Monday, 15 February 2016

Birthday mama 2016



Assalamualaikum
Ye mama tau, mama tak buat lagi cerita birthday Kayra, tapi post ni kira macam nak ambik mood ok. Nak bagi rajin. Dah masuk februari , bagi settle cerita ni dulu lepas tu mama cerita la pulak birthday kayra, tahun lepas punya. Hahahaha.. baby audra dah 6 bulan lebih masa ni. 


Pada hari jadi mama yang jatuh pada satu januari 2016 yang lalu, kita telah diberi kesempatan untuk merehatkan diri bermain air di The Carnivall. Syok pulak mama rasa masa buat perancangan tu. Tapi boleh syok ja la, bukan mama boleh mandi pun. Kita singgah ambik Najla dengan Kakak Nisa' untuk meramaikan majlis. Sempat lagi masa singgah tu kita makan bihun goreng kat rumah mak anjang. Sedapnya mak anjang masak.


Kayra happy sangat bila dapat bersama-sama Najla. Kehulu kehilir macam belangkas dengan Najla.Cuti sekolah pun dia mintak nak duduk mak anjang sebab nak main dengan najla. Tapi tak boleh la Kayra sebab Kayra ada kelas Qiraati.


Kakak Nisa' pun ikut kita hari tu. Mak anjang suruh ikut temankan najla dan tolong jaga Kayra dan Najla masa mandi. Maklumlah, mama kan kena jaga baby nanje tu. 


Audra dua kali tidoq dua kali jaga masa dok tunggu Kakak mandi. Cuaca panas tapi berangin memang syok la tidoq.



See my nanje. manja sangat sebab tu mama panggil nanje kadang-kadang nanomei. kikikiki... Dah lama tunggu baby ni sebab tu sekarang mama asyik je ulit dia siang malam...


Lepas hantar mandi manda kita keluar dari the Carnival, pi cari tempat makan sat, singgah masjid sembahyang zohor sat pastu kita hantaq kakak Nisa' dan najla balik. Lepas hantaq depa kita pusing balik Sungai Petani, malam tu kita tidoq kat sini...


Jadilah gambar tahun baru kita berempat. Ni je la yang mampu. Gambar pun tangkap kat cermin tangga. Hotel ni butique Hotel. Melayu punya. Lawa.


Tangga lagi. Dah besar kan Audra ? Kayra pun dah besar..

Nombor bilik kita 312


Syoknya bergambar di hari jadi.


Malam tu papa belanja lamb chop kat Restoran MesraJaya Sungai Petani. Birthday treat katanya.


Cantik front dest. Sangat welcoming nampaknya. Ini gambar masa nak balik. Tq El Zahra untuk pengalaman satu malam. Bilik besar, puaslah Audra tawaf.

Pagi keesokan harinya baru dapat kek. Share dengan kakak Kayra. Sedap blueberry cheese cake.


Salsabila berdua


So lepas makan kek kita gerak balik, tapi singgah sekejap Parkson Sungai petani nak habiskan voucher parkson takut expired. Belikan Audra anak patung kiut (nanti mama tunjuk). Lepas tu kita ke butterworth singgah megamall, lepas megamall pi makan plak kat Pantai bersih. Tu dia aih, puas berjalan dua hari. Tq papa untuk semua ni...




" Rupa Indah Tidak Boleh Goncang Tulus Hati "



xoxoxoxo

1 comment: