Monday, 11 March 2013

LEGOLAND....seronoknya Kayra....



Well... Tak tau macammana nak mula dan pening jugak nak pilih gambaq.

Pagi tu kita mulakan di hotel dengan bersiap-siap dan breakfast dulu. Pagi tu kita nak pi Legoland dengan abang Syahir. Dia akan jemput kita kat hotel. mama dah suruh Abang Syahir breakfast siap-siap sebab nanti tak payah la kita berenti mana-mana lagi untuk makan. :)


Bila abang Syahir dah sampai, kita terus gerak ke tempat yang dituju. Tapi disebabkan masih awal lagi, kita pusing-pusinglah dulu area situ. Papa ajak cari kat mana tempatnya Hello Kitty Town. Bila kita dah tengok tempat, kita berpatah balik ke Legoland. Kita tak beradang nak ke Hello Kitty Town. lain kali kita mai lagi sebabnya percutian kita kali ni singkat sangat. Agaknya kalau kita singgah Hello Kitty Town, mesti Kayra tak mau balik agaknya. :)



Mall Of Medini. Tempat kita park kereta. Tempatnya kat sebelah Legoland tu saja. ada deretan kedai dan booth jualan kat sini. Tempat makan pun banyak jugak. Best jugak tapi yang penting, parking lot free....hehehe...



Abang Syahir ni anak kedua ummi. Sekarang kerja kat JB. Kebetulan dia kat sini kita ajaklah dia sekali ke Legoland sebab abang Syahir pun tak pernah kesini.



OOOppppsssss....sat...sat... Kayra jumpa Hello Kitty pulak. Nak bergambar dulu dia...



Legoland Malaysia. Sesiapa kesini, kat depan ni adalah port yang wajib untuk bergambar. Tak mungkin sesiapa yang pernah kesini tak ada gambar kat depan ni...



Ada gambar abang Syahir, mesti ada jugak gambar kita. Panas tau masa ni.  Senyum pun kelat je.



ei...ei... belum pukul sepuluh lah. Jangan la panjat-panjat. nanti kita sama-sama masuk ikut pintu yang betul ok. kat sana tu. Tunggu la, skejap saja lagi. Replika lego pertama yang Kayra jumpa pagi tu...



Mr Lego datang dan Kayra pun pi la nak salam. Sempat la mama snap gambar dia. Keluar dari  'kerumunan' tu Kayra menangis. Entah kenapa. Ada orang cubit Kayra ek ?



Tepat jam sepuluh. Semua dibenarkan masuk . Tapi sebelum tu kita semua count down dulu. Seronok betul Kayra. Seronok lagi nampaknya mak bapak kayra.



Replika kiri kanan. Sampaikan kita tak tau kat mana nak start dulu.  Terpinga-pinga sekejap kayra awal-awal tu. Tengok gambar atas ni, dia terpegun tengok kapal. Mama pun terpegun jugak. Terbayang berapa lama depa nak susun lego untuk siapkan pelabuhan ni.



Tak larat berjalan, kita naik keretapi pulak. Cho cho train Lego kata Kayra. Bentuk macam lego tapi bukan susunan lego ok...


Spider and bee .  asyik terjumpa je replika lego kat mana-mana. Ye lah, dah nama pun Legoland kan ?



Ini kat entrance roller coaster. Apa nama tempat tu mama tak ingat. Tapi kat sini kita berdua  (mama dan kayra) merayap kat luar je la. Biar papa dengan abang Syahir saja naik roller coaster. kalau mama kena paksa naik, nanti malam mama bukan tidur kat bilik hotel tapi kat hospital. mama ni semua ada, takut, gerun, gayat semua cukup.



Seharian disini. Bergambar saja kerjanya sampaikan kayra pun dah tension. 
Sorry Kayra, ini semua untuk kenangan.   :)



 Mama kagum kapal kuning tu sambil cakap, "cantiknya Kayra...." , tiba-tiba Kayra cakap. 'mama, tengok tu, orang tu nak jatuh dalam air'. Apa maksudnya tu?  Mama nampak benda besar saja dan Kayra, ada benda lain yang lebih menarik dari tu.   :)

Hati kamu tulus Kayra....



Kayra menangis nampak monyet tu. Depa ni pun tiba-tiba saja muncul dari belakang dan mama terus ajak bergambar. Nampak elok je gambar ni kan ? Padahal sebelum tu terkejut jugak mama tiba-tiba ada monyet kat belakang.



Dah mama pulak kena pujuk dia.



Driving school. Kayra nak memandu pulak. Tapi sekejap saja sebab boleh pusing satu round saja. Tak apa lah, dapat jugak peluang memandu sendiri kan ?



Penat berjalan, kita duduk sekejap tengok show.



Tema pertunjukan hari tu adalah keselamatan di rumah. Enjoy tengok show tu hari tu. Best la Kayra dapat nyanyi-nyanyi sambil tepuk-tepuk tangan.



Photographer mama tengah ambik gambar.  :)



Luas tempat ni. Penat kita jalan kesana kesini.



Kayra takut nak bergambar dengan giraffe, takut kena pijak katanya.



Peace yo. Masa dalam cinema. nak tengok 3D movie



Masuk dalam ni, semua orang dapat spek sorang satu. Spek untuk tengok movie 3D. Dah penat berjalan. Lagipun kat dalam ni ada aircond.



Dua kali kita ulang alik masuk . Dapat tengok dua kali movie. Semua watak dalam tu lego. Dah nama pun 3D kan ? Kita rasa macam kita ada dalam movie tu. Kalu hujan kita rasalah percikan air hujan tu, kalau angin kuat dan salji. Cuma kerusi saja tak gerak.



Lepas tu kita ke section lain pulak. Dapat la Kayra main lego sementara papa dengan abang Syahir pergi main kat mana pulak tak tau.



Giraffe lagi.



Nampak tak mama ? ke nampak dinosaur tu je ?



Instrument tu berbunyi tau. Bukan sekadar pancutan air saja.



Cho cho train lagi si Kayra ni...



Kat depan surau depa letak benda alah ni. So kita tak buang masa jugak bergambar. hehehe....



Inilah kesudahannya Kayra di dalam Legoland hari itu. Penat sangat. Ini pun kita duduk-duduk sementara tunggu papa pi tangkap gambar lagi. Tengok-tengok Kayra dah lelap. Kesian anak mama.



Lepas tu berdukunglah Kayra bila mama nak tengok-tengok apa yang dijual kat dalam kedai. Papa lah yag dukung Kayra. Berat tau kayra sekarang. Gambar kat atas tu, panel-panel lego kalau kita nak beli secara loose item. Mama tak ingatla berapa harganya ikut gram. Kita tak beli pun...


 Tengok tu, Kayra masih penat. Masa ni kita kat luar sementara papa masuk tengok gambar yang photographer Legoland  tangkap. Lepas tu kita pun join jugak papa kat dalam. Kita beli jugak sekeping yang depa tangkap.


 Lega nampaknya Kayra bila papa ajak keluar.




Best ke Legoland ?
Mama rasa best sebab lain dari yang lain.

Berbaloi ke dengan harga tiket masuk ?
Berbaloi sebab banyak benda yang kita boleh cuba.

Tak panas ke sebab Legoland tu kan baru lagi, pokok pun tak sempat tinggi ?
Panas tapi ada banyak tempat berteduh. Ada jugak tempat beraircond.

Makanan dalam Legoland ?
Mahal jugak tapi standard la tempat macam ni. Sediakan payung sebelum hujan la...

Pendapat peribadi mama tentang orang yang susun lego kat Legoland ni ?
Wow bestnya jadi orang yang buat kerja susun-susun lego ni, selalunya orang marah kalau kita asyik bermain je, tapi depa tu boleh main sambil bekerja. Dibayar untuk bermain.  :)




Itu sajalah ceritanya. Gambar ini saja yang mama letak daripada yang beratus atau mungkin beribu gambar yang mama, papa dan abang Syahir ambik hari tu. Itu tak termasuk lagi yang photographer Legoland ambik. Hmmm, kalau tak bawak kamera pun tak apa, bersepah photographer akan ambik gambar kita, siap duit je nak bayar nanti. Tau-tau je lah harganya kan ?


 So, bila hangpa nak pi ?


5 comments:

  1. seronok nmpak nya seisi keluarga kat legoland tu..cuma papa kayra tu tautau samada seronok ker tak..serius jer muka dia..hehe

    ReplyDelete
  2. kena tunggu rezeki lebih n bila cuti sekolah hehehehe. Maklumlah bila dah berlima ni kena spend duit byk.

    ReplyDelete
  3. HI..SAJA NAK TANYA...SY DUK PENANG..NAK PLAN PI LEGOLAND CUTI SEKOLAH NI...BOLEH BAGI CADANGAN TAK...PENGANKUTAN APA YANG SESUAI DAN STAY KAT HOTEL MANA?

    ReplyDelete
  4. HI..SAJA NAK TANYA...SY DUK PENANG..NAK PLAN PI LEGOLAND CUTI SEKOLAH NI...BOLEH BAGI CADANGAN TAK...PENGANKUTAN APA YANG SESUAI DAN STAY KAT HOTEL MANA?

    ReplyDelete
  5. Salam Puan Rela Bee...
    Kat sana ada hotel yang buat pakej bawak tetamu hotel tu ke Legoland. Kena cari la hotel yang buat kolabrasi dengan Legoland. Surf saja kat internet. Yang tu, depa akan sediakan bas kesana kalau tak salah saya. Atau, puan boleh sewa kereta. Mintak depa hantar kereta ke airport Senai atau kat Hotel. Selamat bercuti...

    ReplyDelete