Monday, 7 October 2013

Fisio ke 3


11 September 2013
Genap minggu kelapan selepas surgery.

Sessi fisio mama bermula jam 11 pagi. Teruja hari ni, sebab mama dah berjalan ke bilik fisio tanpa tongkat. Walaupun langkah mama masih tidak sempurna sangat. Tapi mama rasa sangat seronok.

Ya, walaupun macam masih bertatih, lambat sangat nak sampai ke bilik ni. Tapi rasa sangat bersyukur.


Sessi permulaan fisio macam biasa, kaki akan dituam dengan ais sebab masih bengkak, diurut dan mama akan buat latihan beban. Latihan beban tu macam ni... kaki mama akan diletak beban yang tak sampai pun satu kilo beratnya dan mama akan disuruh angkat kaki mama. Buat mama sekarang, beban tu rasa terlalu berat. Peha mama lenguh sangat.


Selepas itu, sessi latihan di palang. Latihan berjalan dan melangkah. rasa keras sangat kat tempat pembedahan. Susah sangat nak melangkah.


Minggu ni mama buat ni. Mama dibagi alat yang mempunyai kecondongan. Berdiri atas tu dan cuba berdiri tegak. Huhuhu...nampak macam senang tapi kaki kiri mama sangat keras ok. Mama boleh berdiri sekejap saja.


Dah tak boleh tu, sambung dengan latihan berjalan saja.


Latihan melangkah naik satu step menaik. Melangkah melangkau step kayu tu macam tak boleh lagi jugak. Rasa tegang kat atas tumit.


Tapi mama dah rasa cukup happy dah dengan pencapaian hari ni...


Terus buat lagi, kali ni lama sikit berbanding minggu lepas dan kemudian, sessi fisio mama diteruskan dengan sessi urutan dengan mesin ultrasound pulak.


On the way balik tu, disebabkan masa rehat tengahhari papa baru bermula. Sempat lagi papa bawak mama singgah nursery. rasa macam dah lama sangat tak jenguk tempat macam ni. Mama sangat happy tau...


Dan...kami singgah makan mi goreng yang sangat sedap kat Ampang Jajar. Thanks papa.




Happy. Ya sangat happy. Tak tau berapa kali mama sebut happy kali ni. Tapi dengan pencapaian mama yang sangat memberansangkan ini, mama yakin mama dapat berjalan cepat-cepat dari waktu yang dijangkakan.
Alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment