26 Februari 2015 sukan pertama kayra masa darjah satu. Walaupun hanya acara bawa bola ping pong dalam sudu. Excited mama tidak terkira. Dah macam anak masuk sukan olimpik . Hahahaha. Sudah darjah satu kamu ya Kayra. Sekejap saja masa berlalu.
Kayra bersama kakak ira. Katanya acara sukan akan bermula pada jam 9.00 pagi. Pukul 9. 30 mama sampai tak start lagi.
Tak la berapa panas lagi. Tapi kesiaannya mama tengok anak mama kat tengah padang. Tapi setakat kesian je la sebab mama tengok dari tepi padang kayra bukan main seronok lagi dengan kawan-kawan.
Rumah merah, sekarang Kayra kat depan sekali, tunggu cikgu mai bagi instruction dan peraturan permainan.
Bukan main ramai cikgu.
Dipindahkan kebahagian lain padang pulak. Dan Kayra pun dah bersedia nak lari tu.
Cik Kayra sedang beraksi.
Ololololo dah settle part Kayra. Giliran kayra Kayra pulak bagi sokongan kat kawan-kawan.
Tunggu kawan-kawan habis ye sayang. Nampak macam kamu tak kisah je kalah ke menang.
Bertiga di sudut padang. Acara kamu dah habis.
masih terdengar-dengar kamu menjerit "merah menang, merah menang", padahal team kamu kalah ye nak. Tak apalah, semangat kesukanan tu ada dah kira bagus dah tu...
Ok dah settle. Mama panggil kamu keluar padang dan minum milo sekejap. Eh lupa, papa pun ada hari tu. So, lepas Kayra minum, mamapapa gerak balik ofis.
Nampak sangat mama ah kehabisan modal bercerita. maklumlah cerita dah lama. Tangguh-tangguh inilah akibatnya. Sampai bertemu di lain entry... :)
xoxoxoxo
Nampak sangat mama ah kehabisan modal bercerita. maklumlah cerita dah lama. Tangguh-tangguh inilah akibatnya. Sampai bertemu di lain entry... :)
xoxoxoxo
No comments:
Post a Comment