Tuesday, 1 December 2015

Cerita Januari 2015


Olek kerana banyak sangat cerita tertangguh, mama nak combine je la, mama yang sempat dan yang masih tak dipublish. Ini cerita bulan satu. Apa yang jadi bulan satu  2015 ye ? Kayra masuk darjah satu tapi cerita tu dah ada, sekolah tangguh kan masa tu sebab kes banjir ke apa time tu so macam lama la sikit cuti kan, kebetulan pulak 1 Januari birthday mama. Bila birthday mama, macam selalu-selalu papa mesti nak berbabeku ( time tu la nak barbeku pun...)


Kita ajak maksu sefamily join kita barbeku. Oh ya, papa nak try jugak periuk yang beli kat Danok itu hari, Disember 2014 mama dan papa pi Danok tinggalkan Kayra sekejap rumah mak anjang. Gambar- gambar yang atas tu setakat yang ada je maklumlah kau, dah setahun peristiwa ini berlaku.

Lepas barbeku kita tak terus balik rumah. Kita lepak Gurney Hotel barang semalam. Treat untuk birthday mama kata papa. Penatnya mama tak terkata, kejang habis kaki. masa tu pregnant dah lima bulan lebih dah.

 Kenapa Gurney Hotel ni best ? sebab ada pool yang besar dan macam water park sikit. seronok la mereka berdua berendam dalam tu. Kayra kan penakut sikit, layan je la si papa. Malamnya kita makan kat Hotel je sebab mama mana larat nak jalan-jalan sangat walaupun hati mama ni nak sangat nak makan nasi kandar line clear.

 Nah lagi gambaq ni. Peristiwa di Gurney Hotel.


Ini pulak cerita Lima haribulan satu. Projek mama dah siap...Yahooo !!!! Dah serah dah bulan dua belas 2014 bulan satu lak timbalan menteri melawat . YB Kamalanathan, datang nak tengok sekolah. Sekolah pertama dalam Seberang Perai Selatan ni yang pakai sistem IBS. Dua tahun penuh drama dan air mata nak siapkan sekolah ni. Berkorban apa saja, akhirnya siap juga...


Tapi dalam kegembiraan, kita dapat berita sedih juga. Wan diserang stroke, luluh hati mama. Sedih sangat, sebab tu tak sempat sangat nak buat cerita gembira di blog ni. Rasa tak sampai hati.  Apapun, hidup kita tetap kena kita teruskan ok. Moga Wan cepat sembuh.


xoxoxo

No comments:

Post a Comment