Thursday, 4 April 2013

Zoo Negara



Kenapa kita ke zoo negara kat Taiping kan ada zoo ?
Sebab ada la tujuan kita pi kL tu.  Hehehe... mamaPapa ambik cuti dua hari tau. Bila papa dan mama cuti, Kayra pun terpaksalah ikut. Takkan nak tinggal Kayra sorang-sorang kan ?
Ceritanya, papaMama nak menjemput tok honey balik  dari umrah. Tok honey akan sampai petang. Tapi kita dah sampai pagi-pagi lagi . Kita nak sambut tok honey di KLIA dengan family auntie Emma. Tapi disebabkan pagi tu auntie Emma kerja, jadi papa ajaklah kita singgah sekejap kat zoo untuk habiskan masa pagi tu. Kenapa kita pi zoo sebab nak bagi Kayra seronok. Papa kata kalau kita pi shopping complex, mama saja yang seronok. Hihihihi....

Masa nak masuk tu cuaca mendung, baru je lepas hujan renyai-renyai. Ada can la hujan akan turun lagi. Tapi Kayra yang beria-ia seronok nak masuk dalam zoo buatkan papa tak sampai hati nak cancelkan plan yang dah dibuat. Kerana kamu buah hati pengarang jantung seorang. Papa kalau pasal Kayra semua boleh...


Kayra sangat gembira. Cuma mama doa je la jangan le hujan turun. Kalau turun pun jangan le lebat sangat.


Lepas beli tiket. Tak payah tunggu seminit. Tak payah tunggu dua minit. Laju je dia terus ke pintu masuk. Ikut papa....


Cuaca dah makin gelap. Sempat la kita ambil gambar ni, gambar terakhir selepas hujan turun. Lebat selebat-lebatnya.


Nasib baik lah hujan turun lebat dalam setengah jam saja. Kita masih di dalam. Berteduh kat tempat lebah. Hehehe... Lepas tu cuaca cerah terus. Belajar dari pengalaman dan sebab malas jugak, papa ajak naik tram dan kita terus setuju tanpa bantahan.


Dan kamu sangat gembira ye Kayra ?


Comel je yang di sana tu.... :)


Ada sikit panas. Papa pegang payung. Bermemori daun pisang dengan Kayra.


Entah apa pulak cik Kayra ni....?



Lepas turun kat satu stesyen tu, kita naik balik tram. Tengok binatang dari atas tram je lah.


Lepas tu kita pi tengok show . Tengok singa laut, burung dan lain-lain.


Penuh tempat duduk, terpaksalah kayra berdiri. Tapi kayra tak nampak sebab ramai jugak yang berdiri. Nasib baik ada tunggul batang kayu dari pokok yang baru ditebang kat belakang. Mama bagi Kayra berdiri atas tu, dapat la Kayra nampak jelas.


:)


Lepas show Kayra jalan-jalan lagi ke tempat gajah. Kayra takut nak dekat. Mama ikhtiarkanlah zoomkan kamera, nampaklah jugak gajah kat belakang tu.


Kayra dengan giraffe


Dengan bangau


Panjat gajah batu. Mula-mula takut tau dia, lepas kena paksa baru nak.


Kita tak terus keluar sebab lepas show singa laut tu tadi ada pengunguman tentang pengambaran live wanita hari ini. Kita tunggu je la, mana tau dapat peluang tengok Neelofa.


Bukan setakat tengok, kita dapat peluang bergambar sekali dengan dia. Cantik Neelofa ni. Kecil molek je. Ingatkan tinggi, rupanya lebih kurang je dengan mama kot mama kalah 2 3 inci je.  :)


Dia jadi jemputan untuk promote produk yang dia jadi duta ke apa ntah. Yang sebelah tu mak dia.


Ada clown jugak. Ingatkan Kayra takut, rupanya kayra dah tak takut clown. Yey....


Kayra dapat peluang masuk tv jugak sekejap. Kamera pun dok hala ke dia je. Pastu clown tu dukung dia. Mama pun ada gak sikit-sikit. Bolehla kalau nak tengok balik kat Tonton tv3 untuk rancangan wanita hari ini 27 haribulan mac 2013.  Masa ending lagu Be Mine.    :)


Lepas je show tu, kita terus keluar je. Nanti lambat pulak nak ke Puchong rumah auntie Emma.



Mama rasa best lagi zoo Taiping sebab lebih teratur dan binatang pun banyak. Pentadbiran zoo Negara kena buat something la kalau nak tarik lebih ramai pengunjung. Semoga bila kita pi lagi sekali, zoo Negara ni makn best. :)

2 comments:

chinta safia said...

wahh..kak ida dapat berposing ngan Neelofa lagi tu..

Unknown said...

syoknya dpt posing ngan artis

Post a Comment