Selepas bermalam di Kuala Terengganu, kita bertolak ke Kelantan pulak. Sayang dan berat hati jugak nak tinggalkan Kuala Terengganu sebabnya bandar ni sangat bersih dan cantik, lagipun kita masih tak berpeluang merasa 'sata' Terengganu dan nasi dagang Chendering yang sedap sangat macam yang dikatakan oleh kawan mama tu. Tak apa sue, lain kali kalau berkesempatan lagi singgah di sini, kami akan cari jugak nasi dagang Chendering tu. :)
Demikianlah kami pada pagi itu sementara nak tunggu urusan 'check out' selesai.
Dah dekat dah kita dengan Kota Bharu ni...
Ha, dah sampai pun kita ke Kelantan. Kita terus menuju tempat penginapan tapi singgah sekejap di Kijang, makan. Kalau mamaPapa ke Kelantan, kat sinilah tempatnya nak cari nasi berlauk. Nasinya kukus dan dimakan atas daun pisang. Ayam goreng mesti ada, sayur taugeh dan kuah, letak sikit sambal belacan. Hmmm...terangkat....Lokasinya, depan kem Pengakap. Gerai biasa je. Datanglah... Promosi lagi, tauke bayar mama ke ?
Perdana Beach Resort. Save the date. Kita dah sampai sini on 25 june 2012.
Kat sini pun pekerja Resort bertudung dan serba kuning jugak.
Dan dia sangat gembira. Amboii.. tak payah pi school gembira lah ye ?
Ini chalet kita. Chalet lama, ada yang baru tapi kecik sikit. Ini pun ok. Bila lagi kan ? Nanti kalau rezeki kita datang lagi ke sini, chalet ni mungkin dah tak ada sebab resort ni merancang nak bina yang baru.
Kat dalamnya. Katil tu nampaknya mama terpaksa rapatkan, dah rapatkan pun sebab risau pulak Kayra jatuh tergolek. Cik Kayra ni boleh tahan jugak lasaknya tidur.
Itu nombor bilik kita, 147.
Lepas rehat sekejap, mandi tukar baju, kita dah ready nak keluar. Cik Kayra kalau bab bergaya sekarang ni, serah saja.
Gambar tak ready. Kita dah sampai Kota Bharu ni. Nak pi pasar Siti Khadijah sat.
Orang tak ramai. Maklumlah dah petang. lagipun, hari tu hari bekerja.
Dah selesai kat situ, kita nak pergi mana ? Papa ada plan. Makan lagi nampaknya...
Sat, mama nak bergambar dulu sorang-sorang.
Kita melalui jalan yang sesak tapi taklah jammed teruk. Teruk lagi kalau jammed kat Penang.
Yey, Persisiran Pantai Cahaya Bulan aka Cinta Berahi. Makan time.
Colek-colek yang best. Macam-macam yang kita ambik. Inilah buktinya...
Papa suka, Kayra pun suka.
Lepas makan kita balik bilik dan jalan-jalan kat tepi pantai depan chalet kita.
Kayra dapat main buble yang papa belikan kat Pasar Siti Khadijah tadi.
Dan dia sangat suka bermain pasir.
Kita
MamaPapa
Ini pulak gambar kat depan chalet kita. Ada macam pond kecik untuk orang berkayak. Kayak dan semua peralatan boleh sewa di situ. Betul-betul depan pintu kita.
Malamnya kita pergi Wakaf Che Yeh. kayra nak manja-manja dengan papa, takmau berjalan lansung.
Rupanya dia mengantuk. Kalau dah mengantuk tak dapatlah makan.
Hajat hati nak melilau cari nasi kerabu tapi cik Kayra pulak dah tidur. MamaPapa teruskan perjalanan menuju chalet tapi singgah jugak kat kedai tepi jalan nak makan dulu. Parking kereta dekat-dekat dengan meja makan. Bukak tingkap sikit, biarkan saja Kayra tidur. Dan kami makan tanpa gangguan.
Settle.
Hajat hati nak melilau cari nasi kerabu tapi cik Kayra pulak dah tidur. MamaPapa teruskan perjalanan menuju chalet tapi singgah jugak kat kedai tepi jalan nak makan dulu. Parking kereta dekat-dekat dengan meja makan. Bukak tingkap sikit, biarkan saja Kayra tidur. Dan kami makan tanpa gangguan.
Settle.
No comments:
Post a Comment