7 September 2013
Appointment fisioterapi mama kali yang kedua ini adalah pada jam 9 pagi. Hari ni mama bertongkat ke bilik fisioterapi. Sangat susah bertongkat. Kalau dulu, berat rasa sebab masih ada cast pada kaki tapi bila dah buang cast, kaki rasa lemah longlai pulak. rasa macam seriau dan rasa sengal jugak...
Pagi-pagi dah sampai. Mama akan jadi pengunjung setia bilik ni dalam tempoh sebulan akan datang.
Macam sessi yang lepas. Latihan fisio mama akan bermula dengan urut, letak ais pada pergelangan kaki dan latihan pemberat. Ambik masa dalam setengah jam kat situ sahaja. Dan dalam masa 15 minit ke 20 minit latihan di palang ini. Dengan pengawasan fisioterapist.
Latihan melangkah dan memijak. Mama masih takut-takut nak bagi beban pada kaki. takut sakit. Selesai latihan dipalang, kaki mama diurut dengan mesin pulak. macam hari tu.
Confident level mama dah meningkat. Dua tiga hari ni, mama akan cuba berjalan tanpa tongkat kalau boleh. tapi masih tak boleh buang terus sebab mama masih ada rasa sakit-sakit di tempat pembedahan. InsyaAllah mama boleh berjalan semua.....

No comments:
Post a Comment