Saturday 3 May 2014

Day 4 - Tanah Abang dan Monas Sekali Lagi.....


30 Mac 2014

Hari keempat. Hari yang ditunggu-tunggu. Ceria macam banyak sangat duit nak shopping. Hahaha...mama tak da la rancang sangat nak beli apa tapi mama lebih kepada seronok tengok barang jualan. Tanpa ada apa dalam kepala ni nak beli, mama akan enjoy hari ni. Kalau berkenan beli, kalau tak, tak payah beli. Senang.

Esok dah nak balik kan, so kita tengok permandangan ini puas-puas. Tapi ini bukan gambar yang papa tangkap dari tingkap bilik tapi dari jendela kat luar. Jakarta kota kosmopolitan. Sangat padat.


Suasana tempat breakfast pada pagi itu. Ramai pulak orang malaysia. Datang untuk shopping kot. Beli baju raya. Agaknya la kan...sebab lagi dua tiga bulan dah ramadhan.


Pinggan papa. Penuh.


And Kayra  just enjoy her meal. Nasib baik ada nasi putih dan telur mata. Settle sekali hadap. Tu nampak dak pinggan mama. Ambik banyak-banyak tapi tak habih. Tamak haloba. Astaghfirullah...


Lepas makan, kita dah ready untuk keluaq. Naik blue bird lagi hari ni.


Senyum lebaq anak daraku. dia tak tau satgi dia nak penat tera mana...


Dah sampai dah Tanah Abang. Siap kau abang...


Lepas turun dari teksi, papa terus update perbelanjaan. Hehehe...


Kita start masuk sini . 


Dah start dah tengok itu ini. Pegang letak, pegang letak, belinya tak pun....


Mama paling gila tengok lace tapi tak tau kat mana nak pakai. Semua cantik, semua menarik. 


Macam-macam jenis kain, macam-macam bentuk sulaman, berbagai corak. Kalau siapa yang suka pakai dan tempah memang syurga kain la kat sini. Tapi mama just beli untuk raya saja. Tu pun sepasang untuk diri sendiri.


Peneman setia mama. Dah penat Kayra masa ni. Kena rehat dulu. Ini kat food court Tanah abang.



Papa belanja ayam penyet. Sedap. Ada cawangan kedai ni kat Malaysia jugak...


Dua pinggan nasi ayam penyet hilang selepas lima minit masuk ke dalam  perut. ehh... mama share dengan Kayra tau...


Sambung balik lepas tu. Gambar memang banyak mama belek kain itu, belek kain ini. Tapi tak beli pun....


Blouse dua puluh lima ribu rupiah, lebih kurang tujuh ringgit duit kita. Huhuhuhu...itu kategori murah. kategori mahal pun ada. Pening mama tengok.


Tudia, yang dikatakan tak beli apa tu... nak bawak tak boleh dah, beli satu lagi beg. Kumpul-kumpul semua plastic bag masuk dalam beg baru tu. Senang nak angkat. Beg tu harga tiga ringgit ja beli kat luar. Mama dah serupa apa dah susun barang tengah orang ramai.

Lepas tu dah tak tahan dah kita bersesak dengan orang ramai kat situ. Makin petang makin ramai orang. Baik kita belah cepat-cepat.


Kesini lagi kita ...Monas


Lagi ramai orang sebab hari tu kebetulan Cuti tahun baru Keliwon. Hari pertama dalam kalendar Jawa. Kalau mama tak salah la...


Kalau mengharapkan datang sini sebab nak cari ketenangan hari ni memang silap banyak la . Tengok la tu betapa ramainya manusia.


Ada la macam-macam pertunjukan. Crowded.


Ada jual macam-macam jugak.


Sini orang, sana orang. sana sini ada orang.  :)




Tak larat dah ai nak berjalan, duduk la sat.


Tak tau dah kat mana nak cari tempat yang sunyi sikit sebab memang orang ramai betul. Macam ni la agaknya bila hari cuti kat sini kan ?


Berjalan la kita bertiga sambil bawak beg yang berat tu. berat betul atau mama dah penat tak tau la.


Penat betul sampai rasanya nak senyum pun dah tak berapa nak larat. Kalau senyum pun dah tak berapa nak manis.


Tapi papa nak jugak snap gambaq kita. Tapi mama dah takleh dah. Nak angkat kaki berjalan pun dah tak larat ini kan pulak nak angkat tangat ambik gambaq. Boleh macam tu ?


Papa nak beli souvenir. So mama tolong pilihkan jugak.


Sempat jugak naik kereta mainan ni. Sebab Kayra dah merengek. So papa bagi lah, hadiah sebab baik sangat hari ni.


Kereta pink ni yang Kayra pilih.


Sekejap je pusing-pusing kat situ.


Lepas settle. Mama masih malas nak jalan. Duduk sekkejap lagi lah...


Tak boleh lama-lama lagi sebab cik Kayra mintak lagi sekali nak naik kereta tu. Cepat papa, kita balik hotel.



So today, si dia sangat gembira. Tak banyak cakap pun masa jalan-jalan cuci mata hari ni. Tak ada merengek-rengek sangat. Bila penat, kayra cakap penat dan kita berhenti rehat sekejap. Dah besar anak mama.


Dan Tq jugak untuk papa untuk percutian kali ini.


Dari monas kita terus tahan teksi dan terus balik hotel. tak ada singgah mana-mana makan lagi. malam tu room servis saja. Ayam goreng, sayur campur dan apa lagi satu ntah mama lupa. Sangat sedap ok. kalau tau dari awal sedap macam ni, tak payah la kita sampai dua kali makan nasi padang yang harganya berganda mahal.

Hey, mama memang macam ni la, suka tunjuk gambar makanan. Tak tau lagi ke   ???


xoxo

2 comments:

Diana Ishak said...

Boleh tahan crowded jugak tempat dorang ni ya.

syarida said...

Hari tu cuti umum depa Di. so berkumpul la kat Monas tu...

Post a Comment