Monday, 4 March 2013

Dari Utara Ke Selatan....


Hari baru lah sempat nak update blog. Entah sibuk apa tak tau la.

okey, sambung cerita...


Hari sabtu 23 februari 2013.

Kita sampai airport jam 5.11 petang. tapi sebelum tu kita pi ambik maksu dulu sebab nanti kereta kita tak parking kat airport, maksu pelawa kita park kereta kat rumah dia. Papa kata, jimat duit parking. Hehehe....


Dah park kereta. Masuk dalam dan kita terus ke kaunter check in. 


Baggage drop. Ala, beg kita bukan banyak pun, kita bawak bag pack saja. Dua bag dah cukup sebab bukan banyak benda kita nak bawak. Pi sana pun dua hari saja. Pi sabtu, isnin dah balik.


Sebagai tanda terima kasih, kita belanja maksu makan McD. Maksu tu Kayra punya pop star, mak su jugak adalah princess pada Kayra. Ada maksu, mama pun tak laku ye Kayra ? Pada Kayra semua yang maksu ada adalah yang paling cantik, kereta maksu paling cantik, tudung paling lawa. Macam-macam Kayra ni. Lagu 'sayang' nyanyian shae tu pun kata Kayra tu lagu mak su. :)


Masa nak masuk balai berlepas tu pun Kayra dah sedih-sedih nak tinggalkan mak su. Asyik ajak mak su ikut saja. Bila mamaPapa cakap kesian mak su, lagi kuat pegang mak su. Memang semua mak su rapat dengan anak buah macam ni ke ?


Akan tetapi, apa bila dah duduk kat atas seat kapal terbang. Dah lupa lah dia sekejap kat maksu. Tambah-tambah bila mama suapkan dia nasi lemak pak naseer...


Dan dia habiskan masa dengan main tablet saja sepanjang terbang.


 Sesampainya kat Airport Senai. Papa terus cari bas. Sebenarnya kita dah book online bas nak ke JB tapi disebabkan flight kita delay kita sampai lambat sikit la. Terpaksa lah papa beli tiket bas lain untuk ke JB.


Dari Senai ke JB ambil masa dalam 45 ke 50 minit macam tu lah perjalananan. Bas tu pun nasib baik jenis bas express, tak ada henti-henti dan singgah-singgah. Dapatlah kita terus ke hentian Kotaraya.


Kat sana kita dijemput Abang syahir dan terus dibawa ke Hotel untuk check in dulu.


Inilah abang Syahir, anak ummi. Abang Syahir kerja di JB. Nasib baik kita ada abang syahir kan Kayra, boleh la bawak kita berjalan esok.


Macam biasa, mesti ada gambar bilik kita. :)


Lupa pulak nak tulis. Hotel yang kita menginap ialah Hotel Sentral Johor Bahru. No bilik 1003.  :)


Tak sempat nak mandi Kayra dah dibuai mimpi tapi mama kejut jugak untuk tukar baju. Mana boleh pakai baju tadi. Sebelum tidur mesti pakai baju bersih. :)





Sweet Dream Kayra. Esok kita akan ke tempat yang Kayra dok sebut-sebut selalu dan Kayra dah heboh dah satu satu school yang Kayra akan pi tempat ni. Anak mama..... :)




3 comments:

  1. kenapa tak bagi tau mai johor????kecik ati tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lin, pi pun sekejap sama. Semata-mata nak pi Legoland saja. Nanti kalau pi lama bawak kereta sendiri bolehla singgah Muar tu. Bila nak mai sini lagi ?

      Delete
  2. jangan lupa tau dtg muar.... meh ler join bulan lima ni gi langkawi

    ReplyDelete