Monday, 1 August 2011

Ahad di Kayangan dan akhirnya tinggalkan Indera...

Pagi ni ummi buat nasi goreng tapi kami nak laksa perangat jugak. Laksa perangat ? Hehehe... panaskan kuah laksa dan makan macam biasa. 
Abah tanya hari ni nak kemana ? Any suggestion ? Tak lengkap kedatangan ke Perlis tanpa shopping kat sempadan. Kami ke padang besar hari ni tapi takda snap gambar sebab mama betul-betul busy. Takda beli apapun tapi tak boleh nak bergambar sebab mama takut terlepas pandang kayra, takut dia lari jauh-jauh. takut hilang anak mama. dah la sorang tu je. Tapi papa sempat snap, mama letak gambar tu je la.
Lepas shopping lebih kurang. Membelinya kurang, windownya lebih. kami balik. Singgah makan sekejap kat gerai makan  tepi jalan.
Balik rehat-rehat, makan laksa lagi, kami bersiap-siap untuk balik. Tren pukul 7.
kami sampai di parit Buntar lebih kurang jam 11.30 malam. kayra yang dah tertidur mama letakkan kat bangku menunggu sementara menunggu papa pi ambil kereta.
Sebelum sampai rumah sempat lagi mamapapa singgah sekejap makan kat restoran mamak, kayra yang tidur tinggal dalam kereta.
Penatnya....
Esoknya hari pertama puasa.
Larat ke mama nak pergi kerja ?

Indera Kayangan indah sekali
lain kali kami pasti akan datang lagi...













2 comments:

  1. bestnya bilalah nak bawa budak2 ni naik keretapi

    ReplyDelete
  2. seronok dpt naik keretapi...

    ReplyDelete