Ampunnn.... mama sibuk sesangat. Tak dan sesangat nak update. Dah merata-rata kita pi tapi blog tak update. mama cuba ye tulis dan catat semua yang kita buat. Dah insert image dah semua sedar-sedar cerita raya haji tak buat lagi. Mama buat ni dulu ok.... walaupun cerita dah basi dah...
Bismillah....
Bismillah....
Hari raya haji tahun ini kita sambut kat kampung mama. Kalau masih ingat, tahun lepas kita sambut raya haji atas kapal terbang. Kita pi Medan pada pagi Raya haji. Ingat tak Kayra ? Tahun ni kita sambut raya kat malaysia ok. Kita sambut macam selalu. Macam normal. Kikikiki....
Tahun ni mama belajar balut ketupat palas. Alhamdulillah...dah pandai jugak la mama. Seumur hidup, baru ini kali pertama mama balut ketupat sendiri. Di utara Malaysia, kami sajikan ketupat daun palas berisi beras pulut berbanding selatan yang ketupatnya berbalut daun kelapa berisi beras biasa.
Pagi raya mama, dalam perjalanan nak ke masjid. Tak boleh pakai make up ok sebab nak solat. Nampak muka mama, dah gemuk balik ni....
Pakaian Kayra ke masjid hari ni jubah. Jubah ni Tok Honey beli masa pi umrah hari tu. Tengok tu, mata kayra tak tengok kamera sebab dia tengok orang yang memandang saja dia nak bergambar.
Alhamdulillah... dah besar Kayra. Dah pandai duduk diam kat dalam masjid ikut solat. Lain kali kita boleh mai lagi.
Kak Ainna pun ada.
Kak Long pun...
Dan selesai solat. Semua orang tengah lipat-lipat telekung dan sejadah...
Mula lah tu semua bila dah nampak kamera. Yang duduk pakai tudung oren tu kenalan Tok kat kampung.
Kak Long, Mak lang, mak anjang, Mak long, Tok, Kak ainna , Kayra dan ummi.
Lagi sekali. Depa jugak...
Tak kira, mama pun nak jugak. Kak Long pulak ambik turn tangkap gambar...
Ini mama dengan kakak sulung mama.
Masa balik, kak Long terus tangkap Kayra bawak naik kereta dia. So, balikla Kayra dengan Family mak Long ke rumah wan...
Ini pulak gambar Hari raya Aidiladha kita sekeluarga. Senget benget tudung Kayra.
Semua duduk atas kereta ni kenapa ??
Cuba teka ??
Owh .... Tahun ni mama share dengan adik beradik mama buat korban seekor lembu. Depa tadi duduk atas tu sebab nak tengok lembu yang disembelih tu la...
Sembelih kat rumah wan saja. Kat dalam pagar kandang kambing. Daging-daging kami bahagi dan ada jugak yang disedekahkan.
Lepas tu kita masak dan menjamu semua orang, makan ramai-ramai.
Letak kat depan tu, sapa nak makan ambik le sendiri.
Ramai jugak yang datang. macam kenduri.
Dan yang paling happy, mestilah yang dua orang yang paling disayangi ni....
SDuduk bersila dan makan berselerak... tak kisah tuala yang bersidai....
Dan papa kita makan kat depan TV kayra. Tengok tu...
Tok Honey pun ada singgah rumah wan petang tu masa dalam perjalanan balik dari Langkawi. Tok Honey ikut family auntie Emma kesana. Tapi gambar mama tak sempat ambik. Ramai lagi yang mai termasuk, Tok anjang dan ramai lagi saudara mara.
Selesai sudah cerita bergambar aidiladha kita tahun ni . Daging-daging yang banyak mama dapat tu, mama bawak balik rumah kita, mama bahagi-bahagikan ke dalam bekas plastik kecik tu sikit-sikit. Bila nak masa, mama just keluarkan satu-satu sampai lah hanbis. Ambik masa sebulan jugakla nak habiskan daging tu, itupun dua tiga kali jugak lah mama masak dan makan sama-sama dengan kawan kat ofis. Macam-macam resipi jugak la dapat mama try. Sekarang, kalau bagi daging mama dah tak terasa nak makan sangat. Jangankan makan, sebut pun rasa macam dah tak lalu.
xoxo

No comments:
Post a Comment