Rasa macam comel tajuk kat atas tu....hehehe...
Mama dah lama tak update sebab sangat sibuk sekarang. Sukan dah nak start, ada la sikit-sikit training sampai terseliuh kaki mama, sampai sekarang jalan pun tak betul lagi. KIK pun mama join jugak, terpaksa masuk sebab dipilih dan tak boleh tarik diri pulak tu. balik ofis pun lambat sampaikan kadang-kadang kayra pun papa yang jemput dari kindy. Kadang-kadang sabtu pun kena mai ofis jugak. Semua tu bukan masalah sangat, tapi yang paling merunsingkan mama cuma kaki mama ni saja. Sedih tau, terhenjut-henjut berjalan walaupun dah tak sakit sangat tapi mama rasa masih ada urat yang tersilap kat mana ntah yang buatkan mama tak boleh berjalan normal. Tak apa, nanti mama pi urut lagi. Urut kaki tu sakit sangat tau sampaikan tukang urut mama pun nak terlatah-latah tengoh mama menjerit sakit. Ye, mama memang penakut kalau bab-bab sakit. Tak tahan sakit. :)
Boleh kita sambung cerita sekarang ?
Jumaat lepas ambik Tok Honey balik umrah kita balik kampung pulak. Dah lama tak balik jenguk tok dengan wan. Mama pun dah termimpi-mimpi rindukan tok. kayra pun sama, asyik cakap je, nak balik rumah wan, nak balik rumah wan....
Masa balik kampung hari tu kita sempat jenguk tok ngh. rindu kat tok ngah. Tok ngah duduk sorang-sorang kat rumah tu...
Ini kawasan belakang rumah tok ngah. Sangat bersih ok. Tak ada daun lansung kat bawah pokok. Tengok la sendiri...
Nak jugak mama bergambar. Badan mama naik balik ni. Harus buat sesuatu sebelum terlambat.
Rumah yang selalu buatkan mama rindu pada yang sudah pergi....
Papa dan Kayra...
Dari rumah lama kita ke rumah baru pulak. Rumah mak lang. Ya, Kayra masih minum susu guna botol. Air teh pun guna botol. Tak tau macammana nak buat nak bagi dia stop guna botol. Rasa kesian pun ada. Tahun ni Kayra lima tahun. Dah patut berenti botol kan ?
Padang yang luas. Sangan best kayra dapat berlari kat situ.
Entah apa la yang depa main ni...
Depa ni plak duduk-duduk minum sambil mengumpat agaknya...
Dan berbalik kepada tajuk kali ni. Inilah gambarnya....
Banglo 5 star baru. Mahal ni. Boleh beli EX5 dua bijik.
Apa dia kira dengan rumah kambing ke tak, yang dia tau petang tu dia sibuk tolak wheellbarrow kesana kemari. Kayra takut kambing.
Kambng wan sangat membiak. Tangan sejuk orang kata.
Wan kata bangsal ini akan dirobohkan. Sebab dah ada kandang baru.
Luas wa cakap lu...
Tangga, jadi kerja mama dan papa petang tu dok ambik gambaq.
Sudut lain pulak.
Dah la .... dah la. Boring plak dok baca pasal kandang ni. Dah penat mama cakap kat wan, rehat-rehat la lepas pencen ni. Tapi wan cakap dia nak bela jugak kambing suka-suka. Tapi tu la, tangan wan sangat menjadi, dari beberapa ekor saja dah membiak sangat dah. Mama rasa dah lebih seratus ekor dah kambing yang wan bela tu. Bukan kambing saja, pokok-pokok yang wan tanam pun. Itu lah wan kita Kayra. Mama cuma harap wan dan tok sihat-sihat dan dilindungiNya selalu. Amin...
Dah la .... dah la. Boring plak dok baca pasal kandang ni. Dah penat mama cakap kat wan, rehat-rehat la lepas pencen ni. Tapi wan cakap dia nak bela jugak kambing suka-suka. Tapi tu la, tangan wan sangat menjadi, dari beberapa ekor saja dah membiak sangat dah. Mama rasa dah lebih seratus ekor dah kambing yang wan bela tu. Bukan kambing saja, pokok-pokok yang wan tanam pun. Itu lah wan kita Kayra. Mama cuma harap wan dan tok sihat-sihat dan dilindungiNya selalu. Amin...
No comments:
Post a Comment