Wah !!! nampaknya mama kayra betul-betul puasa sampaikan tak sempat nak update blog. Kalau tak update nampaknya takda la kenangan untuk kayra untuk bulan puasa tahun 2011. Ok, cuba sebaik mungkin cari masa untuk tulis-tulis dalam ni...
Bulan puasa tahun ni macam biasa, jarang-jarang beli kat pasar ramadhan. sebabnya, rasa lebih puas makan masakan sendiri. walaupun tak sedap mana tapi kepuasan memasak takkan dapat daripada gerai makan manapun. Masak yang simple-simple dan mudah-mudah janji kenyang.
Gambar masakan pun tak dapat nak snap banyak-banyak sebab kadang-kadang tu tak sempat, kadang-kadang terlupa dan kadang-kadang memang malas nak snap.
Kayra ? this girl memang makin lama makin lasak. Untuk bulan puasa ni saja mama dah 3 hari cuti. Temankan dia. Bulan puasa bukannya nak makan sangat. Asyik susu je. Ayat yang dia selalu dia cakap sekarang , 'kesian mama'. Bila mama marah dia sebab sepah bantal, dia cakap 'kesian mama', bila marah naik basikal kat dapur dia cakap 'kesian mama'. Habis, macammana mama nak marah lagi...???
Minggu pertama weekend puasa kami balik Taiping. Minggu kedua rasanya tak balik kemana dan minggu ketiga insyaAllah ke Jeneri pulak. Tengokla masa kelapangan papa. Harap-harap dapat jugak kami berbuka dengan makayah mama kat kampung.
Baju raya ? tak siap-siap lagi. Harap-harap siapla sebelum raya.Bukan apa kawan-kawan mama punya baju raya dah siap. Dalam hati berdebar-debar jugak ni takut tak dapat pakai baju baru raya nanti. Walaupun baju mama dah siap sepasang, tapi baju tema kami semua untuk raya pertama tak siap-siap lagi.
Itu semua boleh bikin mama stress...!!!
Harap-harap dapatlah mama kurus sikit bulan puasa ni. Tu ha singsing lengan tengah panas sambil fikir apa nak masak petang nanti. Yang penting boleh siap cepat. Ye la, rush balik pukul 5 ambik kayra lagi. Sambil drive sambil berfikir apa nak masak. Dalam hati doa-doa sampai ke rumah dengan selamat. sampai ja kat rumah, terus masuk dapur. Ketung ketang apa yang patut. Janji 7.25 dah siap terhidang atas meja.
gambar ni masa kat taiping, rumah Tok Honey. Guna tools papa nak cabut rumput. Jaga-jaga, marah Tok honey nanti. Tok honey 'bela' rumput tu tau...
Menyibuk. Papa sibuk dia pun tumpang sibuk jugak. Last-last dua-dua penat. papa penat melayan + kerja, kayra lak penat buat sibuk.
PapaKayra. Combination of 2
Peace mama....buat...
Hari-hari nak ayam. favourite.
Orang berbuka dia sibuk nak makan jugak. Tapi orang tengah sedap-sedap makan, time tu la dia nak basuh tangan.
mama masak yang mudah-mudah macam ni tiap hari. Maklumlah, hari-hari mengejar masa...
White coffee plus ice, penghilang dahaga. Sejuknya terasa di tekak.
Hari ni mama masak ini je. Papa tak kisah pun. Lauk-lauk simpan untuk sahur.
Malamnya kita keluar. Papa kata nak makan yang ringan-ringan. Dah lama tak keluar malam...
favourite papa n kayra. Like daughter like father
siput apa ntah dengan kepah. Sedap ni...
Ada berani ?? yang ni siput duri. Sedap. Isinya kenyal.
Mai kayra suapkan...Sedap papa ??
Ini kedainya. Warung mak siti. Dengar kata kedai ni pernah masuk jalan-jalan cari makan. Banyak jenis siput kat sini. Rugi kalau siapa datang Seberang Perai Selatan tak datang sini. Kedainya kat Tanjung Berembang.
Wah, panjang lebar lak rasanya tread kali ni. Mengalahkan cerita-cerita Sabah. Takpa, mood tengah baik ni...Esok lusa sambung cerita lagi.
Oh ya !! Bulan puasa Si kayra tidur lambat, nak tengok kartun je kerjanya. Kerap mama hantar dia ke pengasuh dalam dukungan terlentok tidur. Kayra...kayra...
No comments:
Post a Comment