Tuesday, 31 December 2013

Hari terakhir di hatyai.... 20.10.2013...


hmmm...hari ni last kita kat hatyai...



Pagi-pagi kita nak cari sarapan dulu. Tapi sebelum tu kita bergambar dulu kat tangga. :)



Berjalan kaki kita mencari makan. Tak jauh sangat tapi berpeluh jugakla kita...



Jumpa pun kita makanan pagi kita. Nasi goreng.



wifi free kan ? Belasah je la Kayra....



Shopping lagi....Best betul tengok barang...



Le garden Plaza di siang hari...
Lepas tu balik bilik. Kemas-kemas dan checkout.




On the way balik kita singgah sini sekejap. dah lama teringin nak pi. 



Tempat ni ala-ala ikea. Tapi tak la se'complete'  macam ikea sangat. Tapi best...



Dok fikir-fikir. Kalau beli payung besar hijau tu, macammana la nak bawak balik ?  Sabar je la...



Nak jugak mama tangkap gambar Kayra kat dalam ni. :)



Sekitar ruang legar dalam tu...



Ada surau dan tandas yang sangat bersih. Itu pun mau cerita ka mama ?



Kayra bergambar dengan tong sampah. Tak apa, tong sampah cantik.... :)   



PapaDaughter kesayangan mama....



Dah sudah berposing kat Homepro, kita gerak terus ke padang Bezar. Kita singgah makan tengahhari pada jam tiga petang. Makan macam ni, bila tengok bill, buat kita terduduk.  Mahal. Lebih mahal daripada Hatyai.



Kat imegresen Thailand. Macam biasa, kena turun cop pasport dan papa kena surrender kereta jugak...



Hati girang bila nampak gerbang ni....



Ramai jugak kat Imigresen Malaysia tapi syukur la tak payah turun cop pasport lagi. kat sebelah kita ni, cuma scan saja passport. Teeknologi sedikit mendahului berbanding Thailand.



Fuh... dah selesai cerita Thailand kali ni. Banyak lagi cerita ni. Sempat ke selesai entah la....



xoxoxo

2 comments: