Wednesday 4 July 2012

Terbang Balik ke Penang


Pagi tu kita bangun dengan malas sekali, sebabnya kita tau hari ni kita nak balik Penang. Esok mamaPapa dah kerja dan Kayra kena pi school balik. Tapi tak apa la kan, buat apa nak duduk tempat orang lama-lama. Mesti kita rindu jugak tempat kita. Rindu rumah kita. Rindu semua yang ada dengan kita kat sana.
Flight kita pukul 12.30 tghari. Pagi tu kita sarapan kat resort saja.

Tengok Kayra dah ready nak balik tau.



Tapi sebelum tu kita bergambar dulu kat depan pintu 147 kita ni dulu.



Mana aci, mama pun nak. 



Kena tarik bag ke galas bag ke tu part papa.  Banyak mana kita bawak datang, banyak tu la kita bawak balik.



Kita bergambar dulu kat depan ni.  Lepas tu pi breakfast dan check out.


Tengok tu, papa kita tengah dok buat urusan checkout kat kaunter. 


Masa papa pi start kereta panaskan enjin, kita ke depan lobi ni sekejap bergambar lagi. Ada peacock la.



Bersama pokok buatan ajaib, berlampu bila malam. Huahuahua.....



 Inilah gadget pembantu kita yang memastikan kita tak sesat sepanjang trip kita kali ini. Masa kat Sabah dulu pun kita guna yang sama tapi kat Sabah kita view google map. Kat Kelantan Terengganu guna GPS.



See, tapi sekali brek kereta, sekali tab tu bergerak. Hahaha...



Dah sampai airport, bergambar dulu dengan kapal terbang kecik ni.



Kayra nak jugak jugak bergambar dengan kereta sewa kita yang banyak berjasa. Terima kasih kereta sewa.




Dan macam biasa, bukan Kayra lah kalau tak memanjat duduk di atas troley.




Dan kerana sedikit nakal, menangis sedih akibat dimarah papa. Dah sayang, nanti comot.



Bila dah ok sikit, bergambar dengan mama.



Lepas check in dan settle bag kita naik tingkat atas, ada kfc tapi ramai, kita tak makan, just bergambar saja kat sini.



Boleh tengok kapal terbang jugak.



Mama pakai tudung corak-corak. Senang, tak adalah nampak kedut-kedut sangat kalau 'terperiut' kat dalam beg.




Kapal terbang dah sampai. Bergambar dulu.




Gambar tuan punya blog pun mesti ada jugak. Mana aci.



Gambar ini diambil pada jam tepat 12.08 pagi




Giliran kita pulak ,  Kayra.




Dah pandai pakai seat belt sendiri dah saya.




Happy. Ini kali ke empat Kayra naik flight. First time pergi  Langkawi masa tu umur 6 bulan kalau tak salah mama, second time pergi Langkawi jugak, third time pergi Sabah dan ini kali ke empat.  Dah tak ada drama menangis-nangis dan bising-bising menjerit lagi dah. Sebab kamu pun dah besar kan ?



Dan kali ni kamu dapat bergambar dengan pramugari jugak.



Dah sampai. Macam biasa, mesti nak duduk atas troley.



Bye airport. Kami datang lagi nanti. InsyaAllah.



Dengan mendaratnya kita ke Penang, maka berakhirlah sudah episod drama percutian kali ni. Lepas ni, duduk diam-diam, kumpul duit dan rancang nak kemana pulak... Hmmm
Tapi ada dua tiga penting yang kita kena attend dan buat tahun ni. Lagipun puasa dan raya da nak dekat kan...

4 comments:

Lily said...

berjalan sakan kamu yer......nak jugak....... hahahahahahaha

chinta safia said...

Bestnyer kak ida...nanti kita pon nak jugak ler ke terengganu...hari tu sempat nk pusing2

syarida said...

Terengganu negeri yang cantik. :)

syarida said...

Pergi jangan tak pergi Lin. :)

Post a Comment