Lepas pi Klong Hae kita balik hotel sat mandi-mandi pastu kita keluar balik... Malam di Hatyai malam yang hidup. Ramai betul orang.
Depan Le Garden Plaza Hotel yang pernah kena bom suatu masa dulu. Tahun lepas ke dua tahun lepas kena bom. Tak ingat la mama...
Depan Le garden ada supermarket. Masuk la. Tunggu lagi. tapi mama tak beli apa-apa sebab mahal jugak la harga-harganya...
Keluar daripada supermarket tu, jalan kedepan sikit. Jumpa gerai ni. Pulut ayam yang sangat memikat jiwa dan menyesakkan dada... Lapar............tapi papa tak bagi beli... :(
Jalan lagi... jumpa ini pulak....hmmmmm....
Pastu, papa ajak makan. Hamid Restaurant. Rata-rata yang mama baca, blogger-blogger yang mai Hatyai mesti makan kat sini. So, papa kata kita kena try...
Kedai ni ada wifi. So, jangan buang masa. Hantaq la wassup... Bukan setakat kedai ni saja, kebanyakan kedai makan kat hatyai memang free wifi.
makanan dah sampai. Tomyam sedap, ayam pandan sedap, telur dadar sedap. Harga ? Pun sedap jugak...hehehehe
Lepas makan mama nak cuci rambut pulak. Berjalan pulak kita cari kedai. Papa urut kaki kat kedai yang sama. Kayra setia temankan papa kat kerusi sebelah. Mama kat belakang tu. Mama tak berani lagi nak urut kaki sebab baru sangat lepas operation.
Lepas mama cuci rambut, papa urut kaki sambung pulak mama papa Kayra ni buat pedicure manicure. Kena tunggu lagi Kayra.
Lepas settle semua, berjalan kaki lah kita balik ke hotel. Nasib baik dekat. Selesai sudah hari ini. Esok dah nak balik dah.....
xoxoxoxox
Lepas settle semua, berjalan kaki lah kita balik ke hotel. Nasib baik dekat. Selesai sudah hari ini. Esok dah nak balik dah.....
xoxoxoxox
No comments:
Post a Comment