Sunday, 14 April 2013

Jemput Tok Honey balik Umrah...


Sebelum apa-apa. Jap ye,  mama nak bersihkan sawang jap. Lama dah mama tak jenguk sini.  :)

Well... Tok Honey dah balik umrah. Hari tu kita berdua tak hantar. Papa saja...
Tapi bila tok honey balik, kita tidak boleh tidak, mesti pi jemput. Ok, perjalanan kita bermula dari rumah Auntie Emma. Masa kita sampai di rumah auntie Emma, cuma Alisha seorang saja kat rumah. Dalam setengah jam tu barulah Auntie Emma, Adelia dan Aaron balik. Tak lama kita melepak sebab kita nak cepat-cepat ke KLIA. Lepas bersiap-siap lebih kurang, terus kita gerak.


Suasana dalam kereta. Mereka sangat suka bergambar manakala cik Kayra, tangan tu tak lekang daripada tablet. Apa nak katakan....


Dah sampai KLIA. Sebab awal lagi, kita naik atas dulu tengok kapal terbang ye Kayra. Buat apa nak tunggu awal-awal kat balai ketibaan.


Tengok tu, betapa seronoknya Kayra dapat jumpa sepupu.


Kami biarkan Kayra dan sepupu bermain sepuas hati.


Lama jugak tak jumpa depa kan Kayra ?


Tangkap dia sekejap untuk bergambar dengan mama.


Papa dengan auntie Emma. Si bongsu dan si tengah.


Kami berdua pulak.


Dah dekat-dekat tok Honey nak sampai tu, kita turun ke bawah.


Dan macam biasa, mesti ada adegan macam ni.


Dia selalu rasakan diri dia macam kakak.  :) 
saya tahu apa yang kamu sedang fikirkan....


Mereka kanak-kanak dan mereka selalu gembira,


Tok Honey dah sampai. Yey...



lambat sangat kot mama tekan button kamera, tok honey dah tunjuk-tunjuk apa ntah...


Ha, barulah ok sikit tapi Kayra tu buat muka naughty pulak.


ok dah settle. Kita gerak balik dulu.


Malam tu kita bermalam kat rumah  Auntie Emma tapi sebelum balik kita singgah makan-makan dulu. Tok Honey sangat penat dan mengantuk jadi lepas makan kita terus saja balik. Hajat papa sebelum tu nak pusing-pusing Putrajaya tengok lampu nampaknya terpaksa ditangguhkan. :)


2 comments:

  1. patutlah lama tak nmpak..rupernya tok honey g umrah ya..

    ReplyDelete
  2. bila agaknyer aku dpt gi umrah yer??????

    ReplyDelete