Pukul 7.30 pagi dah sampai kat stesen keretapi Arau. Kami landing kat stesen sementara oleh kerana KTM tengah upgrade stesen untuk projek double track.Turun je dari tren, kami bergambar, pusing sana bergambar, pusing sini bergambar. kayra sampai tak larat nak posing.
Terkilan jugak hati sebab stesen lama yang penuh nostalgia tu dah roboh. Walaupun tak pernah ada kenangan kat stesen ni tapi rasa sayang pulak bila stesen yang lama dah takda.
Abah dan ummi jemput kami. Ummi tu kakak mama dan abah tu abang ipar mama. kakak ipar dan biras papa.
Abah bawak kami pi makan kat satu kedai yang unik sangat. Semua dekorasi dari kayu. Lepas makan kami singgah sekejap kat taman melati pastu kami pi tengok kedai makan baru abang syahir. Abang syahir tu anak ummi. Pastu singgah jap kat tok abang syahir.
Sampai kat rumah ummi kami makan lagi, ummi buat laksa kegemaran mama. kayra pun makan bertambah jugak.
Petang kayra pi jugak-jugak kebun ummiabah, abah pun tunaikanlah permintaan kayra. Best kebun tu, betul-betul kat kaki bukit. Siap ada gua lagi. Ummi abah nak buat dusun tanah tu.
On the way balik rumah ummi, abah ajak singgah minum-minum kat tepi tasik Timah tasoh.ada tempat macam medan selera namanya Terinai. Betul-betul mengadap tasik. Gerai-gerai tu atas pelantar kayu. sambil minum-minum we all tengok permandangan tasik.
malamnya kami duduk rumah je. Barbeku kat rumah ummi...
No comments:
Post a Comment