Petang sikit kita keluar daripada mini Indonesia, tak payah cakap la melekitnya badan kita tapi dek kerana teringin nak ke Kota Tua, kita gagahkan lagi kaki melangkah. Kesini kita....
Kota Tua Batavia: Menikmati Wisata Sejarah di Jantungnya
Kekuasaan Penjajah
Dari Wikipedia bahasa Indonesia,
ensiklopedia bebas...
Kota Tua Jakarta,
juga dikenal dengan sebutan Batavia Lama (Old Batavia),
adalah sebuah wilayah kecil di Jakarta, Indonesia. Wilayah
khusus ini memiliki luas 1,3 kilometer persegi melintasi Jakarta
Utara dan Jakarta Barat (Pinangsia, Taman
Sari dan Roa Malaka).
Dijuluki "Permata Asia" dan
"Ratu dari Timur" pada abad ke-16 oleh pelayar Eropah,
Jakarta Lama dianggap sebagai pusat perdagangan untuk benua Asia
kerana lokasinya yang strategik dan sumber daya melimpah.
Di atas gambar dari wikipedia, di bawah pulak gambar yang mama tangkap petang tu. Cuaca sangat indah...
Ramai orang dan kebanyakannya 'orang muda' bersantai dan melepak. Ada juga perkhidmatan sewa basikal untuk berseronok. Ada topi sekali tau. Sangat meriah. Seronok tengok gelagat orang yang kebanyakannya remaja, berpasang-pasangan naik basikal.
Ada juga pertunjukan jalanan jugak.
Dibahagian lain, ada jualan. Macam central market.
Kita melepak sampai maghrib jugak kan. Musafir tak ada masalah. Banyak kemudahan. Tapi kesian Kayra boring kat sini.
Nak beli pun tak ada apa yang menarik sangat kat sini. So, better mama simpan duit tu untuk esok. Sebab esok adalah shopping time.... Tak sabar rasanya...
Macam naga ke apa keluar-keluar api dari mulut. Hahaha... mama takut sikit kalau tengok aksi-aksi macam ni. Rasa macam ngeri ja...
Depa ni satu team dengan gambar atas tadi. Ramai depa ni, dari kanak-kanak umur rasanya empat ke lima tahun hingga la ke usia 50 tahun lebih. Ramai. Berbakat pulak tu dan pandai tarik crowd.
Ada jugak nih. Tapi mama tak tau nak panggil apa. Karakter askar.
Makin ramai orang, Kayra makin boring. Hmmm tengok la tu.... Masa ni papa suruh kita duduk kat sini jangan bangun-bangun sementelah dia pulak pi melilau tangkap gambaq.
Cantik pulak gambar ni bila mama tengok banyak-banyak kali.
Pos Indonesia. Ada pameran jugak kat dalam ni dan ada jugak kaunter surat-menyurat macam biasa. tapi kita dah terlewat petang tu, waktu operasi dah tamat. Ingatkan dapatla kita beli poskad dan 'meterai tempel' kat sini dan sempat pos ke Malaysia. Esok la jawabnya cari poskad.
Bila dah senja sikit. Makin cantik pulak tempat ni. Pencahayaan sangat bijak. Pandai depa letak lampu kat tempat yang sepatutnya....
Mama sebenarnya dah rasa tak tahan sangat dah. Rimas dan rasa melekit satu badan. Tapi nak buat macammana kan, bukan selalu kita dapat kesini. So tahan la sat dulu. Gagah pi la....
Mengembirakan buah hati pengarang jantung nan seorang yang cepat sangat membesar ini bagaikan memberi hadiah kepada diri sendiri jugak. Menyayangi darah daging sendiri bagai mencurah kasih sayang yang berbalik kepada jiwa yang memberi. Begitulah rasanya...
Dah puas melepak melihat gelagat orang sekeliling sambil menikmati indahnya malam kota Oktavia kita bergerak keluar dari kawasan tadi. Nampak muzium bank Indonesia. Sekadar nampak dan tengok dari jauh.
Kita berjalan mencari teksi. Agak susah jugak nak dapat bluebird kat sini. Tapi setakat lima belas minit boleh gagah la lagi.
Sejurus sebebelum kita naik teksi, papa sempat snap gambar ni. Stesen keretapi ke Bogor dan bandung.
Hey, seharian kita tak makan kan ? Makan roti mana nak kenyang. So, kita cari nasi padang lagi sekali malam tu. Ke Garuda kita...
Ha....pilih jangan tak pilih. Makan mana yang nampak sedap ja ok. Jangan ambik semua pulak, sentuh sikit pun dah consider sold tau...hehehehe...
Muka penat dan letih teramat-amat tapi disebabkan lapar. Kena telan jugak kan papa. Sedap nampak ayam goreng tu. Sangat meyelerakan.
Hmmmm....mama teringat lagi ni....
Hari ketiga percutian ke Jakarta tamat bila lepas makan kita balik ke hotel. Bersihkan diri, tunaikan apa yang patut dan terus zzzz.... Esok hari ke empat. Kisah percutian kita kali ni dah hampir tamat.
Bagi yang sabar menanti cerita mama, terima kasih sebab menunggu. Dah cuba sungguh-sungguh cari ruang waktu nak siapkan entry yang tertunggak ini tapi masa 24 jam sehari macam tak cukup. Apapun, berblog ni perkara sampingan bila ada kelapangan, kita kena jalankan tugas hakiki yang wajib dulu kan ? Keluarga perlukan perhatian dan kerjaya perlukan tumpuan.
Sehingga sekali lagi diberi ruang waktu.... :)
xoxoxo
Hari ketiga percutian ke Jakarta tamat bila lepas makan kita balik ke hotel. Bersihkan diri, tunaikan apa yang patut dan terus zzzz.... Esok hari ke empat. Kisah percutian kita kali ni dah hampir tamat.
Bagi yang sabar menanti cerita mama, terima kasih sebab menunggu. Dah cuba sungguh-sungguh cari ruang waktu nak siapkan entry yang tertunggak ini tapi masa 24 jam sehari macam tak cukup. Apapun, berblog ni perkara sampingan bila ada kelapangan, kita kena jalankan tugas hakiki yang wajib dulu kan ? Keluarga perlukan perhatian dan kerjaya perlukan tumpuan.
Sehingga sekali lagi diberi ruang waktu.... :)
xoxoxo
No comments:
Post a Comment