Monday, 31 December 2012

Ini hari terakhir di 2012

Bye 2012 dan selamat datang 2013

Tahun 2013 tak ada azam baru, cuma nak sambung azam lama yang tak tertunai-tunai lagi. Dan mama jugak nak lebih rajin update blog supaya tak tertinggal apa-apa cerita Kayra lagi. Sebab tertubuhnya blog ni pun disebabkan Kayra dan anak-anak mama yang lain ( in shaa Allah....aminnn..).

Dan cerita yang tertangguh akan di back datedkan....hehehe...

Selamat Tinggal 2012...

Sangat sweet tahun ini dan diharap tahun depan akan lebih sweet lagi...

Sunday, 30 December 2012

Pantai Kerachut , Apa Kau Buat ? ...day 2 part 3

Kita singgah pulak kat Monkey Beach sebelum balik. Kita kan naik bot so sebelum sampai ke jeti taman negara tu kita singgahlah dulu sebab ahli-ahli rombongan yang muda nak mandi-mandi dulu. Pantai kerachut kan tak sesuai untuk mandi-mandi. So kita enjoy kat sini pulak.

Wow. Syoknya depa mandi manda. Masa kita sampai kita tengok depa dah siap berendam. Depa kan naik bot pertama.


Hahaha...papa, ummi dan maksu kena angkat barang. Mama snap gambaq je.


Silap susunan ni, ini gambaq masa kita baru nak bertolak dari pantai kerachut.


See the rainbow. Cantik sangat.



Bila lapaq, kita suruh mak anjang jamu depa roti. Roti sapu mentega pastu boh gula. Enak bangat time lapaq-lapaq.


Santai di tepi pantai. Sambil perati je kelaku anak-anak main kat pantai.


Suasana sebenar. Ramai orang jugak.


Ada bot yang singgah hantar pengunjung. Menambah bilangan orang kat tepi pantai.


Bersama ummi. Kakak kedua mama. I love u ummi.


Wan nuruddin. Anak ke empat ummi.


Mama, wan Rabani, paksu, abang Din, wazir.


Najla, kayra dan mama.


Bersama paksu


Ummi dan abah.


Berkemas untuk balik.


Bye pantai monyet aka monkey beach.


Papa,paksu n kayra. Gigit kuku ke kayra ?


Mams, abah, maksu dan ummi. Berkilat-kilat muka mama.


Yey dah sampai


Salam- salam dan terus balik ke rumah masing-masing. Terima kasih semua sebab bagi kegembiraan pada kayra walaupun sekejap.



huh. Setelah bertahun akhirnya siap jugak cerita pantai kerachut ni. Siap taip guna tab tapi  nanti nak edit juga guna laptop. Sebabnya kalau kat tab kita tak boleh nak besaqkan gambaq.

rindu nak berkhemah balik ni...


xoxoxo

Saturday, 29 December 2012

Pantai Kerachut , Apa Kau Buat ? ...day 2 part 2

Dah makan tu kan kita semua sepakat nak jalan-jalan la pulak lagi sebelum balik. Hmmm sebelum tu, nak la bagitau kat Pantai Kerachut ni tempat penyu-penyu singgah bertelur tau. Ramai orang ingat kat Rantau Abang saja tempatnya kita boleh tengok penyu, rupanya kat Penang pun ada. Tiba-tiba pulak mama rasa bangga pulak dapat bermastautin dan bekerja di sini.

Jangan cakap mama tipu, tengok lah sendiri banner dan papan tanda tu. Tengok la sendiri mama dan papa tu....eh....tetiba....


Dia pun nak......


Masuk dalam pusat tu dan nampak penyu yang diawet, so apa lagi...


Sebenarnya Kayra ni taku-takut. Tapi mama paksa jugak dia senyum... sebab tu senyumnya macam dibuat-buat.


Ramai pengunjung jugak hari tu. Rasanya depa ni ada kerja amal ni, nak gotong-royong bersihkan  tempat ni.


Ada guide jugak kat dalam tu yang akan bagi penerangan pasal penyu dan pasal tempat ni jugak. Guide macam tuorist guide tapi depa ni lebih dikenali sebagai nature guide.


Teduh dan berpasir apa lagi kalau dah nama kanak-kanak.


Mereka berdua mengintai tapi tak nampak apa-apa....hehehe...


Orang kata, kalau pakai kamera murah, tangkap gambar kat tengah panas memang cantik. Kita try....ok la....    :)



Cubaan lagi sekali.


Tak lama kat situ, kita balik ke tapak khemah. Berkemas dan bersiap untuk balik.


Tempat kita masak dah clear. Siap sapu ok.


Mama nak jugak bergambar. POYO je lebih. Emmm... baru mama tau poyo tu maksudnya 'Proud Of YourSelf '. Terdengar Halim Othman cakap dalam Suria Fm pagi ni...


Orang yang dah siap berkemas, duduk menunggu mereka yang belum siap.


Lepas tu semua gerak ke tepi pantai menunggu bot yang akan menjemput.


Lama menunggu bot, sempat jugak PapaMama bergambar lagi.


Bukan seminit dua tau, berejam jugak kita tunggu bot. Sempat lagi berbaring-baring.


 Sampai saja bot, group pertama bertolak pergi. Najla bertolak dulu, kesian anak mama melambai sedih.



Ok, tak lama lepas tu, bot kita pulak sampai. :)



Kita tak terus ke jeti. Menyinggah lagi. Hmmm...nanti lah sambung...
Cerita ni dah lama, tapi mama nak habiskan jugak...


Hehehehe...sabar itu separuh daripada iman....

Friday, 28 December 2012

Pantai Kerachut , Apa Kau Buat ? ...day 2 part 1


Hari kedua pulak pagi-pagi tu bangun awal-awal. Geng lelaki bersenam sihatkan badan. geng perempuan pulak memasak untuk membesarkan badan. hehehe...
Kelakar bila ingat balik. Ada ruang yang luas balik kat situ sebab khemah-khemah budak cina dah tak ada. Mesti depa dah buat aktiviti lain kot. So, apa lagi ? Ruang yang luas kini bergerak bebas....
main volley ball.. tapi tak nak la guna volley ball yang betul, sakit tangan tau. Pakai bola plastik Najla dah cukup. hehehe... Kang pecah bola budak tu, meraung kat tengah hutang, hangpa jawab la....



Semua tak menahan punya gaya. Bola tu tak sakit ok. makanya tak kisah la nak main sejam atau dua jam sekalipun...

Terselit pulak gambar cik Kayra yang masih menyeksi. Dengan tak berkasutnya. Tapi kayra sangat mendengar cakap tau. Tak pernah nak jauh-jauh sangat dari mama. Kalau jauh sikit mama risau...

Ok, dah selesai bermain mari kita bergambar....hahaha....kemain...


Sabaq ja la. Tadi masa main guna bola plastik Najla ja, ini masa nak bergambaq tukaq bola no.....


Anak buah sulung. 


Dah penat lapaq la kan ?


Ini gambar masa permainan tengah berlansung dan kami di dapur memasak...


Sebelanga besaq nasik goreng nampaknya mak su....


Jemput makan semua.....


Lepas ni......hmmm lepas ni.......Ada lagi ni tapi nanti la....tunggu je la...