Pagi di Kuching....
Kaki mama masih rasa sakit bila mula-mula bangun dari katil pagi-pagi. Masa kat Kuching ni pun masih lagi macam tu.
Kalau nak ikutkan rasa malas, memangla. kalau boleh nak memerap saja kat dalam bilik hotel tu dan tidur sepanjamg hari. Tapi sayang la, buang duit jauh2, terbang sampai ke Kuching tapi bila dah sampai melepak saja kat dalam bilik.
Tak boleh...tak boleh...Marah papa nanti. Regang-regang sikit pergelangan kaki, mandi dan bersiap keluar....
Tak boleh...tak boleh...Marah papa nanti. Regang-regang sikit pergelangan kaki, mandi dan bersiap keluar....
Sarapan pagi di hotel ni biasa saja. Nasi goreng, mi goreng dan roti bakar. Kayra tak ada masalah, dia makan saja mi goreng tu. Makan sikit pun tak apa sebab mama bawak bekal biskut, kalau lapar, makan saja dalam perjalanan nanti.
Kita berjalan jauh pagi ni. Nak ke Sarikin. Jauh jugak perjalanan kita pagi tu.
Anak daraku terlentang tidur tak mau bangun tunjuk protes. Boring punya pasal.
Si mama pulak , dua tiga kali , empat lima kali , buat self capture...
Dah sampai dah...
Nak suruh mama jalan..? Tak mau..tak mau..sakit kaki..kita naik kereta lalu terus ikut lorong ni dulu ok...
Tiba-tiba mama jadi kuat plak. Demi kerana shopping. Teruk Betul mama ni...
Yang menarik perhatian mama... tapi yang mana satu mama tak ingat, temu, lempoyang, kunyit. Yang merah tu pun tak tau apa nama...
Gitar tegar. ukulele pun ada...
Dah dah. Tak larat mama nak jalan. naik kereta balik gerak ke Kuching. Singgah la sekejap kat sini tengok keadaan kat luar saja. Tak payah la masuk ke dalam. Sebenarnya turun kereta pun tak...
Konon-konon nak balik kuching ikut jalan lain la...Kita guna Google map masuk jalan dalam. Rupa-rupanya kita tertipu, jalan mati dan dirintangi sungai, tak ada jambatan. macammana nak teruskan ? Berpatah balik la kita...
Tapi best jugak. nampak Kebun sayur yang ada kolam air ni.. ada macam kincir angin lagi...
Akhirnya selamat sampai ke Kuching balik...
Ai tak ada masalah... Ai asyik dengan game. game dan game...
Papa la pening bila follow segala map tu.... pilot la sangat...
Tengahhari dan belum lapar...singgah sat...
Turun, turun tangkap gambar dulu...
Papa pulak...
Mama...
Lepas tu kita pi dekat area tepi sungai lak. Papa asyikla melayan anak dia ja.
Mai sini mama tangkap gambar kamu berdua.
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Lanskap kat situ canik jugak. Bergambarlah kayra kat pokok yang tumbang....
dari sini, bangunan belakang tu nampak jelas sangat....
Sebab cantik, kita ambik dua kali...
Kamu dengan papa kamu pulak...
Again, dan tengok muka Kayra tu....dah boring la tu...
Lepas tu kita pi makan kat food court tepi sungai. makan tengahhari tapi selepas tiga petang. Sebabnya, food court tu bukak pukul tiga. Meunya...dari atas kiri, nasi ayam penyet,nasi putih terubuk masin, mi kolok dan laksa sarawak. Kenyang dan puas hati. Kita share bertiga semua ni...
Lambat mama nak update blog sekarang. Sebenarnya banyak nak dicerita. Cerita sarawak ni nak habiskan dulu, lepas tu raya haji , lepas tu Betong , lepas tu hatyai. Hatyai tu dah nak masuk dua kali dah kita pi. nanti pelan-pelan ok. Tak menyempat mama sekarang...
Kamu, kamu dan kamu. Saya tulis cerita saya untuk kenang-kenangan dimasa tua nanti. Manalah tahu, suatu hari nanti kayra ada membaca, ada jugak manisnya yang dia ingat. Kenangan dari seorang mama untuk dia. Sebenarnya menulis blog ni dah macam diari bergambar untuk kita. Saya rasa semua orang patut cuba menulis. Mungkin tak berapa rasa bila satu dua post, tapi bila dah mencapai berpuluh posting, kita akan rasa seronok sangat. Cubalah...

No comments:
Post a Comment