Hari Jadi Papa. Kita akan sambut berlima dengan maksu dan paksu. Tempatnya kat Seoul garden Plaza Gurney. Tak ada lagi tandatanya macamana rasanya sebab kurang lebih 48 jam sebelum tu kita dah rasa kat Juru. Papa lah yang spoil kan 'keexcitetan' mama. Tapi ok lah jugak, sebab kita dah dapat picture nak makan apa, nak ambik sup apa, dan tau dah apa yang Kayra akan makan dengan tahap kepedasan yang boleh dikawal. Hmmm...
Berbanding dengan Seoul Garden Juru, kat sini kita bayar dulu baru makan. So kita kena declare berapa orang yang nak makan, bayar dan kita akan diberi meja. Sup steamboat, mama pilih sup kimchi lagi sebab mama rasa tak ada masalah untuk Kayra makan dengan kuah sup ini.
Dua orang tetamu khas masih tak sampai-sampai. Kita dah lapar. Jadi kita makan dulu. Tapi mula-mula tu kecoh jugak sebab kita nak tukar meja, meja yang di bagi kat kita tu sempit sangat la. Susah nanti nak keluar masuk.
Mama suka sangat seafood, sangat menggemari seafood. Udang, ketam, siput-siput tapi agak kurang sikit dengan sotong. Masuk saja dalam kuah tu, tunggu mendidih sikit, pastu dah boleh makan.
Kayra ? masih setia dengan mi celup kosongnya. Sayangnya kat sini tak ada epal potong, yang ada pun epal hijau yang dibuat salad. Kayra sorry la salad-salad ni, bukan dia makan pun. Udang ada jugak makan sikit hari tu. Tapi cik kak ni sekejap-sekejap nak ke toilet. Kacau betul la mama nak makan tau.
Tapi, mama sayang budak ini. Sangat sayang budak ini. Apapun tak apa untuk dia. Masa nakal mama marah, tapi kalau dia sakit, demam ke apa, memang mama tak senang duduk lah. Dua tiga jam kat situ, dia sangat boring. Silap tak bawak cd player, boleh dia tengok 'princess' kat situ.
Mereka sampai bila kita dah menambah daging untuk pinggan kedua. Sebab mereka duduk dekat sini dan nak jugak sama-sama join kita. Makan kat Seoul garden kena makan ramai-ramai, baru meriah dan menambah-nambah pun tak sedar. Patutnya hari tu kita counting berapa kali kita bangun duduk ambik makanan. Daging kambing tu tak tau la berapa pinggan. Udang rasanya dekat sekilo.
Happy Birthday Papa. Tak ada hadiah untuk papa kali ni tapi mama belanja makan best kan ? Tapi sayang sikit, dah tak ada suprise dengan rasanya. Tu la, nak jugak makan hari tu. Orang nak buat special treat untuk papa.
Makan punya makan, tambah punya tambah. kita kekenyangan sebentar. Tapi, jangan tertipu dengan gambar ini. Tadi baru intro. Masa ni kita rehat sekejap, nak bagi apa yang dimakan tu hadam dulu. Hehehe...
Masa ni la, kayra tu sat sat nak pi toilet, sat sat nak pi toilet. Mama faham Kayra boring tapi mama buat-buat tak faham. Aiskrim pun dia buat main-main dah. Chopstik tu tak tau berapa batang dah jatuh bawah meja dia buang.
Bergambar dulu. Yang tak best makan steamboat ni, muka akan berminyak-minyak, melekit dan habis satu badan bau makanan. Tempat pulak tertutup. Tapi, kalau dah teringin tu kan, hadap je la. Makan daging dengan sos pencicah korea tu sangat sedaplah. Dan kita sangat banyak makan daging kambing.
Tukar plate barbeku, sebab dah ada bekas hangit-hangit. Plate baru, semangat pun baru. Siap tambah sup lagi . Kena charge RM 4, tak kisah lah. Apa lagi, mulalah membakar lagi. Mari kita memasak.
Dan, makan lagi, dah jemu dengan daging, kita panggang udang pulak. Tapi semua dah slow down dah. Tengok daging pun dah tak berapa nak lalu. Agaknya, perut masing-masing dah cakap, tolong jangan makan lagi, tolong jangan makan lagi.
Kayra dah jemu makan aiskrim ni, Kayra dah cakap kat mama Kayra nak rumah kita, tapi mama dan papa tu asyik makan, makan. paksu dengan maksu pun sama. Semua orang buat tak tau saja kat kayra. Dah la Kayra sorang saja kanak-kanak, semua biar je kayra main sorang-sorang.
Baru tau rupanya mangkuk steamboat tu tak panas lansung. Tengok tu, selamba saja paksu angkat. Papa pun dah buat muka kenyang. Dah kenyang ke ?
Wah, rupanya paksu angkat Mangkuk tu supaya mudah dia nak panggang udang. Part ni kayra suka la, Kayra memang suka udang. Tapi sebab dah kenyang, kayra cuma makan tiga ekor udang saja. Sedap juga, udang, panggang buang kulit dan cicah dengan sos.
Mama rimas dah dengan melekit-lekit semua ni, Rasa macam nak sabun je muka. Kalau Seoul Garden ni kat tempat terbuka alangkah bestnya. Ada angin yang bergerak, barulah kurang sikit baju tu berbau dengan makanan.
Ambik kesempatan bergambar depan kedai ni masa bawak Kayra pi toilet. Mama rasa mama lebih suka suasana Seoul Garden kat Juru. Kecil sikit tapi best, mungkin sebab baru. Seafood kat sana lagi fresh.
Bila lah mama nak kurus macam maksu ni. Dah boring badan besar-besar. Dulu masa study saiz S saja baju-baju mama. Tapi bila dah kerja, hmmm... malas lah nak cakap. Asyik cakap nak diet, lepas ni , lepas ni. Tapi tak lepas-lepas pun.
Maksu pulak tangkap gambar kita. Masa ni kita semua dah tak lalu lagi nak telan daging, nak hirup sup. Kat atas meja kita cuma ada mangkuk-mangkuk aiskrim saja.
Sekarang ni, kayra nak suap-suap aiskrim kat paksu plak.
Papa pulak.
Dah, dah. Selesai sudah semua. Masa untuk meninggalkan meja makan. Kita semua terus balik lepas tu. Sempat jalan sekejap je dalam mall. TQ maksuPaksu sebab join kami. lain kali kita datang lagi K.
Dah, dah. Selesai sudah semua. Masa untuk meninggalkan meja makan. Kita semua terus balik lepas tu. Sempat jalan sekejap je dalam mall. TQ maksuPaksu sebab join kami. lain kali kita datang lagi K.
4 comments:
wah meriah nya makanan..meleleh air liur akak baca n3 ida ni...hehe
hepy belated besday kat ezrin yer ida....
:) azam nak mendiet tak pernah menjadi. asyik makan je kerjanya....
ok . tq lin. :)
Post a Comment