Monday, 2 July 2012

Kita di Kuala Terengganu...


Lepas ke Taman Tamadun Islam, kita terus cari hotel. kali ni kita menginap di Grand Continental Hotel Kuala Terengganu. Berpusing-pusing jugak kita nak cari jalan , walaupun GPS membantu akan tetapi oleh kerana banyak jalan kat Kuala Terengganu ni laluan 'one way' dan tak telly pulak dengan GPS yang tak update pulak  dengan arah laluan jalan, makanya kita tersesat lah jugak. Tapi tak lama , pusing-pusing akhirnya sampai jugak ke hotel penginapan kita ni. 

Papa tengah buat 'pendaftaran masuk' dan di depannya ada ramai dayang-dayang receptionist menjaga kaunter. Oh ya, kat sini semua pakai tudung. Manis dan sopan sekali.



Kita dah jumpa bilik kita. Tingkat 13. Mama tak ingat pulak nombor bilik kita.





Besar jugak biliknya. Boleh nampak permandangan laut jugak.



Katil yang sangat 'cosy' telah dibuktikan oleh cik Kayra. Sesampainya dibilik, terus berlompat-lompat dan berguling-guling.




Lepas mandi dan berehat barang setengah jam. Kita keluar. Nama pun bercuti, mana boleh berlama-lama sangat di dalam bilik. Permandangan kat luar tu adalah ' runway' Kuala Terengganu. Sebelum tu kita dah pergi Pasar Kedai Payang membeli batik sehelai dua. Tapi gambar tak ada. Kalau ada pun kat handphone papa, tapi sampai sekarang mama tak dapat-dapat.



Cantik, di sebelah kanan 'runway' di kiri laut yang ditambak-tambak.



Ini sebenarnya tujuan kita, nak cari tempat makan yang papa pernah pergi berbelas tahun lepas.



Malamnya pulak kita melepak kat sini, mama tak tahu lah nama tempatnya. Tapi cantik.



Jambatannya moden dan pokoknya pun moden.



See, cantik kan ?



Anda berdua sangat seronok di situ. Di bawah jambatan ada sungai.



Selepas penat melintas jambatan merentas sungai, kita lapar lagi. Makan lagi. Penat , lapar ,  makan. Penat, lapar, makan. Itu saja kerja kita semasa bercuti.



Nampaknya, makan di Restoran Az itu lah penutup aktiviti malam hari kita di Kuala Terengganu. Kita balik bilik dan berehat di hotel. Esok kita nak berpatah balik ke Kelantan.

Senyum sokmo...

4 comments:

  1. macam kat i-city ja kan? klu tak silap

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cantik tapi pi sat saja, lagipun kalau lepak lama-lama tak tau apa nak buat.... boleh bergambaq sampai muntah ja. Hehehe....

      Delete