kalau kita nak pergi semua, memang tak cukup satu hari. Tapi ada lah orang sewakan basikal, bas dan teksi pun ada. Selain tu, ada kereta gantung, keretapi dan monorel.  Tapi lagi seronok kalau boleh berjalan kaki tapi memang akan penatlah. dalam tu ada taman, bangunan, replika, pendek kata depa letak satu Indonesia dalam satu kawasan dan tempatnya memang sangat cantik.


Nak tunjuk semua gambar memang tak mampu la nak tempek semua. Nak cerita satu-satu pulak jenuhla nak menaip. Tapi sekadar berkongsi pengalaman dan nak lakarkan cerita Kayra kat sini, ini sajalah yang mampu mama buat.


Sehingga mama rajin nak update balik. Wassalam....

xoxoxo 

1 comment:

Post a Comment