Tuesday, 30 August 2011

Esok Hari Raya

Kali ni kayra raya kat Taiping. Baju Raya Kayra dah siap bergosok dan digantung sekali dengan baju mama dan papa. Tahun ni kami pakai colour coklat.
Subuh-subuh pagi sebelum raya tu mama dah tinggalkan kayra di rumah Tok Honey. mama temankan papa pergi pasar Taiping. Awal betul pagi tu. MamaPapa ingatkan dapat la jadi orang paling awal sampai pasar tapi bila sampai kat sana tengok-tengok jalan dah jem. Papa parking kereta jauh sikit sebab area yang dekat-dekat dah fully park. Orang ramai dah beratur-ratur nak beli daging. Papa tak bagi mama snap gambar, rugi  je la papa.
Lepas balik mamapapa ambik kayra bawak pergi Taiping Central lak nak beli kasut kayra. Last last minutes baru nak beli. Dah dapat kasut, papa bawak kayra main-main jap kat children play area kat atas tu sementara mama ronda-ronda sorang-sorang. Dah settle semua kami gerak keluar dari situ  ke masjid Taiping sebab  papa nak pi bayar zakat fitrah sebelum we all balik rehat-rehat dan mama pulak tolong Tok honey masak.
malamnya kayra main bunga api dengan sepupu-sepupu. Bunga api tu uncle Awie kawan papa yang bagi. 

Esoknya Hari Raya. Selamat hari Raya Semua. Maaf zahir batin.









Monday, 29 August 2011

Sebelum Berakhirnya Ramadhan

Pejam celik pejam celik, sebulan ramadhan dah nak berakhir. Sedih rasanya  nak tinggalkan ramadhan yang mama rasa bulan yang buat mama rileks ni. Ye la, rehat dari makan siang. Hikmatnya yang mama dapat daripada berlapar adalah rasa sihat dan cergas yang hanya badan mama sendiri yang rasanya. Itulah magicnya suruhan Allah yang satu ni.
Minggu terakhirnya, banyak aktiviti kita di luar rumah. Tahun ni mama janji takmau berlebih-lebih dalam membuat persiapan raya. takmau beli baju banyak-banyak sangat kat kayra macam tahun-tahun yang sudah.
Tapi mama nak jugak, nak jugak sehelai jeans untuk kayra. tak kira mana nak cari pun dan akhirnya mama dah dapat tangkap sehelai kat sunway carnival.
Minggu last ni jugak kita banyak berbuka kat luar, ada satu hari tu ja kita berbuka berdua je kat rumah sebab papa ada jemputan berbuka yang mama taknak pergi sebab malas nak leceh-leceh kat luar. Itupun papa cepat-cepat balik sebab nak bawak kita pi Pulau malam tu jugak.
Oh ya, tahun ni mama dapat satu-satunya kad raya itupun bos mama yang bagi dah mama gantungkan kat meja pejabat mama. Ofis mama pun dah ada lampu kelip-kelip dan bendera lagi la teruja dengan raya. Tapi jangan lupa semangat patriotik yang kita kena ada sebab tarikh kemerdekaan kita kan jatuhnya pada sambutan hari raya jugak. 
Takyah cakap banyak, kita tengok gambar je la k. 















Monday, 22 August 2011

Kita berbuka kat kampung mama pulak...

Hujung minggu sebelum cuti raya kita balik kampung wan pulak. Jumaat petang lepas papamama balik kerja kita bertolak. Papa ambik kayra kat rumah pengasuh, angkat semua barang sementara tunggu mama balik. Mama balik, tukar baju terus kita gerak.
Jalan jem sangat la kat Perai. Papa takleh drive laju-laju pun sebab sesak sangat. Kayra macam biasa layan cd kat belakang.



Pelan-pelan gerak sampai gak kat Plaza tol gurun dalam pukul 6.45 petang. Singgah sekejap kat Jeniang sebab mama nak beli kuih. Papa dan kayra tunggu kat dalam kereta sebab kayra tu mama takmau bawak turun. Sat lagi takut banyak cerita pulak. Mama beli air tebu, murtabak dan ayam percik yang papa nak.



Sampai kampung berenti kat rumah mak lang sebab kita nak berbuka kat situ. Wan dengan tok pun ada sama. Banyak betul makanan atas meja. Penuh meja tu. Tak tau la mana nak makan dulu. Kayra macam biasa bukan nak makan sangat. Tapi makan sikit nasi dengan ayam yang mak lang buat.






Dua malam selebihnya kita berbuka kat rumah tok. Macam macam kita masak. Sempat jugak tok teh hantar kuih lapis kat kita dua kali. Mama memang minat kuih lapis tok teh sejak dari kecil lagi.
Tahun ni kita beraya di Taiping. Raya ke dua insyaAllah kita balik Jeneri pulak.








Teringat masa kecil-kecil. Bulan puasa sekejap-sekejap pergi mandi. Petang dekat-dekat nak berbuka dah lembik badan. Selalu tiap petang tok tih ( mak tih mama ) akan hantar kuih. Pastu untuk salin bekas, mama kadang-kadang tok suruh pi hantar. Bestnya masa tu. Malam lak main mercun ramai-ramai dengan budak kampung. Wah ! Rindunya. Semua tu tak mungkin berulang dah. Budak-budak sekarang apa tau. Asyik dengan remote astro jerr...

Pencarian Tudung Raya...

Baju raya tak siapa lagi, senang cakap tak dengar khabar berita la. sebab malas nak call tailor. Takut dia cakap baju raya tak sempat nak siap raya ni. Jangan la, harap-harap siap sebelum raya. Kalau tak siap, tak payah siapa pun pakai baju baru, kayra, papa termasuk tokyang sekali. Mama tak izinkan, hehehe.
Ok, stop cerita pasal baju. Ini topik penting bualan kawan-kawan pejabat. Bagi yang bertudung, tak sah kalau tak sedondonkan dengan baju. Nak nak pulak nak raya ni. Biar matching. Biasa la orang perempuan ni. Kalau baju purple nak tudung purple jugak. Kalau oren, nak tudung oren. Pastu, siapa pulak buat undang-undang pulak kalau baju gelap, matchkan dengan tudung cerah sikit. Hmm tu la kan...Terapi orang perempuan. Orang lelaki apa tahu... ( kasi highlight sikit kat papa ). Nanti orang cakap tak ikut fesyen lak...
Banyak tempat mama tinjau nak beli tudung sempena raya ni tapi mama nak cerita pasal dua tempat saja sebab dua tempat ini melibatkan kawan-kawan mama secara lansung. Pendek kata kami ' habis pilih ' la kat sini. Ada siap bawak baju raya nak matchingkan dengan tudung masa memilih. Sakan la orang perempuan ni.
Yang pertama ni ada kawan pejabat mama, azian berniaga tudung. Habis bersepah bilik meeting kami buat bazar tudung. Siap buat announcement mulut-ke mulut, semua staff perempuan berkumpul kat situ tak kurang sorang pun. Lupa, disamping tudung, hari tu dia jual jugak brooch dan selendang.





Yang keduanya ni kami ke Pasar kemboja. Pasar kemboja tu pasar seminggu dua kali berjualan berkaitan dengan fabrik seperti kain, baju dan tudung. Pasar tu kat Permatang Tok Mahat. Sebab apa panggil pasar kemboja ? Sebab disitu boleh kata 90 % peniaga adalah daripada orang kemboja. tapi ada jugak peniaga Melayu. Tapi mak ai, ramainya orang sampai susah nak berjalan. Kita boleh pilih macammana nak beli samada sehelai-sehelai ataupun sekodi. Ada gerai yang buat jualan kodi ja. Time ni la seronoknya pi ramai-ramai sebab kita boleh share untuk cukupkan bilangan helai tudung. Pastu siap boleh bincang lak pasal warna tudung. Seronok betul mama dengan kawan mama hari tu. Mama siap duduk-duduk try tudung. Dengan cuaca panas berkuap. sabar je la. Pastu bila balik masing-masing senang hati. Pastu boleh siap tunjuk tunjuk dan banding apa yang dibeli tadi.
Hai.....perempuan....perempuan....!!!!








Wednesday, 17 August 2011

Esoknya Ahad dan Choo Choo Train baru...

Sarapan pagi dengan Choo Choo Train baru hari ni. Bukan kayra saja tapi PapaMama pun macam tu. Bestnya dapat mainan baru. Tak sabar-sabar dia tunggu papa siap pasang landasan.
Paling tak tahan geli hati tengok dia geram nak ambik keretapi yang tengah gerak tu.
PapaMama tinggalkan dia sendirian, tengok-tengok dah tercabut kepala keretapi.
Gas masih belum dibeli, petang makan dimana ?

Petang pukul 5 baru decide nak berbuka kat mana. 
kat mana ?
Mula-mula papa ajak makan kat kfc je, pilihan kedua pergi je kat kedai Thai dekat-dekat rumah. Pastu mama cakapla mama ada kupon rasamas...
Ok papa cakap, kita pi Rasamas Sunway Carnival.

Nak tau ada apa kat sana ?
Ada Choo Choo Train lagi...
Diorang buat replika keretapi sempena dengan bulan kemerdekaan. Apa lagi, meloncat lagi anak mama.

Rasamas.
Mula-mula kita book tempat dengan order. Sementara nak tunggu berbuka kita round-round dulu...
Sedap jugak makanan tapi rasa mama sedap lagi nasi ayam kat satu lagi kedai favourite kita tu...
Tapi tak kisahlah, sebab kayra memang suka ayam pun, so apapun tak apa. Penuh meja kita dengan makanan dan semestinya semua hidangan ayam hehehe...