Pejam celik pejam celik, sebulan ramadhan dah nak berakhir. Sedih rasanya nak tinggalkan ramadhan yang mama rasa bulan yang buat mama rileks ni. Ye la, rehat dari makan siang. Hikmatnya yang mama dapat daripada berlapar adalah rasa sihat dan cergas yang hanya badan mama sendiri yang rasanya. Itulah magicnya suruhan Allah yang satu ni.
Minggu terakhirnya, banyak aktiviti kita di luar rumah. Tahun ni mama janji takmau berlebih-lebih dalam membuat persiapan raya. takmau beli baju banyak-banyak sangat kat kayra macam tahun-tahun yang sudah.
Tapi mama nak jugak, nak jugak sehelai jeans untuk kayra. tak kira mana nak cari pun dan akhirnya mama dah dapat tangkap sehelai kat sunway carnival.
Minggu last ni jugak kita banyak berbuka kat luar, ada satu hari tu ja kita berbuka berdua je kat rumah sebab papa ada jemputan berbuka yang mama taknak pergi sebab malas nak leceh-leceh kat luar. Itupun papa cepat-cepat balik sebab nak bawak kita pi Pulau malam tu jugak.
Oh ya, tahun ni mama dapat satu-satunya kad raya itupun bos mama yang bagi dah mama gantungkan kat meja pejabat mama. Ofis mama pun dah ada lampu kelip-kelip dan bendera lagi la teruja dengan raya. Tapi jangan lupa semangat patriotik yang kita kena ada sebab tarikh kemerdekaan kita kan jatuhnya pada sambutan hari raya jugak.
Takyah cakap banyak, kita tengok gambar je la k.
No comments:
Post a Comment