Sebelum puasa request macam-macam nak makan kat papa. Satu-satu papa tunaikan. Sabar je lah bila dah selera melebihi had kemampuan seorang manusia. Ahak ahak ahak. Statement tak boleh blah. Tapi kan, dua tiga hari sebelum puasa mama dah stop pelan-pelan makan nasi, papa tak bagi. Bukan tak bagi makan banyak tapi tak bagi makan terus. Hampir nak pitam mama bila mendadak stop tak makan nasi. Mana boleh, dari kecik dah benda tu yang ditelan tiba-tiba nak sekat selera kita pulak. Tapi, dah nama dipaksa tu kan, akhirnya dapat jugak lah mama kurangkan kuantiti nasi yang masuk dalam perut mama. Dulu kalau makan mesti nak bertambah, pastu makan sepinggan je, pastu setengah, kurangkan lagi portionnya, last-last berenti terus. Tiba-tiba mama sedar. Eh ! tak mati rupanya kalau tak makan nasi. Hehehe...
Ni kalau tok masa sihat dulu kalau mama sebut tak mau makan nasi sebab nak kurus mesti dia cakap, "Sakit lah kamu nanti kalau tak makan nasi, nanti nak angkat kaki pun tak larat". Bukan tok tak mau mama kurus, tapi tok akan risau kalau mama atau anak cucu dia tak mau makan, takut tak ada tenaga. Lagipun kita kan orang bendang, adat lah petani makan nasi untuk dapat tenaga untuk membajak sawah. Kalau berani, tanyalah mama, bendang mana mama pernah membajak. Hmmm... itu serius, beri masa untuk saya menjawab.
Tapi terus-terang mama cakap, mama nak kurus bukan semata-mata sebab nak nampak elok sikit, tapi atas nasihat doktor jugak. Mama kena kurus kerana bersebab.
Ok, sekali lagi intro mengarut dari mama. Hai, kalau diikutkan memang malas nak update blog, tapi memandangkan hari ni dah hari kelima puasa. Orang lain dah start cerita pasal sahur, berbuka, mama masih lagi dok tayang cerita bowling, konvo, makan siang. Gambar-gambar pun dah berhari terperam kat dalam draft. Ala, kalau nak cerita pasal masak, memang tak ada la masak-masak bulan puasa ni. Papa kata, takyah susah-susah, kita beli saja, ini lah masanya nak makan makanan pasar ramadhan. Tahun lepas, walaupun mama masak, tapi yang beli tetap beli jugak. Last-last, cik tong sampah yang dapat makan semua tu. So, tahun ni kita berbuka dengan makanan beli saja. Kayra pun, hari-hari asyik makan donut saja. Kesian jugak, tapi takpa, mungkin minggu kedua mama akan start balik masak.
Ok, kali ni entry malam last sebelum esok kita nak puasa, pagi sebelum subuh tu kita nak bersahur, malam tu jugak kita nak berniat puasa sebulan. Malam tu, tiba-tiba mata kita jadi biru, selera kita berubah ke barat, kita nak makan macam orang putih. Ya, kita nak makan daging tanpa nasi. Wah, macam nak bangga je, bukan nak bangga, tapi pelik. Tadi elok je cerita pasal nak kurus tapi sekarang ni dok cerita pasal makan pulak. Ala, tak kisah la.
Bertempat di Stesyen Victoria Seberang Jaya, kita dah sedia sampai kat situ jam delapan setengah malam. Kalau nak diikutkan, kita tak payah nak rasa teringin-teringin sangat nak makan daging sebab kita boleh makan selalu-selalu kan sebab Wan kan bela kambing, dah biasa sangat makan kambing panggang. Tapi kali ni lain, kita nak la yang masak stail orang putih sikit. Hari ni, tekak kita tekak mat salih.
Mama makan bukan habis semua tau, sikit saja. Sebab dah dua tiga hari perut diprogramkan untuk makan sikit saja. Dan memang menjadi, memang mama makan sikit. Wah, mama cakap macam betul-betul nak kurus nih. Kelakar je, nak turun sikit saja ikut cakap doktor.
Dulu kalau makan guna tangan kiri mesti mak marah. Tapi dah besar, dah cerdik guna tangan kiri jugak. Tapi nak buat lagu mana, dah macam tu la cara makan steak. Takkan nak memotong guna tangan kiri kot. kalau tak cekap boleh potong jari wooo. Tapi kali ni makan kat sini mama rasa macam tak sedap sangat la, mungkin sebab mama tak ada selera sangat ke atau mama kenyang. Tapi dulu, mama rasa lagi sedap kot.
Kayra tak makan daging. Kayra makan jagung dengan fries saja. Dia memang suka sangat jagung. Tak payah susah-susah nak order yang bukan-bukan, bagi je jagung, mesti habis punya. Kayra tu kalau nak tau, sekali makan, dua puntung jagung yang besar tu pun boleh habis tau.
Papa, sambil meratah sempat lagi menyudu sup. Kayra taknak dia, sup orang putih dia tak suka. Kita ni pa, orang melayu. Sup kita cair, bukan pekat macam ni ha. Papa cakap, sepanjang bulan puasa nanti kita mesti takkan makan makanan orang putih la, bulan puasa makan murtabak, bubur lambuk dan makanan kemelayuan lain. Sekarang ni, kita makan ini dulu, esok, kita telan makanan kita. Tapi anak mama suka donut, camna tu ? Nampaknya sebulan la kita takkan makan burger mc Donalds, kita makan burger Malaysia yang ada sambal bilis tu. Lagi sedap kan ?
Bila tengok gambar mama yang ni. Besarnya mama. Mungkin betul apa yang doktor kata, cuba kurus sikit. Mungkin kurus boleh buat mama rasa cergas dan mungkin boleh bantu mama dapat apa yang mama nak. Gemuk bukan tak cantik tapi gemuk mungkin punca masalah mama. Ok, mama akan cuba sungguh-sungguh kali ni. Pemusnah segala diet mama adalah nasi dan mama sangat gemar coca-cola. Dah stop sikit-sikit ni. Tengah mencuba dan mencuba lagi.
Eh ! tiba-tiba je ada gambar ni pulak. Elok-elok ja tadi dok sembang pasal makan dan doktor, muncul pulak gambar ni. Ini gambar anak mama, lepas makan kita pi Autocity sekejap. Layankan Kayra main-main kat funfair. Makin surut badan Kayra berkat kelasakan yang makin lama buat mama makin pening. Penat nak layan. Moga kamu membesar jadi anak yang berguna ye anakku.
Sampai disini dulu lah. Sat lagi papa ajak pi Pasar Ramadhan. Papa tak mau makan nasi petang ni. Tapi mama nak makan sikit la. Rasa tak bermaya sangat hari ni. Sikit saja makan, tak tambah. Janji..
Sampai disini dulu lah. Sat lagi papa ajak pi Pasar Ramadhan. Papa tak mau makan nasi petang ni. Tapi mama nak makan sikit la. Rasa tak bermaya sangat hari ni. Sikit saja makan, tak tambah. Janji..
4 comments:
kak ida kuatkan semangat insyallah boleh, cewah pandai jer ai menasihat orang..hihikk..diri sendiri pon tak terdiet :P
Doakan aku tabah. hahahaha.....
Tengok blog yan pun penuh cerita pasal makan ja, tergugat tau...
go ida go.....
Usaha Tangga Kejayaan !!!
Post a Comment