Wednesday, 30 April 2014

Day 2 Jakarta - Monas dan nasi padang...



Weiii...dah lama baru nak update pulak. Serius tak sempat. Hahahahaha....

28 Mac 2014
Dah petang sikit kita keluar dari kawasan  Anchol Hajat di hati nak ke satu tempat tu. Hajat adalah keinginan hati yang harus ditunaikan. Dalam kes ni, hajat hati papa dan mama la...



Kita ambik teksi blue bird lagi untuk kesana. Dah ingatkan papa dan diri sendiri jugak untuk naik teksi yang bermeter sahaja dan blue bird adalah pilihan terbaik. Bukan apa, takut kena tipu kalau takda meter.  Nampak tu, mama siap reveal nama pemandu lagi. Nampak tak apa yang mama nampak ? Tu ha, penjaja tu jual apa tu? Demi sesuap nasi, sangat kagum dengan kesungguhan insan yang mencari rezeki halal.



Dalam kagum, kelakar pun ada. Jenuh depa ni nak berangkut benda besar tu nak jual kat kita yang dalam kereta. Jalanraya kat Jakarta memang macet bangat. So depa ada chance la nak berjalan dan tawarkan jualan depa kat kita ni.



Bahaya pun ada. Tapi depa ni semua dah biasa dengan keadaan macam ni. Semua ni dah jadi warna-warni kota Jakarta. 



Jap, wikipedia bagitau mama... Monas itu adalah....

Monumen Nasional atau yang popular disingkat dengan Monas atau Tugu Monas adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendpatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan MerdekaJakarta Pusat. Tugu dan muzium ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00am - 15.00pm Waktu Indonesia Barat. Pada hari Isnin setiap bulannya ditutup untuk orang awam.

   
Monumen Nasional
Bangunan
LokasiJakarta PusatIndonesia
AlamatJalan Lapangan Monas
Pembinaan
Dimulakan17 Ogos 1961
Disiapkan12 Julai 1975
Dirasmikan12 Julai 1975
Tinggi132 meter
Kontraktor utama
P.N. Adhi Karya
(tiang fondasi)
Pasukan reka bentuk
Arkitek
Frederich Silaban,
R.M. Soedarsono
 

Dah sampai. Tak mahu menderhaka, mama letak gambar abang besar dulu. Thanks papa sebab bawa kami kesini. Walaupun panas terik, jauh nak jalan, letih sangat kita hari tu dengan peluh yang menitik-nitik. Ooooppppssss....sorry...tak baik merungut..



Anje intan payung seorang ni. Macammana pun happy je dia. 



awat gambar mama ni gelap sikit, tak suka la... tapi malas nak edit.



Malas la mama nak edit bagi cerah sikit. Tak apa lah. Terimalah seadanya. kawasan monas ni luas betul. Turun dari teksi tadi tu lepas tu kita berjalan sampai menjejes-jejes peluh. Tapi bestla bila dekat. Canti dan bersih kawasan ni. Ye lah, dah nama pun kawasan parawisata kan ?



Lima ribu rupiah kena bayar kalau nak bergambar dengan binatang ni. Mulanya kita tak mau tapi dia ikut kita kan kayra. Tapi tak pa lah, lima ribu rupiah je pun. Kalau convert dalam RM, dalam seringgit lima kupang macam tu la...



Semakin besar semakin kurus anakku. Tapi semakin comel....sapa lagi nak puji anak sendiri... Hahahaha



Disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita yang hebat. Kikikiki.... Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu 'andai aku pergi dulu sebelummu..' pulak ...??? 



Mama disuruh buat macam tu ok. Sebab tu mama segan nak edit gambar ni bagi cantik-cantik sangat.... :p



Huhuhu....saja syok-syok...



Ada jugak perkhidmatan bas yang boleh bawak kita pusing keliling kawasan monas. tapi aduh sayang sekali, dah lewat petang. Tak sempat la kita naik bas comel tu.




Disini dataran yang sangat luas, di sana bangunan pencakar lagit. Jakarta sangat besar, bangunannya moden dan cantik.



Bas-bas mini banyak tapi kita tak sempat naik. Tu ha, bear tu tengah cari pelanggan untuk bergambar.



Ada jugak orang ni. Kena bayar jugak kalau nak bergambar.



Tak habis-habis lagi tunjuk.  Semua orang dah tau kan itu Monas ???



Papa, lepas ni mama nak pi bandung pulak boleh ?  Tahun depan ke,  hujung tahun k... Boleh papa cakap, boleh blah... ada plak jawab macam tu.  Eh, gambar ni Kayra yang tangkap tau. Boleh tahan...



Nak beli  fridge magnet. Untuk wan, Tok honey dan lain-lain...



Beli t shirt sikit. bargain jangan tak bargain. Kat sini jugak duit mama jatuh dari poket. tak sedar tapi nasib baik bila pusing balik mama nampak. Alhamdulillah. Kena banyak beringat.




Ini kira kat luar pagar daripada kawasan monas tadi tapi boleh dianggap ruang niaga monas jugak. 




Pilih jangan tak pilih. Tapi kena tawar betul-betul. kalau siap tawar, mendapatla kita harga cekik darah.



Biasa la, bergambar setiap lima saat. Macam artis. artis pun tak macam kita.



Lepas tu kita ambik bajai untuk balik ke hotel. dah penat dah kan ? Jom la kita balik. 


Pasaipa nak naik bajai sedangkan tadi beriya cakap mesti naik teksi bermeter, takut kena tipulah apalah. Ni ha, sebab anak dara papa nak sangat naik bajai. Papa pun ikut je lah.  Last-last masa bayar tu rasa macam tak logik ja, tapi apa nak buat, dah naik kan, dah sampai pun...


L.O.V.E



Tunjuk la bangunan tinggi pencakar langit pun, mama lebih teruja bila nampak bangunan restoran. Kikikiki... 



Naughty face Kayra. Sampai pun kita kat hotel. Jarak perjalanan dari monas ke hotel macam separuh ja perjalanan kita dari Anchol ke Monas tadi. Beza tambang cuma sepuluh rupiah kot sedangkan tadi kita naik teksi dan yang ni naik bajai. Tu yang rasa macam tak logik tu. Tadi tu ada aircond tau, bajai mana ada air cond. Huhuhuhu....


Papa kata ini kali la last kita mai Jakarta. Lepas ni tak mau mai dah...


Kita naik atas rehat-rehat, mandi dan tunaikan apa yang patut, malam tu kita turun balik pi cari makan. Tunggu teksi kat depan ni saja. 


Kita mai kat Restoran minag sederhana yang petang tadi mama nampak. Lapar sangat masa ni dan kayra pulak penat sangat. Tapi penat boleh tahan kan, lapar tu yang tak boleh tahan.



Papa nak snap jugak gambar sedangkan mama dah tak tahan dah masa ni. Sarapan pagi tadi je mama makan, lepas tu tak makan dah. Jadi, masa ni la yang mama tunggu-tunggu. tak sempat dah nak ambik gambar papa. sabar je la...



Lepas makan, hujan lebat turun mencurah-curah. Sebelum tu papa nak ajak kita pi Kota Tua lepak-lepak sana ataupun pi Monas balik bergambar suasana malam. Tapi dah hujan nak buat macammana kan. Nasib baik hujan, kalau tak hujan, penat lagi la kita malam tu. So, kita balik hotel je la tidur awal. Tapi Kayra tidur lambat jugak. Sibuk nak tengok sofea the first kat Youtube. Oh ya, wifi free tengok youtube tak ada sangkut-sangkut pun...


until mama continue again.....hehehe

xoxo


No comments:

Post a Comment