Tuesday, 29 October 2013

Setelah Lama Berehat Panjang Bercuti Sakit.....terbang ke Kuching...



Jeng...jeng...jeng...

Dah rasa sihat sikit, dah boleh jalan sikit, dah rasa macam kuat sikit. Kebetulan mc pun berbaki lagi dua tiga hari lagi ni.... Papa ajak kita terbang lagi. Sebenarnya dah lama plan. Sebelum operation lagi. Masa hari tu baru-baru lepas operation rasa macam trip kali ni terpaksa burn saja... tapi Syukur, mama boleh gagahkan kaki jugak berjalan. Tiga bulan terperap dalam rumah mengenang nasib diri, bermuram durja....kikikikiki.... Sekaranglah masanya kita bergumbira merawat jiwa nan lara...

Kali ni kita naik MAS. Puas kita survey masa dan waktu. Kita bandingkan dengan Air asia Fire Fly semua. Dan akhirnya ketemu juga tarikh dan tambang yang murah ni. Lebih murah berbanding Air Asia. Pada tarikh ni la...Walaupun kelas ekonomi ja pun... :)


Cerah ja pagi tu. Laluan kat atas jambatan pun tak la sesak sangat....


Dah sampai  pun kita.... Penang Internasional Airport.


Macam biasa selalu-selalu. Kita ambik maksu kat ofis, maksu hantar kita pi airport dan Maksu bawak balik kereta mama park kat rumah dia. Jimat duit parking....


Ludgage check in. Kayra pun sibuk jugak sambil pegang bantal busuk...


Lepas tu kita sarapan dulu kat McDonalds. Masing-masing dah lapaq kan ?


Ok, masuk balai berlepas. 


Tunggu-tunggu. Lapaq, makan  biskut pulak...


Tak ramai  orang sangat pagi tu...


Dan dia pun bukan boleh duduk lama menunggu. Mula la nak buat perangai macam-macam...sayang dia...


Ok,flight dah sampai. Berjalanlah kita masuk...


Seronoklah kita bila ada steward yang tawar diri nak ambil gambar kita. Senyum sajalah...


Macam-macam perangai lagi walaupun dah kat dalam perut kapal... Tapi sayang dia....


Mama suka corak batik kat uniform stewardess ni. Sangat Malaysia....


Dari Penang ke KL  kita dijamu  jus dengan kacang saja. Kayra suka orange juice...


Kita dah sampai KLIA


Happy


Lari sana lari sini. Jauh sikit dari mama, mama dah risau. Maklumla mama bukan boleh kejar-kejar Kayra macam  dulu. Kaki  mama masih belum  pulih sepenuhnya lagi...


Ala Sayang...Kenapa letak gambar ni ?  Sebab ada Ella kat belakang....


Gambar ni pun... Sebab Ella  jugak...


Ok, flight KLIA-Kuching dah sampai. Jom masuk dulu.


Papa  berebut dengan Kayra  nak duduk tepi  tingkap. Papa menang...Dengan anak pun nak berebut papa ni...


Saja suka-suka letak gambar ni.


Penerbangan dari KLIA ke Kuching ambil masa dalam dua jam kalau tak salah mama. Penat duduk dalam kapal terbang. Hari tu, bersama-sama kita dalam kapal ada Ella, Tomok, Aizat dan ramai lagi la artis. Sebab ada program Jom Heboh kat Kuching.
Kayra tak tidur lansung dalam penerbangan, macam-macam kelaku dia buat tapi dah baik sikit dah dia sekarang.  Dah besar kan dia...?


Sesampai saja disana. papa terus pi kat kaunter untuk ambik kereta sewa yang kita book awal lagi. Tapi sayang la, kita book kenari  tapi tak ada, rosak ka apa ntah kereta tu. Dan diganti dengan Proton Saga. Tak kisah la. Tapi bayaran kena tambah lagi lah. Kita rasa ralat la jugak sebab tak dapat macammana yang kita book awal tu.


Oleh kerana ini adalah percutian budget. Maka, kita pun duduk kat hotel murah-murah saja. Tapi ok lah, kita tak merungut pun...janji dapat berjalan naik kapal terbang.


Biliknya luas. Ada bath tub. Tapi hotel ni hotel lama la jugak... Tapi ok...



Lepas check in, kita naik atas simpan barang dan kita keluar balik untuk makan. Lapar dah Kayra. Kat dalam kapal terbang dia makan roti canai. Mama dah start  sakit kepala dah. Tapi papa nak jugak keluar makan. Tak apa lah, ikut sajalah papa tu...

Nanti sambung lagi ok...

No comments:

Post a Comment