Bulan 7, bulan penuh barakah sebab masa tu lah bulan ramadhan dan masa tu jugak bulan syawal.
4 Julai 2015 papa bawak kita buka puasa kat luar. Papa ajak jugak mak su satu family join kita. Akhirnya kita dapat keluar rumah selepas mama habis pantang.
See, how happy she was. Kerenyih sampai telinga. Sebab dah boleh jalan-jalan. Ye lah kan, kalau mama tak keluaq, macammana Kakak nak keluaq.
Audra yang masih kecil dan kakak yang masih tetap kecil di hati mama.
Papa ajak turun kat bawah, jalan-jalan kat bawah tu sementara nak tunggu waktu berbuka.
Family potrait.
nampak tu selamat berbuka, satgi , tak lama lagi kita boleh makan la...
Hall yang sangat besar, makanan yang sangat banyak. Puas lah makan hari tu.
Baby Audra masih tak biasa dengan suasana meriah macam ni, so dia rasa tak selesa, sedikit sebanyak mengganggu tumpuan mama untuk makan. Tapi tak apa, tak dapatla mama makan banyak-banyak. Macam papa cakap, sayangkan anak ke sayangkan perut ?
Family maksu, Ammar omeiii...
Lepas makan, maksu , paksu dan Ammar balik. Tapi kita plak bermalam kat situ. Shur pukul empat pagi, bangunla kita ni sebab makan punya pasal. Kakak masih ok bila kena kejut, Audra plak tolak je sebab dia tidur dalam stroller.
itu je mama nak cerita :)
xoxoxoxo
itu je mama nak cerita :)
xoxoxoxo
No comments:
Post a Comment